Shah Rukh Khan Tertekan...
GENRE romantik mungkin sudah sebati dengan dirinya semenjak bergiat dalam dunia lakonan selama lebih dari dua dekad, namun Shahrukh Khan mengakui bahawa dirinya sudah berasa tertekan dengan gelaran 'Raja Romantik' yang diberi ramai.
"Label tersebut sudah mula berikan tekanan terhadap saya. Saya hanya gemar membuat filem bergenre romantik dan tidak mahu dilabel. Saya rasakan diri saya sebagai seorang lelaki yang bersahaja. Saya percaya saya mempunyai bakat untuk filem sedemikian dan telah berikan sumbangan dalam filem romantik semenjak terlibat bersama Yashji," ujar beliau kepada Times of India.
Walaupun tidak berapa gemar dilabel sedemikian, pelakon berumur 47 tahun itu memberitahu bahawa beliau juga tidak berani membuat filem bergenre fiksyen sains buat kali kedua setelah mencuba dengan "Ra One", iaitu sebuah filem arahan Anubhav Sinha.
"Saya berasa takut untuk membuat filem fiksyen sains sekarang kerana kosnya yang sangat tinggi dan memerlukan banyak kerja keras. Tetapi saya akan cuba melaksanakan apa yang saya mulakan apabila saya ada skrip di kepala. Saya tak akan berputus asa," katanya ketika majlis promosi filem Yash Chopra yang berjudul "Jab Tak Hai Jaan."
Selain dirinya sendiri, filem "Jab Tak Hai Jaan" itu turut dibintangi oleh Katrina Kaif dan Anushka Sharma dan bakal menemui penonton pada 13 November ini.
Dalam hal lainnya pula, Khan turut meluangkan masanya untuk menyiapkan sebuah autobiografi yang sedang dinanti-nantikan. Autobiografi yang diberi nama "Twenty Years in a Decade" itu menceritakan perjalanan hidupnya sebagai seorang pelakon yang bermula dari penglibatannya dalam televisyen pada tahun 1998 menerusi rancangan "Fauji" dan "Circus".
Peminat Linkin Park Maut Di Konsert
MALANG tidak berbau apabila seorang wanita maut manakala 19 orang lagi mengalami kecederaan, berikutan dari konsert Linkin Park yang diadakan di Cape Town, Afrika Selatan baru-baru-ini.
Menurut Times Live, tragedi tersebut berlaku setelah papan iklan tumbang akibat daripada angin yang bertiup kuat. Terdapat lebih kurang 10,000 orang yang berada di kawasan stadium apabila kejadian itu berlaku.
Namun, persembahan masih berterusan apabila tempat konsert disahkan selamat. Kematian dan kemalangan yang berlaku hanya diketahui oleh ahli kumpulan Linkin Park itu sendiri selepas tamat konsert.
"Berikutan dari persembahan kami di Stadium Cape Town, kami mendapat tahu bahawa beberapa orang tercedera akibat daripada kerobohan papan iklan yang didirikan oleh Lucozade di kawasan letak kereta. Kami ingin meluahkan rasa sedih dan kesal terhadap pihak yang tercedera serta takziah kepada keluarga peminat yang meninggal dunia akibat daripada insiden tersebut," ujar mereka dalam sebuah kenyataan yang dibuat.
"Walaupun kami tiada sebarang hubungan dengan penaja ataupun entiti yang bertanggungjawab dalam mendirikan papan iklan itu, kami mengambil serius akan keselamatan peminat kami dan berasa kesal dengan mereka yang terjejas dari tragedi ini."
Buat masa ini, Linkin Park sedang sibuk dengan konsert jelajah di sekitar negara Afrika Selatan dan dijadualkan akan mengadakan konsert di Johannesburg pada hujung minggu ini. Mereka akan pulang semula ke Amerika Syarikat pada minggu hadapan untuk membuat persembahan di Anugerah Muzik Amerika.
Pelakon 'INNOCENCE OF MUSLIMS' Saman Penerbit Filem & Google
SEORANG pelakon wanita yang muncul dalam filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, memfailkan saman ke atas penerbitnya berhubung unsur penipuan dan fitnah, dan pada masa yang sama mahu Google mengeluarkan treler dari pangkalannya.
Tuntutan Cindy Lee Garcia, yang difailkan di Los Angeles semalam, mendakwa dia telah diperdaya oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang dikatakan menerbitkan filem tersebut.
Nakoula telah pun ditahan polis minggu lalu untuk siasatan berhubung isu ini. Sebelum ditahan, Nakoula juga dilaporkan telah menghilangkan diri sejak protes besar-besaran tercetus awal minggu lalu.
Dalam tuntutannya, Garcia mendakwa dia tidak tahu yang kandungan filem itu menjurus ke arah mesej anti-Islam.
Malah katanya, skrip yang diterimanya juga tidak menyebut langsung nama Nabi Muhammad SAW.
Kata Garcia, dia telah memberi respons kepada satu iklan dan berpandangan bahawa dia akan muncul dalam filem zaman silam Mesir, sedangkan jalan ceritanya telah diubah kemudian dan membawa mesej anti-Islam.
"Filem ini sangat teruk dan keji," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam dokumen yang difailkan di mahkamah.
"Kes saman ini bukan satu serangan ke atas perlembagaan (Amerika) atau kebebasan rakyat Amerika untuk mengatakan apa yang mereka fikir, tetapi mahu kandungan yang menyinggung perasaan dikeluarkan dari Internet," katanya.
Peguam-peguam Garcia juga bercadang memohon injunksi ke atas filem itu hari ini.
Pelakon itu berkata dia menerima ancaman bunuh sejak treler itu menarik perhatian jutaan orang sejak awal bulan ini.
Ekoran ancaman itu, katanya, dia tidak dapat melawat cucunya.
Selain itu katanya, filem tersebut telah menjejaskan reputasi dan membawa satu penghinaan ke atas dirinya.
Akhbar Herald Sun memetik firma guaman yang mewakili Nakoula enggan mengulas perkembangan terbaru ini.
Menurut laporan itu, firma tersebut tidak mewakili Nakoula dalam kes sivil setakat ini.
Nakoula telah disabitkan kesalahan jenayah menipu bank dan kini diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun.
Kisah Syahdu Pengislaman Hana Tajima
HANA TAJIMA SIMPSON satu nama besar dalam arena fesyen muslimah masa kini. Dimana-mana nama dan busana dan rekaan tudungnya boleh didapati. Hana Tajima merupakan gadis kacukan Jepun + British dan telah memeluk Islam kira-kira 7 tahun lepas (2005). Antara pakaian artis yang telah direka oleh Hana adalah Yuna dan ramai lagi. Untuk pengetahuan semua, Hana Tajima sudah pun berkahwin.
Hana Tajima Memeluk Islam Kerana Tertarik Akhlak Muslim
Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Rekaannya jadi popular kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil.
Hana Tajima Memeluk Islam Kerana Tertarik Akhlak Muslim
Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Rekaannya jadi popular kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil.
Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya ‘layers’. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah.
Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim.
Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. “Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam.” katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.
Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara.
“Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita”
Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba.
“Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam” – Hana Tajima
Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. “Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik,” tuturnya.
Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah.
“Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan”
Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. “Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab.” katanya lagi.
Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk di negara-negara barat telah dijangkiti dengan wabak Islamofobia.
“Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu.” – Hana Tajima
Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan. [SUMBER]
JOSEPH GORDON-LEVITT TAK SUKA POPULARITI!
BAKAT dan paras rupa yang ada padanya sehingga menjadi pujaan ramai bukanlah segala-galanya buat Joseph Gordon-Levitt kerana baru-baru ini beliau membuahkan rasa benci terhadap populariti seorang selebriti.
Menurut bintang filem "Inception" dan "500 Days of Summer" itu, beliau tidak selesa dengan layanan yang diberikan orang ramai setelah namanya meningkat naik.
"Saya tak suka dengan pengiktirafan sedemikian. Hanya kerana seseorang itu berada di kaca mata televisyen, dia diletakkan dalam tahap yang berlainan dengan orang biasa. Bagi saya, pandangan sedemikian sangat berat sebelah dan tidak sihat," ujar beliau kepada Contactmusic.
"Kini, saya sudah boleh bezakan mereka yang berkata 'Saya sudah menonton "Inception" dan ianya bermakna buat saya" dan 'Oh, awak sudah terkenal, jadi adakah anda juga mengenali selebriti itu?'"
Joseph menambah, bahawa beliau ingin dinilai dari segi kerjanya dengan membikin sebuah filem arahan sulungnya yang bertajuk "Don Jon's Addiction", iaitu sebuah filem komedi hitam tentang seorang lelaki kontemporari berpewatakan Don Juan yang cuba mengubah dirinya. Filem tersebut bakal diriliskan pada tahun 2013.
Beliau memasang sebuah impian untuk menjadi seorang pengarah sebaik Christopher Nolan yang mengarah filem "The Dark Knight Rises", iaitu sebuah filem yang turut dibintangi beliau sendiri.
"Saya sangat mengagumi kerja beliau semenjak menonton salah satu filem beliau, "Memento" yang turut dicalonkan di dalam Festival Filem Sundance."
Walaupun dikatakan sukar, namun Joseph sudah bersedia untuk mengarah setelah memerhatikan kerja Rian Johnson, Christopher Nolan dan Steven Spielberg yang pernah bekerjasama dengan beliau sebelum ini.
FORBES 100 CELEBRITY: 10 ARTIS PALING BERNILAI 2012!!
BUAT kesekian kalinya, majalah Forbes telah mengeluarkan siri Celebrity 100 mereka – di mana setiap artis disenaraikan mengikut nilai mereka dalam masyarakat. Berbeza dengan kebiasaannya di mana setiap selebriti disusun mengikut nilai pendapatan mereka, Celebrity 100 pula menyenaraikan selebriti mengikut pendapatan dan juga populariti mereka.
Ini dilakukan melalui keterlihatan media – termasuk media cetak, televisyen, radio, atas talian, selain daripada kuasa mereka dalam rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.
Dengan ini, kami senaraikan 10 yang teratas dalam senarai Celebrity 100.
1. JENNIFER LOPEZ
Berjaya menjatuhkan Lady Gaga dari takhta, Jennifer Lopez berada di tempat pertama dengan nilai pendapatan sebanyak USD 52 juta dalam masa setahun dan populariti yang berganda. Sebaik sahaja Lopez mejadi hakim dalam "American Idol" dan menceraikan suaminya, Marc Anthony, tiba-tiba sahaja Lopez berada di puncak. Muziknya dapat dipromosikan dengan mudah dan dia mendapat perhatian banyak jenama seperti L'Oreal dan Gillete. Kini dia memiliki rangkaian pakaian di Kohl, jenama minyak wangi yang laris di pasaran, baaran lebih mahal untuk menjadi hakim "American Idol" dalam musim seterusnya, malah 6.6 juta pengikut di Twitter dan 12 juta peminta di Facebook.
Tahun lalu, dia diturunkan dari takhtanya oleh Lady Gaga ke tempat kedua. Namun tahun ini, Oprah masih kekal di tempat kedua. Sekalipun Winfrey mengalami keadaan yang agak sukar selepas tamatnya rancangan "Oprah" yang telah ditayangkan selama 25 tahun, dia masih berjaya menjana lebih banyak pendapatan berbanding selebriti lain melalui empayar perniagaannya seperti rancangan "Dr Phil" dan "Rachael Ray", penerbitan majalah "O" dan kontrak radionya dengan Sirius XM. Namun begitu, dia tidak menjana sebarang keuntungan melalui rangkaian kabelnya, OWN.
3. JUSTIN BIEBER
Di tempat ketiga, si bujang berusia 18 tahun, Justin Bieber berjaya meletakkan namanya sebaris dengan yang lain buat kali kedua. Selain daripada kejayaan album dan konsert jelajahnya, teman lelaki Selena Gomez ini turut mendapat keuntungan melalui pelaburannya dalam syarikat-syarikat permulaan seperti Spotify, Tinychat dan Enflick.
4. RIHANNA
Tidak kisahlah kalaupun Rihanna mengalami banyak masalah dan menunjukkan pelbagai ragam, bintang kelahiran Barbados ini tetap berada di kedudukan keempat selebriti paling berkuasa melalui lagu-lagu hit seperti "We Found Love" dan "Talk That Talk", selain kontrak pengiklanan dengan Vita Coco dan Nivea. Dia juga mendapat keuntungan melalui minyak wanginya, Reb'l Fleur dan konsert jelajahnya. Dia juga selebriti kedua dengan peminat terbanyak di Facebook, dengan jumlah peminat seramai 53 juta orang, hanya kalah pada bintang rap Eminem di tempat pertama.
5. LADY GAGA
Jatuh empat anak tangga ke tangga yang kelima, kekurangan konsert jelajah menyebabkan Lady Gaga terpaksa melepaskan takhtanya. Namun begitu, pengaruhnya dalam rangkaian sosial menyebabkan dia masih berada di ranking lima teratas. Lady Gaga merupakan pengguna Twitter paling popular dengan lebih 24 juta pengikut dan artis ketiga dengan peminat paling ramai di Facebook, mencapai 50 juta orang. Dia juga masih lagi mengaut keuntungan melalui jualan album lama kerana kebanyakan lagu-lagunya dicipta sendiri oleh Gaga.
Sekalipun dia menghilang dalam senarai Celebrity 100 2011, Britney Spears kembali memasuki carta disebabkan lebih 75 persembahan konsert jelajahnya. Dia juga mengaut keuntungan melalui iklan dan juga produk minyak wanginya bersama Elizabeth Arden. Album terbarunya, "Femme Fatale" berjaya mencapai platinum dan dia kembali mendapat perhatian media melalui pertunangannya pada akhir 2011.
7. KIM KARDASHIAN
Perkahwinannya yang berlebihan ditonton lebih daripada 10 juta penonton dan perceraiannya tiga minggu kemudian juga meraih perhatian terbanyak oleh pihak media sehingga menjadi muka depan 63 buah majalah. Kim Kardashian mungkin ratu dalam bab gosip sensasi, namun dia juga ratu siri realiti (kontrak tiga buah musim lagi dengan E! bernilai USD 30 juta), ratu minyak wangi (produknya mengaut lebih USD 6 juta dalam jualan runcit) dan dia juga bekerjasama dengan adik-beradiknya Kourtney dan Khloe untuk mereka rangkaian fesyen,"Kardashian Kollection for Sears", membuka lokasi baru butik DASH milik keluarga dan melancarkan kedai khusus, Kardashian Khaos di Hotel Mirage, Las Vegas.
8. KATY PERRY
Sebagai satu-satunya penyanyi yang memiliki lima buah single nombor satu dalam sebuah album yang sama selain Michael Jackson, Katy Perry banyak mendapatkan hasil melalui album "Teenage Dream" yang terus meletup sekalipun dua tahun telah berlalu sejak ia dilancarkan. Selain itu dia juga menjana pendapatan sehingga hampir USD 60 juta melalui Konsert jelajah California Dreams. Dia juga menjadi tumpuan media apabila bercerai dengan suaminya, pelawak British, Russell Brand.
9. TOM CRUISE
Tom Cruise berjaya meletakkan dirinya dalam Top 10 kali ini kerana kejayaan "Mission: Impossible - Ghost Protocol". Filem tersebut berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD 700 juta di box office.
10. STEVEN SPIELBERG
Di tempat kesepuluh, Spielberg memasuki carta ini dengan jayanya apabila syarikat penerbitan Spielberg, "DreamWorks" berjaya memasuki arena televisyen melalui empat siri baru termasuk "Terra Nova" dan "Smash". Selain itu dua filemnya "The Adventures of Tintin" dan "War Horse" juga menjadi pilihan penonton dan pengkritik apabila mendapat pencalonan di Anugerah Academy.
KRISTEN STEWART CURANGI ROBERT PATTISON??
HUBUNGAN cinta bintang "Twilight", Robert Pattinson dan Kristen Stewart tidaklah seindah seperti yang disangka, apabila kini telah timbul spekulasi yang mendakwa Stewart mempunyai hubungan sulit dengan pengarah filem "Snow White and the Huntsman", Rupert Sanders.
Namun sehingga kini, ketiga-tiga pihak iaitu Stewart, Pattinson dan Sanders belum lagi membuat sebarang komen mengenai hal itu. Namun, gambar Stewart dan pengarah berusia 41 tahun sedang bercumbuan telahpun disebarkan majalah US Weekly baru-baru ini.Dipetik daripada laporan People, Stewart benar-benar mengesali perbuatannya yang dikatakan adalah satu keterlanjuran dan kesilapan besar.
"Beliau tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Sanders. Semuanya berlaku dengan pantas dan tidak memberikan apa-apa makna," menurut sebuah sumber.
"Stewart tidak pernah bermaksud untuk menyakiti mana-mana pihak. Beliau orang yang baik yang hanya membuat pilihan yang salah."
Stewart dan Pattinson saling mengenali semenjak penggambaran filem "Twilight" yang pertama. Walaupun tiada kepastian akan tarikh yang sebenar, namun hubungan pasangan tersebut mula diketahui umum pada tahun 2010.
MARIAH CAREY JURI BARU 'AMERICAN IDOL'
SPEKULASI yang mengatakan bahawa Mariah Carey bakal mengambil alih tempat Steven Tyler dan Jennifer Lopez dalam rancangan realiti “American Idol” ternyata benar apabila penyanyi diva ini bersetuju menjadi juri bagi musim yang seterusnya.
Keputusan tersebut telahpun diumumkan oleh Kevin Reilly, selaku presiden hiburan Fox di sebuah mesyuarat Television Critics Association yang bertempat di Los Angeles semalam.
Dipetik daripada laporan Huffington Post, penyanyi R&B dan pop yang telah berjaya menggarap sebanyak 31 anugerah bagi Billboard Music Award ini tidak dapat menyembunyikan rasa teruja beliau dalam sebuah perbualan telefon dengan Reilly.
“Saya sungguh teruja untuk menyertai “American Idol”,” katanya kepada orang ramai apabila telefon disambungkan kepada pembesar suara. “Semuanya berlaku dengan pantas sekali. Saya tak sabar hendak mulakan kerja saya itu dalam dua bulan lagi. Saya akan jumpa anda semua pada bulan Januari nanti.”
Pengasas dan penerbit eksekutif “American Idol”, Simon Fuller turut membuahkan rasa gembira beliau dengan berita tersebut.
“Kami bangga kerana salah seorang penyanyi wanita terhebat di dunia bakal menyertai rancangan kami,” kata beliau.
“Mariah mendefinisikan perkataan ‘Idola’ dan akan memberi inspirasi kepada setiap penyanyi yang berpeluang membuat persembahan di hadapan beliau.”
Pemilihan Mariah Carey sebagai juri terbaru dibuat atas cadangan Randy Jackson, salah seorang juri “American Idol” yang sudah lama bekerja dengan beliau dan juga merupakan teman rapat. Namun, terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan bahawa Jackson akan bertukar peranan dan mengambil tempat sebagai mentor.
PELIK!! KAITLYN LEEB - WANITA DENGAN 3 PAYUDARA??!
DALAM gerombolan manusia dengan pelbagai kostum pelik di Comic Con 2012, semua mata tertumpu kepada seseorang; Kaitlyn Leeb muncul dengan penampilan yang seksi dan mempesonakan. Opss tunggu sebentar, dia mempunyai 3 payudara?
Leeb muncul di temasya tahunan yang diadakan di San Diego Convention Center, California itu untuk promosi filem lakonannya. Model dan pelakon yang berpengkalan di Toronto itu membintangi remake filem "Total Recall" sebagai 'wanita penggoda' disamping Colin Farrell, Kate Beckinsale dan Jessica Biel.
Peminat-peminat Schwarzenegger akan terkenang kembali naratif asal filem itu dengan penampilan seorang pelacur dengan 3 payudara.
Jangan teruja sangat... Semua gambar yang anda lihat adalah PALSU!
"Ada yang bertanyakan adakah saya melakukan pembedahan plastik untuk yang ketiga?,” Leeb memberitahu wartawan. “Semua ini hanya gimmik promosi filem Total Recall -Remake, saya hanya manusia biasa dengan payudara yang sempurna."
Leeb, berdarah kacukan China dan Irish telah menjadi model kepada beberapa produk dan pernah memenangi pertandingan ratu cantik Miss CHIN Bikini di Toronto dalam tahun 2009.
![]() |
MICK JAGGER TIDURI 4,000 WANITA
Vokalis kumpulan muzik lagenda Rolling Stones, Mick Jagger ternyata bukan hanya sibuk berkarya, malah turut sibuk dengan 'aktiviti' lain sepanjang bergelar ikon rock.
Selama berdekad lamanya rahsia dalam selimut yang mengejutkan ini kekal menjadi rahsia sehinggalah Rolling Stones menyambut ulang tahun yang ke-50. wartawan dan penulis nombor satu paling laris New York Times, Christopher Andersen membongkar topeng sisi kehidupan Jagger yang jauh daripada pesona bintang rock ikonik dan enigmatik.
Dipetik dari laman Rumorfix, lagenda rock itu pernah meniduri lebih 4,000 wanita. Meskipun angka tersebut belum mampu memecahkan bekas pemain bola keranjang, mendiang Wilt Chamberlain yang telah meniduri hampir 20,000 wanita sepanjang hayatnya, namun angka yang dicipta Jagger itu tetap melibatkan angka yang besar.
"Mick Jagger pernah mengadakan hubungan seks dengan 4,000 wanita sepanjang hayatnya. Namun sekiranya ditinjau semula, angka tersebut masih lagi rendah," ujar Andersen.
Menurutnya lagi, bekas wanita pertama Perancis, Carla Bruni, Angelina Jolie, Uma Thurman dan Farrah Fawcett adalah antara selebriti kelas A yang pernah ditiduri Jagger. Malah beliau juga dikatakan pernah melakukan hubungan sejenis dengan seorang lagi lagenda rock, David Bowie yang disifatkan Chris sebagai 'pasukan seksual'.
"Mick pernah dalam satu temubual satu ketika dulu pernah berkata, "Semua orang tahu yang semua orang adalah biseksual," jelas Andersen lagi.
Buku tulisan Andersen, "Mick: The Wild And Mad Genius Of Jagger" ditulis berdasarkan temubual bersama teman rapat, ahli keluarga dan beberapa lagenda muzik dalam mahupun luar industri selain temubual bersama kesemua isteri dan bekas isteri iaitu Bianca Jagger dan Jerry Hall serta himpunan bekas kekasih Jagger seperti Marsha Hunt, Luciana Gimenez dan ramai lagi.
FILEM DOKUMENTARI PUTERI DIANA BERISIKO DISAMAN
Filem dokumentari yang memaparkan kisah benar Puteri Diana berjudul "Unlawful killing" dikhuatiri berdepan dengan risiko disaman.
Dipetik dari laporan Daily Mail, filem yang dibintangi aktres popular Naomi Watts dengan memegang watak sebagai Puteri Diana, dimana ia mengisahkan tentang kematian Diana yang didakwa sebagai mangsa bunuh pihak berkuasa Britian.
Dalam filem ini turut menggambarkan kerabat diraja Britian sebagai samseng dan bersifat perkauman. Suami kepada Queen Elizabeth II, Prince Philips turut digambarkan sebagai seorang lelaki yang mempunyai masalah mental dan kaki perempuan.
Filem yang diarahkan oleh Keith Allen pada awalnya merancang untuk mengarap kisah kematian Puteri Diana serta Dodi yang terbunuh akibat daripada konspirasi pembunuhan yang membabitkan bapa mentua Puteri Diana, Putera Philip.
Namun selepas dokumentari "Unlawful Killing" ditayangkan pada Festival Filem Cannes di Perancis dan di Festival Filem Galway, Ireland pada 2011, penerbit filem telah mengambil keputusan untuk tidak menayangkan kepada umum kerana gagal mendapat perlindungan insurans bagi berdepan risiko disaman.
Sementara itu, peguam kepada penerbit filem tersebut telah memberitahu bahawa terdapat 87 dakwaan yang perlu dipotong sebelum ianya selamat ditayangkan di Britian. Oleh sebab itu, tayangan filem "Unlawful Killing" ini ditunda dahulu hingga ke tarikh yang belum lagi ditetapkan.
Princess of Wales, Puteri Diana Frances Spencer dilahirkan pada 1 Julai 1961 merupakan wanita paling terkenal dan paling cantik di dunia suatu ketika dulu.
Bagaimanapun, dunia dikejutkan apabila Diana telah meninggal dunia pada 31 Ogos 1997 dalam satu kemalangan ngeri di lorong bawah tanah di Pont de I'Alma, Paris.
Turut terbunuh dalam kemalangan tersebut adalah Dodi Al-Fayed, anak seorang jutawan terkenal dan pemandunya, Henri Paul.
Kemalangan ngeri tersebut didakwa adalah kes pembunuhan paling terancang dalam sejarah.
TOM CRUISE & KATIE HOLMES BERPISAH...
PASANGAN popular Hollywood Tom Cruise dan Katie Holmes dilaporkan bakal bercerai selepas lima tahun berkahwin.
Daily Mail melaporkan, Holmes telah menfailkan cerai terhadap suaminya melalui peguamnya Jonathan Wolfe.
Ditanya mengenai punca keretakan rumah tangga pasangan itu, Wolfe memberitahu majalah People masalah yang dihadapi pasangan itu sangat peribadi.
"Baik Holmes mahupun Cruise masalah yang berlaku sangat peribadi," ujarnya.
Wolfe memberitahu, anak pasangan itu iaitu Suri akan berada di bawah pengawasan Holmes buat masa ini.
"Dia sangat sayangkan Suri dan sering bersama anaknya itu dan buat masa ini pengawasan anak mereka diberi kepada Holmes," katanya.
Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 dan akan menjadi penceraian ketiga bagi Cruise selepas gagal mempertahankan rumah tangganya dengan pelakon Nicole Kidman dan Mimi Rogers.
FOTO INI BUKTI MEGAN FOX HAMIL??
WALAUPUN hingga kini belum ada sebarang pengesahan tentang kehamilan aktres Megan Fox, namun kemunculan Fox di hadapan khalayak ramai baru-baru ini seperti mengesahkan bahawa wanita itu kini sedang hamil.
Ini kerana Fox yang pada waktu itu kelihatan baru keluar daripada sebuah restoran bersama suaminya, Brian Austin Green di Los Angeles tampak menggenakan pakaian longgar berwarna ungu dengan sedikit perutnya kelihatan buncit.
Dia juga dikawal ketat oleh suaminya yang menutup perut Fox agar tidak dilihat oleh khalayak. Malah, Brian dilihat cukup bersikap proaktif sepanjang berjalan kaki dengan isterinya itu.
Fox yang kini berusia 26 tahun itu juga didakwa berjalan dengan cukup berhati-hati seperti seorang wanita yang memang benar-benar sedang hamil.
Baik Fox mahupun Brian, mereka masing-masing tidak pernah memberi pengesahan terhadap berita kehamilan tersebut. -kosmo!
SLASH BAKAL TERIMA BINTANG PENGHARGAAN DI HOLLYWOOD WALK OF FAME
Bekas gitaris Guns N' Roses, Slash, merupakan ahli pertama kumpulan itu bakal menerima bintang penghargaan Hollywood Walk of Fame pada bulan hadapan.
Suatu penghormatan besar akan diberikan oleh maestro Hollywood Robert Evans dan pelakon Charlie Sheen kepada beliau di Hard Rock Café Hollywood Boulevard pada 10 Julai.
Pihak penganjur memuji Slash yang membesar di Stoke-on-Trent, sebagai salah seorang gitaris rock terbaik sepanjang zaman.
"Kami amat berbesar hati untuk meletakkan nama Slash di kalangan bintang-bintang terkenal di Hollywood Wall of Fame," kata Ana Martinez, selaku penerbit bagi majlis Hollywood Walk of Fame.
Slash adalah gitaris utama bagi kumpulan legenda rock Guns N' Roses dari tahun 1985-1996, dan telah meninggalkan kumpulan setelah menghadapi perbezaan pendapat dengan vokalis Axl Rose, yang masih kekal dengan kumpulan itu.
Semenjak dari itu, beliau telah bermain dan merekod lagu dengan kumpulan Snakepit dan Velvet Revolver serta beliau juga turut merekodkan lagu solonya.
Sementara itu, Slash telah muncul dengan album keduanya, 'Apocalyptic Love' yang telah diriliskan bulan lepas.
DEMI CINTA - KIM KARDASHIAN BELI LAMBORGHINI UNTUK KANYE WEST!!
Bintang realiti popular, Kim Kardashian yang sememangnya sedang dibuai cinta bersama rapper terkenal Kanye West memberi kejutan kepada buah hatinya apabila menghadiahi penyanyi tersebut sebuah kereta jenama Lamborghini bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran Kanye West yang ke 35.
Dipetik dari laman TMZ, Kim dikatakan telah membeli Lamborghini bewarna hitam Aventador LP 700-4 yang bernilai RM2.4 juta sebagai hadiah hari jadi kepada kekasihnya itu.
Kim kini dilihat semakin serius dalam menjalin hubungan dengan Kanye selepas mereka berdua dilihat mulai mesra awal April yang lalu apabila keluar dari sebuah restoran di ibu negara sambil berpegangan tangan.
Namun Kanye tidak berpeluang lagi untuk memandu kerana Kanye kini berada di Ireland bersempena dengan 'Watch the Throne' tour bersama rakan seperjuangan, Jay-Z.
SAMI BUDDHA BANTU ANGELINA JOLIE & BRAD PITT PILIH TARIKH KAHWIN
ANGELINA Jolie yang bakal mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Brad Pitt telah meminta bantuan sami Buddha untuk memilih tarikh perkahwinan yang sesuai.
Menurut sumber, aktres berusia 37 tahun itu yang dikhabarkan akan berkahwin pada Ogos ini menggunakan khidmat sami tersebut dengan bantuan 'spiritual' agar tarikh perkahwinannya itu benar-benar menjadi tanpa sebarang penceraian di masa akan datang.
"Angelina benar-benar mengharapkan sebuah kebahagiaan yang berpanjangan dan kerana itu dia meminta bantuan sami Buddha untuk mendapatkan tarikh yang paling sesuai.
"Bagaimanapun ia bukanlah satu perkara baru untuknya kerana sebelum ini dia sering menggunakan khidmat sami itu dalam mencari tarikh sesuai mengikut kalendar Budha setiap kali ingin membuat rawatan doktor atau merancang untuk sesebuah percutian keluarga.
"Malah tarikh pelancaran filem-filemnya juga juga berdasarkan bantuan kalendar daripada agama tersebut," kata sumber kepada Contactmusic.
Sementara itu, menurut rakan-rakan terdekat, Brad tidak kisah dengan pemilihan tarikh yang dibuat kekasihnya itu dan tidak tergesa-gesa untuk berkahwin.
"Brad membiarkan hal-hal pemilihan tarikh diuruskan Angelina. Memandangkan mereka sudah hidup lapan tahun bersama, dia tidak tergesa-gesa dalam perancangan perkahwinannya itu," tambah sumber tersebut.
JUSTIN BIEBER DIBURU POLIS!!
Bintang pop remaja popular Justin Bieber kini dikehendaki oleh polis Los Angeles untuk menjalani sesi soal siasat selepas Bieber dituduh menyerang seorang jurugambar.
Menurut laporan daripada DailyMail, mangsa tersebut dikatakan telah menelefon 911 dan mengadu sakit di muka dan dada selepas bergelut dengan Bieber.
Polis yang menyiasat kejadian itu menyifatkan ianya sebagai kes jenayah dan mereka mahu menyoal Bieber untuk mendapatkan cerita daripada pihaknya pula memandangkan penyanyi berusia 18 tahun itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.
Leftenan Robert Wiard dari Jabatan Syerif LA County berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengambil gambar pasangan Bieber dan Selena Gomez ketika mereka dilihat keluar daripada sebuah pawagam di Calabasas, California.
Menurut Wiard, jurugambar itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum dia dibenarkan pulang.
Kejadian berlaku selepas penyanyi lagi 'Boyfriend' dikatakan hilang sabar dan terus menyerang jurugambar tersebut selepas dia enggan berhenti daripada menghalang kereta Bieber. -YE
JUSTIN BIEBER DISAMAN KERANA GURAUAN DI TWITTER!!
Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber bakal berdepan tindakan undang-undang gara-gara gurauan telefon yang telah dibuat melalui laman twitternya minggu lalu mengundang amarah dua orang awam yang dikatakan mempunyai nombor telefon yang hampir sama dengan apa yang dikatakan Bieber.
Menurut laporan TheSun.co.uk, Bieber dikatakan telah mengiklankan nombor telefonnya di laman Twitter dengan dua nombor terakhir tidak diletakkan. Penyanyi remaja berusia 18 tahun itu kemudiannya meminta peminat di twitter yang berjumlah 19 juta untuk menelefonnya sekarang.
Ketika berjuta-juta peminat Bieber cuba untuk meneka dua nombor terakhir dan menelefon, dua orang dari Texas, seorang wanita bernama Dilcie yang berumur 81 tahun dan lelaki bernama Kent mendakwa mereka telah dihujani ratusan panggilan dalam masa sehari daripada remaja perempuan.
Walaupun Twitter itu telah dipadam dengan cepat, namun kedua-dua pengadu itu berkata ia membantu langsung kerana mereka tetap menerima panggilan.
Peguam yang mewakili kedua pengadu itu memberitahu bahawa kesabaran kedua-dua anak guamnya kini semakin menipis selepas mereka menerima 1,000 panggilan telefon dan mereka menuntut pampasan diberikan kepada mereka disebabkan gurauan tersebut.
Pengadu turut mencadangkan agar pelantun yang terkenal dengan lagu "Baby" agar memohon maaf kepada mereka dan memberi tiket konsert, wang tunai dan juga tawaran untuk projek internet produk Kent's.
Bieber yang sememangnya terkenal dengan sikap suka bergurau, pernah muncul dalam rancangan " Punk'd " dan telah menyakinkan Taylor Swift bahawa dia secara tidak sengaja meletupkan sebuah bot yang digunakan untuk majlis perkahwinan. -YE

























