INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

KRISTEN STEWART CURANGI ROBERT PATTISON??


HUBUNGAN cinta bintang "Twilight", Robert Pattinson dan Kristen Stewart tidaklah seindah seperti yang disangka, apabila kini telah timbul spekulasi yang mendakwa Stewart mempunyai hubungan sulit dengan pengarah filem "Snow White and the Huntsman", Rupert Sanders.

Namun sehingga kini, ketiga-tiga pihak iaitu Stewart, Pattinson dan Sanders belum lagi membuat sebarang komen mengenai hal itu. Namun, gambar Stewart dan pengarah berusia 41 tahun sedang bercumbuan telahpun disebarkan majalah US Weekly baru-baru ini.

Dipetik daripada laporan People, Stewart benar-benar mengesali perbuatannya yang dikatakan adalah satu keterlanjuran dan kesilapan besar.

"Beliau tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Sanders. Semuanya berlaku dengan pantas dan tidak memberikan apa-apa makna," menurut sebuah sumber.

"Stewart tidak pernah bermaksud untuk menyakiti mana-mana pihak. Beliau orang yang baik yang hanya membuat pilihan yang salah."

Stewart dan Pattinson saling mengenali semenjak penggambaran filem "Twilight" yang pertama. Walaupun tiada kepastian akan tarikh yang sebenar, namun hubungan pasangan tersebut mula diketahui umum pada tahun 2010.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response