INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

MARIAH CAREY JURI BARU 'AMERICAN IDOL'


SPEKULASI yang mengatakan bahawa Mariah Carey bakal mengambil alih tempat Steven Tyler dan Jennifer Lopez dalam rancangan realiti “American Idol” ternyata benar apabila penyanyi diva ini bersetuju menjadi juri bagi musim yang seterusnya.

Keputusan tersebut telahpun diumumkan oleh Kevin Reilly, selaku presiden hiburan Fox di sebuah mesyuarat Television Critics Association yang bertempat di Los Angeles semalam.

Dipetik daripada laporan Huffington Post, penyanyi R&B dan pop yang telah berjaya menggarap sebanyak 31 anugerah bagi Billboard Music Award ini tidak dapat menyembunyikan rasa teruja beliau dalam sebuah perbualan telefon dengan Reilly.

“Saya sungguh teruja untuk menyertai “American Idol”,” katanya kepada orang ramai apabila telefon disambungkan kepada pembesar suara. “Semuanya berlaku dengan pantas sekali. Saya tak sabar hendak mulakan kerja saya itu dalam dua bulan lagi. Saya akan jumpa anda semua pada bulan Januari nanti.”

Pengasas dan penerbit eksekutif “American Idol”, Simon Fuller turut membuahkan rasa gembira beliau dengan berita tersebut.

“Kami bangga kerana salah seorang penyanyi wanita terhebat di dunia bakal menyertai rancangan kami,” kata beliau.

“Mariah mendefinisikan perkataan ‘Idola’ dan akan memberi inspirasi kepada setiap penyanyi yang berpeluang membuat persembahan di hadapan beliau.”

Pemilihan Mariah Carey sebagai juri terbaru dibuat atas cadangan Randy Jackson, salah seorang juri “American Idol” yang sudah lama bekerja dengan beliau dan juga merupakan teman rapat. Namun, terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan bahawa Jackson akan bertukar peranan dan mengambil tempat sebagai mentor.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response