INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

    Pelajar 16 Tahun Tipu Ibu, Dicekup Berkhalwat!!

    LEDANG: Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.

    Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

    Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

    Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

    Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

    Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

    Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.

    “Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

    “Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

    Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

    “Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

    “Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman. -SH

    #AJL27: Tuah Yang Terukir Di Bintang... Yuna, Aizat Menang RM35,000


    LAGU 'Terukir Di Bintang' menidakkan kekuatan 11 lagu lain tatkala berjaya mengunguli gelaran juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

    Menerusi kemenangan lagu ciptaan dan lirik oleh penyanyi Yuna itu, Aizat selaku penyanyi gantian mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000 berserta trofi.

    Naib juara pula dimenangi lagu 'Idola' dendangan Azlan & The Typewriter. Lagu taruhan komposer Audry Mok dan lirik nukilan Azlan sendiri itu membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

    Tempat ketiga, dimenangi lagu 'Ku Akui' nyanyian Hafiz dan ciptaan serta lirik oleh komposer berpengalaman, Ajai. Sekaligus memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

    Lagu tersebut juga membawa tuah kepada Hafiz apabila memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi. Ini merupakan kejayaan kali ketiga Hafiz menjuarai kategori tersebut untuk dua tahun berturut-turut.

    Manakala bagi kategori Persembahan Terbaik, buat pertama kalinya penonton diberikan diberi kepercayaan menjadi juri bagi menentukan pemenang menerusi undian SMS. Penyanyi Black& RJ berjaya mencuri perhatian penonton dengan 'persembahan berpusing-pusing' mereka sekaligus memenangi kategori tersebut menerusi lagu 'Teman Pengganti' dan meraih wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

    Turut dirai pemenang anugerah Juara Mobil Celcom, lagu 'Ombak Rindu' ciptaan Nor Zaidi Rahman.

    Barisan pemenang AJL27
    Barisan pemenang AJL27

    Lagu lain yang turut memberikan saingan hebat ialah 'Pelangi Senja' (Stacy/ lagu nukilan pasangan suami isteri Taja & Tun Teja), 'Anak Kampung' (One Nation Emcees/Jimmy Palikat), 'Ombak Rindu' (Hafiz & Adira/Zaidi), 'Tanpamu (Amir Jahari), 'Lagu' (Bedroom Sanctuary/Bo Amir Iqram), 'Simetri' (Hazama & Amy Search/Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan) 'Andaiku Bercinta Lagi' (Mojo/Edry Abdul Halim) dan 'Patah Seribu' (Shila Amzah).

    Persembahan 12 finalis AJL27 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, Edry Hashim, Ramli Sarip, penyanyi Hetty Kos Endang, penulis lirik Habsah Hassan, penyanyi Yassin, komposer Aubrey Suwito, komposer Ed Samad, komposer Azmeer selaku ketua juri.

    Seperti tahun sebelum ini, penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak70 peratus yang diadili terlebih awal manakala 30 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

    Bertemakan 'Ekspresi Seni', AJL27 sekali lagi menggandingkan pasangan pengacara hebat, Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai nadi penggerak acara berprestij ini.

    Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL27 turut digegarkan lagi dengan persembahan pembukaan oleh tiga penghibur yang pernah melakar sejarah tersendiri di pentas AJL sebelum ini iaitu Misha Omar menerusi lagu 'Bunga-bunga Cinta', Ziana Zain mendendangkan 'Fatalistik' dan Faizal Tahir bersama Royal FT Force menghangatkan suasana dengan 'Anti Graviti'.

    Persembahan penutup pula mengajak penonton mengimbau zaman kegemilangan "Rock Kapak" yang cukup gah pada tahun 80-an menerusi segmen interlude. Seluruh arena terpukau dengan persembahan cukup bertenaga Rahmat Mega diiringi Rodi,gitaris dari Kumpulan Kristal membawakan lagu popularnya, 'Bayangan Gurauan'. Sementara Aris Ariwatan mengamatkan suasana dengan lagu keramatnya, 'Lamunan Terhenti' bersama AG Coco.

    Gelombang muzik rock tempatan dihangatkan lagi dengan petikan gitar solo Edrie Hashim (Projek Pistol) menerusi lagiu 'Seribu Takkan Mungkin' yang didendangkan oleh Joey (BPR) disusuli kemunculan papa Rock, Ramli Sarip mengimbau kembali nostalgia lagu 'Kamelia' bersama gitaris terkemuka, Man Kidal. -mD

    Tunggakan Rumah - DBKL Usir Yahya Sulung

    LEPAS satu masalah, timbul pula satu lagi masalah lain!

    Demikianlah penderitaan yang dialami oleh pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit berikutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal mengusirnya dari kediaman di flat Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.


    Akibat tunggakan yang berjumlah RM800 sejak lapan bulan lalu itu, dia dan isteri, Datin Alisah Ali, 65, telah diminta mengosongkan rumah mereka. Menurut Alisah, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana perbelanjaan yang terhad tambah-tambah dia kini menghidap kanser paru-paru..

    "Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya kepada media semalam.

    Tambah Alisah, kebiasaannya sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini ia dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal sejumlah RM400 sebulan. Selain wang itu, dia juga mempunyai wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu juga berjumlah RM400.

    Namun disebabkan mereka berdua mengalami keuzuran, sebilangan besar wang yang diperoleh itu terpaksa digunakan untuk rawatan hospital termasuk perbelanjaan harian rumah.


    “Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” ujarnya yang malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai.

    Bagaimanapun, sebaik mengetahui masalah tersebut, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan rumah Yahya. Katanya, meskipun masalah tersebut tidak dimaklumkan sendiri oleh pelakon veteran itu kepada Seniman, namun beliau akan tetap berusaha membantu mereka. -myartis

    Teater Tun Siti Hasmah Mungkin Difilemkan


    TEATER Tun Dr Siti Hasmah - 'Dari Hati Seorang Perempuan', yang kini dipentaskan di Istana Budaya bermula 9 November lalu, mungkin difilemkan bagi memenuhi permintaan ramai.

    Penerbitnya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan berkata, beliau amat berpuas hati dengan prestasi persembahan pelakon dan respons positif daripada penonton setakat ini.

    "Dua hari lalu, ada sepasang warga emas berbangsa Cina yang datang dari Ipoh hadir menonton teater ini. Respons sangat positif dan maka dari situlah saya menyemat sedikit impian untuk memfilemkan pementasan ini.

    “Tetapi perkara ini masih perlu pertimbangan banyak perkara. Cuma dari sudut positifnya, lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat menonton kisah di sebalik srikandi kebanggaan negara ini jika dapat difilemkan,” katanya semalam.

    Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif World Islamic Network Television (WINT) menambah, komitmen para pelakon dan krew sepanjang pementasan juga amat menyentuh dirinya.

    Ujar beliau, sekiranya perancangan untuk memfilemkan kisah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini berjaya, tawaran itu akan dibuat kepada pelakon-pelakon teater yang terlibat terlebih dahulu.

    “Sudah tentu saya perlu menghormati dan menghargai mereka semua terlebih dahulu kerana mereka telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi.

    “Lagipun mereka sudah faham mengenai cerita itu sendiri,” jelasnya yang juga merupakan suami kepada pelakon terkenal, Datin Paduka Umie Aida.

    Tambah Khairuddin, walaupun terpaksa menunggu hampir setahun sebelum Dr Siti Hasmah memberi persetujuan kepada pihaknya mementaskan kisah hidup itu, Khairuddin tetap berpuas hati dengan kehadiran penonton.

    “Apa yang mengharukan, walaupun teater ini dipentaskan pada hari bekerja, tiket hampir habis terjual setiap hari. Kalau Sabtu dan Ahad, tiket juga habis.

    “Respons begini memang amat saya hargai kerana matlamat pementasan ini bukanlah semata-mata untuk mengaut untung tetapi lebih kepada untuk menghargai dan berkongsi kisah yang kita tidak tahu.

    “Sebenarnya, Dr Siti Hasmah sebenarnya juga sehebat nama Aung San Suu Kyi,” katanya lagi.

    Katanya lagi, pementasan ini memaparkan sisi lain hidup Dr Siti Hasmah sebagai ibu kepada tujuh permata hati dan juga sebagai doktor perubatan wanita pertama di Tanah Melayu yang berkhidmat untuk masyarakat.

    Pada pementasan terakhir 19 November ini, pasangan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah sendiri dijangka akan hadir untuk melihat bagaimana kisah hidup mereka dicoretkan di atas pentas teater kebangsaan rakyat Malaysia itu.

    Dengan berbaki tujuh hari lagi pementasan, peminat boleh mendapatkan tiket-tiket yang dijual melalui laman sesawang www.ticket2u.biz.

    YA1M : Bantu Kerajaan Bangunkan Industri Hiburan


    KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membantu membetul dan mengkaji semula struktur industri hiburan tempatan bagi mewujudkan keseimbangan dan keadilan terhadap seniman-seniman negara.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian semula itu dapat memberikan keadilan terhadap para artis terutamanya daripada segi pulangan wang yang diterima.

    "Saya difahamkan pembahagian royalti yang diterima oleh para seniman tidak seimbang. Ada yang menerima jumlah yang kecil dan ada yang banyak.

    "Pada pandangan saya, keadaan ini tidak seimbang dan adil kepada mereka dimana pihak kerajaan akan memperbetulkan perkara ini," katanya pada pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Ahad.

    Tambah beliau, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama dengan YA1M akan membantu pihak kerajaan dalam memberikan beberapa cadangan untuk membangunkan industri hiburan tanah air.

    Dalam pada itu, kerajaan akan menyalurkan dana sebanyak RM2 juta pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan kepada YA1M yang merupakan sebuah organisasi berasaskan ekonomi dan kebajikan dalam meningkatkan martabat para seniman negara.

    "Dengan penubuhan YA1M dan sokongan daripada kerajaan, masa depan artis tanah air akan mendapat pembelaan yang lebih baik.

    "Tidak ramai yang sedar bahawa artis juga merupakan insan biasa yang mempunyai keadaan pasang surut dalam kehidupan mereka sebagai anak seni.

    "Masa muda pendapatan mereka mungkin lumayan, tetapi bila dah senja, tekanan hidup akan terasa apabila hanya dipandang sebagai warga emas dalam masyarakat," kata Najib.

    Selain itu, Najib berkata pelaksanaan skim insurans perlindungan terhadap seniman juga akan dilakukan.

    "Sepatutnya setiap artis ada perlindungan yang sepatutnya dan kalau jatuh sakit, tak perlulah mereka minta bantuan kepada orang," katanya.

    YA1M akan dikemudikan oleh presidennya, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Datuk DJ Dave, Datuk M.Nasir (Naib Presiden), Datuk Malek Redzuan (Setiausaha Agung) serta beberapa ahli jawatankuasa eksekutif lain.

    Pada majlis pelancaran YA1M, lebih 1000 artis pelbagai bangsa hadir dan seramai enam seniman dipilih menerima sumbangan sebanyak RM2000. -mStar

    Filem 'Bunohan' Ungguli Anugerah Skrin 2012


    BUNOHAN, filem terbitan Apparat Sdn. Bhd memenangi trofi Filem Terbaik di di Anugerah Skrin yang berlangsung malam tadi.  Filem Bunohan turut memenangi trofi Lakon Layar Terbaik Filem untuk Dain Said. Namun demikian, pengarah filem tersebut tewas kepada Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak menerusi filem Songlap untuk trofi Pengarah Terbaik Filem.

    Pelakon Shaheizy Sam memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Songlap dan Maya Karin memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Ombak Rindu.


    Drama arahan Kabir Bhatia iaitu Di Telapak Kaki Bonda memenangi trofi Drama Terbaik di majlis yang sama. Kabir Bhatia turut memenangi gelaran Pengarah Terbaik Drama.

    Pelakon veteran Abu Bakar Omar dan Ruminah Sidek masing-masing memenangi gelaran Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Gincu Ayah dan Parit Jawa.


    Bertemakan fantasi, Anugerah Skrin 2012 berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

    KEPUTUSAN PENUH:

    Drama Terbaik
    •  Aku Mahu Terbang – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd 
    •  Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd PEMENANG
    •  Ku Petik Dosa – JS Pictures Sdn Bhd 
    •  Parit Jawa – Current Pictures Sdn Bhd 
    •  Parut Ashikin – Balang Rimbun Sdn Bhd

    Pengarah Drama Terbaik
    •  Aku Mahu Terbang - Mohamed Feroz Abdul Kader 
    •  Di Telapak Kaki Bonda - Kabir Bhatia PEMENANG 
    •  Ku Petik Dosa - Hj Azman Hj Yahya 
    •  Parit Jawa - Tunku Mona Riza 
    •  Parut Ashikin - Sabri Yunus

    Filem Terbaik
    •  Songlap - Grand Brilliance & Red Film
    •  Bunohan - Apparat Sdn. Bhd. PEMENANG
    •  Ombak Rindu - Tarantella Pictures Sdn. Bhd. 
    •  Libas - MDAG Marketing Sdn. Bhd. 
    •  7 Petala Cinta - Metrowealth Sdn. Bhd. 

    Pengarah Filem Terbaik
    •  Fariza Azlina / Effendee Mazlan - Songlap PEMENANG
    •  Dain Said - Bunohan
    •  Osman Ali - Ombak Rindu
    •  Azhari Zain - 7 Petala Cinta
    •  Jurey Latiff Rosli – Libas

    Lakon TV Terbaik
    •  100 Hari - Afiza Kamarulzaman 
    •  Di Telapak Kaki Bonda - Lum Pung Fui PEMENANG 
    •  Pak Ngah Haji Omar - Mufid Suhaimi 
    •  Parit Jawa - Mohd Jamil Mutalib & Tunku Mona Riza 
    •  Sepatu Merah - Eirma Fatima

    Lakon Layar Terbaik Filem
    •  Fariza Azlina Isahak - Songlap 
    •  Dain Said - Bunohan PEMENANG 
    •  Osman Ali - Ombak Rindu
    •  Martias Ali - Libas
    •  Shariman Wahap - 7 Petala Cinta

    Pelakon Lelaki Terbaik Drama
    •  100 Hari - Ridzuan Hashim 
    •  Gincu Ayah - Abu Bakar Omar PEMENANG 
    •  Ku Petik Dosa - Zaidi Omar 
    •  Parut Ashikin - Eman Manan 
    •  Sepatu Merah - Ku Haris Ku Mohamed

    Pelakon Wanita Terbaik Drama
    •  Gincu Ayah - Aida Aris 
    •  Hilangnya Doa Seorang Ibu - Lisdawati 
    •  Maharku Untukmu - Nabila Huda 
    •  Ruminah Sidek - Parit Jawa PEMENANG 
    •  Sepatu Merah - Umie Aida

    Pelakon Lelaki Terbaik Filem
    •  Shaheizy Sam - Songlap PEMENANG 
    •  Aaron Aziz - Ombak Rindu
    •  Faizal Hussein - Bunohan
    •  Beto Kusyairy - Chow Kit
    •  Que Haidar - Misteri Jalan Lama

    Pelakon Wanita Terbaik Filem
    •  Maya Karin - Ombak Rindu PEMENANG 
    •  Mimie One Nation Emcees - Klip 3GP
    •  Nabila Huda - Jalan Kembali (Bohsia 2) 
    •  Sara Ali - Songlap
    •  Intan Ladyana - Flat 3A

    Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
    •  Maharku Untukmu - Rahim Jailani
    •  Pak Ngah Haji Omar - Wan Hanafi Su 
    •  Namron - Parit Jawa  PEMENANG 
    •  Parut Ashikin - Along Ezzendy 
    •  Pelarian - Azhan Rani

    Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
    •  Di Telapak Kaki Bonda - Sherry Merlis PEMENANG 
    •  Gincu Ayah - Rosnah Mat Aris 
    •  Hilangnya Doa Seorang Ibu - Maimon Talib 
    •  Petik Dosa - Fadilah Mansor 
    •  Maharku Untukmu - Norish Karman

    Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
    •  Syafie Naswip - Songlap PEMENANG 
    •  Zahiril Adzim - Bunohan
    •  Zaidi Omar - Ombak Rindu
    •  Bront Palarae - Jiwa Taiko
    •  Soffi Jikan - Jalan Kembali Bohsia 2

    Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
    •  Lisa Surihani - Ombak Rindu PEMENANG 
    •  Nadiya Nisaa’  - Jiwa Taiko
    •  Dira Abu Zahar - Chow Kit
    •  Normah Damanhuri - Songlap
    •  Fauziah Nawi - Hoore! Hoore!

    Videografi Terbaik
    •  Aku Mahu Terbang – Neon Entertainment (M) Sdn Bhd PEMENANG 
    •  Di Telapak Kaki Bonda – Filmscape Sdn Bhd 
    •  Pak Ngah Haji Omar – A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd 
    •  Parit Jawa – Current Pictures Sdn Bhd 
    •  Parut Ashikin – Balang Rimbun Sdn Bhd

    Drama Rantaian Terbaik
    •  Tentang Dhia – Primeworks Studios Sdn Bhd 
    •  Tahajjud Cinta – Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd 
    •  Makbul – Unit Drama TV RTM 
    •  Karma – Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd 
    •  Jangan Ambil Padang Kami – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd PEMENANG

    Drama Komedi Terbaik
    •  Paan Paiz – Radius One Sdn Bhd 
    •  Lembu Lawan Lembu – Ribuvision Enterprise Sdn Bhd 
    •  Elly & Epit – Red Communications Sdn Bhd PEMENANG 
    •  Annisa´ – Primeworks Studios Sdn Bhd

    Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik
    •  Edisi Siasat Mandarin :11 Ali Baba – Producer: Wong Loke Tung 
    •  Tangisan Somalia – Producer: Tan Su Lin 
    •  Majalah Islam:Palestin Terus Berdarah – Producer: Syafinah Othman 
    •  Majalah 3 :Badang Kinabalu – Producer: Gan Bock Khim 
    •  Dunia Tersembunyi : Rambu Solok – Producer: Mohd Raziff Zulkafli PEMENANG

    Rancangan Bual Bicara Terbaik
    •  Apa Saja FBI : Dilema Wanita – Producer: Roslina Abd Rahman 
    •  Liga Ilmu : Menjaga ibubapa tanggungjawab lelaki atau perempuan? – Producer: Mohd Fairuz Mydeen 
    •  The Breakfast Show : Labour Day Special – Producer: Albert Thein 
    •  Wanita Hari Ini : Dera & Kurung Anak – Producer: Norazlina Nekmat 
    •  Bella : Labour Day Special – Producer: Fakhrunnisa Hamdan PEMENANG

    Rancangan Hiburan Terbaik
    •  Maharaja Lawak Mega Ep : 9 – Producer: Khairul Nizam Jamaludin 
    •  Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 : Ep 10 – Producer: Khairul Nizam Jamaludin 
    •  Anugerah Industri Muzik 2011 – AIM2011 – Producer: Salimin Lockman 
    •  CNY Treasure Hunt In Taiwan – Producer: Mas Ayu Ali 
    •  Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 – Producer: Nurhul Huda PEMENANG

    Rancangan Muzikal Terbaik
    •  Mania : Duet – Producer: Lydia 
    •  Ultimate Power Star 2: Grand Finals – Producer: Jun Chan 
    •  Soundcheck TV9 – Producer: Ahmad Shaifullizam Arshad 
    •  Akustik : Adira – Producer: Iwan Rauf 
    •  Anugerah Juara Lagu 26 – Producer: Nurhul Huda Hj Khalid PEMENANG

    Rancangan Realiti Terbaik

    •  Medan Imam Muda : Ep 5 Khurafat - Producer: Mohd Najib Mohd Amin 
    •  Mentor 6 : Akhir – Producer: Sufian Isa 
    •  Showdown 2012 : The Final Showdown – Producer: Shazreena Mohd Kassim & Ganesh 
    •  Yuna Bintang di langit : Ep 4 Los Angeles – Producer: Ismadi Ismail 
    •  Jemputan Umrah : Ep 1 Pengenalan – Producer: Basirun Othman PEMENANG

    Laporan Khas/Berita Terbaik

    •  Berita TV9 – Tagih Laut- Producer: Aminhayat Abd Rahim 
    •  Berita TV9 – Litar Maut – Producer: Ahmad Farith Zahir 
    •  Buletin Awani- Berbelanja Demi Kucing – Khairunnisa Kasnoon 
    •  Berita Wilayah – Hari Guru (Pendalaman) – Producer: Noor Yusof 
    •  Berita TV9 – Bom Jangka - Producer: Aminhayat Abd Rahim PEMENANG

    Anugerah Yasmin Ahmad
     – Pierre Andre

    Anugerah Artis Harapan PANTENE
    •  Putri Balqis - Pelarian PEMENANG 
    •  Farah Nadiah Zulkifli - Ku Petik Dosa 
    •  Nad Zainal - 100 Hari 
    •  Syafieq Syazwan - Aku Mahu Terbang

    Yayasan Artis 1Malaysia Jaga Kebajikan Penggiat Seni

    Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), yang ditubuhkan pada Jun lepas dengan tujuan untuk menjaga kebajikan para karyawan seni akan dilancarkan pada 11 November ini.


    Presidennya, Datuk DJ Dave berkata dijangka lebih 1,000 karyawan seni akan menghadiri majlis itu yang akan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) pada jam 8.30 malam.

    "Yayasan ini bagaikan payung utama kepada artis, dan idea ini timbul selepas saya melawat ramai artis seangkatan saya yang sedang sakit mahupun yang telah meninggal dunia.

    "Adalah wajar mereka diberi perlindungan memandangkan golongan ini tidak mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), wang persaraan atau pencen," katanya lagi.

    3 BERADIK DIDERA GUNA KAYU HOKI!


    JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang suami isteri rakyat Singapura dua hari lepas kerana dipercayai mendera tiga anak mereka di Kampung Melayu, Gelang Patah dekat sini.

    Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, bapa kandung dan ibu tiri yang berumur 40 dan 39 tahun itu ditahan pukul 2 petang di rumah mereka di kampung tersebut selepas polis menerima laporan mengenai jenayah berkenaan pada pukul 11 pagi pada hari yang sama.

    “Laporan polis dibuat oleh mangsa, seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun dengan ditemani guru sekolahnya. Turut dipercayai menjadi mangsa dera itu adalah seorang adik perempuannya yang berumur 12 tahun dan adik lelaki berumur lapan tahun,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini semalam.

    Menurut beliau, mengikut keterangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah itu, ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah berkenaan bersama ayah kandung dan ibu tiri yang kedua-duanya merupakan guru muzik sejak tahun 2007. -kosmo

    LAGAK SUAMI-ISTERI... PEGAWAI KASTAM PUTRAJAYA DITANGKAP KHALWAT?!


    KETIKA sibuk mengumpul bukti Datuk S dan tiga datinnya, Paparazzi menerima panggilan telefon rakan lama Paparazzi daripada Putrajaya yang membongkar cerita panas Pegawai Kanan Kastam ditangkap khalwat di Putrajaya.

    Pegawai Kanan ini dipercayai suami orang manakala pasangan khalwatnya hanyalah seorang Pembantu Sulit (PA) dan bertugas di pejabat yang sama di Jabatan Kastam dan Eksais Putrajaya.

    Sekalipun mereka berlakon sebagai 'suami-ssteri' tetapi skandal songsang mereka telah lama dihidu jiran tetangga kerana sikap Pegawai Kanan berkenaan yang mengalahkan Datuk S, kasanova yang suka memikat hati dara dan bertukar-tukar pasangan; tabiat yang dibawa dari tempat kerjanya sebelum ini.

    Setelah lama menjalankan intipan, baru-baru ini Jabatan Agama Wilayah Persekutuan telah menyerbu dan memberkas Pegawai Kanan Kastam yang bernama Fazli @ Fauzi Baharom; manakala pasangannya bernama Nieza.

    Tangkapan khalwat ini telah mencemarkan imej jabatan berkenaan kerana Pegawai Kanannya terlibat dengan kegiatan tidak bermoral; sinonim dengan Datuk S yang akan didedahkan identitinya tidak lama lagi.


    berikut surat pengesahan dari seorang penduduk:
    ASSALAMUALAIKUM WKTB. Merujuk kepada artikel yang disiarkan Sabahkini.net pada 10 April 2012 yang lalu bertajuk 'Pegawai Kastam Ditangkap Khalwat?'; saya sebagai wakil penduduk Parcel 17RK2, Presint 17 mengalu-alukan pendedahan tersebut dan mengesahkan sememangnya ada penangkapan kes khalwat tersebut. 
    Kami mengucapkan syabas kepada Pegawai-Pegawai Penguatkuasa JAWI Cawangan Putrajaya kerana telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Hasil aduan yang kami buat sehingga tertangkapnya pasangan tersebut diharapkan dapat memberi peringatan kepada masyarakat amnya dan penduduk-penduduk Parcel 17RK2, Presint 17 khususnya tentang peri-pentingnya menjaga tatasusila dan adab sebagai seorang Muslim agar tidak melanggar Perintah Allah. 
    Intipan selama lebih kurang sebulan sebelum tangkapan tersebut menimbulkan kecurigaan kerana pasangan tersebut difikirkan sepasang suami dan isteri pada mulanya. Akan tetapi apabila diselidiki, wanita tersebut masih bujang dan lelaki itu pula adalah suami orang. 
    Beberapa penduduk di sini yang berkerja di satu Jabatan dengan mereka berdua mengesahkan perkara ini. Dengan maklumat yang ada, hampir setiap hari sehinggalah lewat malam kami bergilir-gilir membuat intipan mengawasi gerak-geri mereka berdua. Lelaki itu dilihat kerap menaiki lif menuju dan memasuki unit rumah wanita berkenaan.
    Setelah mengambil kata sepakat, kami dengan penuh rasa tanggungjawab untuk menentang kemungkaran melaporkan aduan kepada pihak JAWI Cawangan Putrajaya supaya mengambil tindakan sewajarnya. 
    Kami percaya banyak lagi perbuatan sumbang dan maksiat masih berleluasa di kuarters kerajaan di seluruh Putrajaya ini. Hasil aduan daripada jiran dan masyarakat sekeliling pasti dapat membantu pihak JAWI menjalankan tugas murni mereka. 
    Sekian, Salam Hormat. 
    Wakil Penduduk PARCEL 17RK2

    -sabahkini.net

    MATI KERANA TAKUT IMPLAN PAYUDARA PECAH...

    Paige (kiri) bersama rakannya
    SWANSEA (Wales): Seorang ibu yang dilanda kebimbangan melampau implan payu daranya akan pecah, ditemui mati di rumah saudaranya, lapor media semalam.

    Kakitangan awam, Paige Goldup, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan perkampungan Godre'rgraig dan dikejarkan ke Hospital Morriston.

    Bagaimanapun, doktor gagal menyelamatkan nyawanya dan disahkan meninggal dunia minggu lalu.

    Media melaporkan, Paige, 24, dimasukkan implan silikon rosak ke payu daranya dan dijadual menjalani pembedahan untuk membuang bahan itu tidak lama lagi, Ibu kepada bayi berusia sembilan bulan itu dipercayai mengambil ubat berlebihan sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

    Saudara Paige berkata, ibu muda itu menjalani implan payu dara lebih dua tahun lalu.

    Katanya. implan berkenaan dihasilkan sebuah syarikat Perancis, PIP, yang menjadi perhatian baru-baru ini ekoran skandal kecuaian dalam penghasilan produk berkenaan.

    Sementara itu, Paige mengaku dia tertekan kerana amat bimbang implan berkenaan pecah dalam payu daranya.

    Menulis di Twitter, Paige berkata, dia adalah antara pengguna implan PIP yang tertekan dan terpaksa mengisi borang perubatan untuk membolehkan dia menjalani pembedahan membuang bahan berkenaan.

    “Saya harap klinik berkenaan melakukan pembedahan itu segera dan menanggung kosnya.

    “Ia sangat menakutkan saya,” katanya. - TS

    RETAK TULANG, PENGSAN DIBELASAH 30 PELAJAR!!


    BALING – Seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di sini, pengsan setelah dibelasah 30 pelajar lain di kelasnya kira-kira 12 tengah hari, kelmarin.

    Mangsa, Mohd Zul Iskandar, 14, dari Kampung Belakang Taman Seri Puteri mengalami keretakan tulang di beberapa bahagian badannya setelah dipercayai dipukul dengan kerusi oleh pelajar tingkatan lima dan empat sekolah terbabit.

    Sehingga kini, mangsa masih dalam keadaan lemah dan trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.

    Ayahnya, Fadzin Kasim berkata, dia terkejut setelah dihubungi pihak sekolah mengatakan anaknya berada di klinik Kuala Ketil kerana dipukul.

    “Saya bergegas ke klinik Kuala Ketil seterusnya ke Hospital Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    “Doktor mengesahkan anak saya mengalami keretakan tulang di bahagian belakang badannya. Sepatutnya anak saya ditahan di wad, tetapi anak saya bertegas untuk pulang ke rumah,’ katanya.

    Anak bongsu dari dua beradik itu kini bergantung kepada ubat-ubatan doktor, selain mendapat penjagaan rapi daripada keluarganya.

    Fadzin berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar mengapa anaknya dipukul, tetapi dia tidak menolak kemungkinan pergaduhan itu bermotifkan dendam.

    “Saya pun tidak mendapat laporan tepat mengenai kejadian itu dan menyerahkan segalanya kepada polis untuk siasatan.

    “Selain Mohd Zul Iskandar, anak sulung saya, Norazwani, 16, dari sekolah sama turut menjadi mangsa buli pelajar sekolah terbabit,” katanya.

    Norazwani berkata, banyak kes pergaduhan yang berlaku di dalam sekolah tersebut dan kebanyakan mereka berkumpulan.

    “Mereka akan bergaduh walaupun ada guru yang mengajar di dalam kelas. Mereka langsung tidak takut dan mengendahkan guru di sekolah tersebut,” katanya.

    Menurutnya, walaupun guru sering mengambil tindakan, pelajar tidak serik malah ada yang berani mengugut guru kerana mengambil tindakan kepada mereka.

    Fadzin berkata, dia amat berharap pihak sekolah, termasuk pejabat pelajaran dapat mencari jalan penyelesaian mengenai masalah itu. -sinar

    PENGANTIN BARU 'DIROGOL' TIKUS!!


    Peristiwa ini berlaku di Banjarmasin Indonesia. Seorang pengantin baru, bernama Ati ‘dirogol’ oleh seekor tikus. Tikus tersebut telah memasuki kawasan paling terlarang (istilah yang agak sopan) pengantin baru tersebut ketika beliau sedang tidur.

    Akibatnya Ati menjerit kesakitan dan tindakannya itu telah mengejutkan suaminya dari lena.

    Melihat situasi isterinya yang sedang berteriak sambil memegang ekor tikus, si suami lantas bertindak menarik(untuk mengeluarkan) tikus yang berada di dalam kawasan paling terlarang milik isteri kesayangannya itu. Tapi, malangnya, ekor tikus tersebut telah terputus,manakala tikus tersebut pula terus berada di dalam kawasan paling terlarang milik isterinya.

    FACEBOOK PUNCA KES ROGOL???


    Pengaruh laman sosial termasuk Facebook dikenal pasti antara medium yang menyumbang kepada masalah sosial dan pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah terutama membabitkan kes rogol.

    Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun jenayah rogol membabitkan pelajar di negara ini menunjukkan penurunan iaitu 133 kes pada tahun lalu, berbanding 222 kes sebelumnya namun jenayah terbabit masih tetap membimbangkan.

    “Apabila kebebasan tanpa kawalan diberikan kepada anak, akses kepada laman sosial tanpa dipantau penjaga atau ibu bapa sememangnya boleh menjurus kepada masalah gejala sosial.

    Tan Sri Lee Lam Thye
    “Masalah ini belum nampak cara penyelesaian yang holistik, justeru perbincangan lanjut perlu dilakukan antara semua pihak termasuk ibu bapa bagi mengawal dan memantau aktiviti sosial anak-anak mereka,” katanya selepas Majlis Dialog MCPF bersama Guru Kelab Pencegahan Jenayah dan ketua jabatan kerajaan, di sini semalam.

    Hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani.

    Lee yang juga Ahli Lembaga Pengarah Media Prima Berhad berkata, statistik pelakuan jenayah di kalangan pelajar sekolah bagaimanapun menunjukkan penurunan iaitu 1,512 kes sepanjang tahun lalu atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan indeks jenayah berbanding 1,862 kes pada 2010.

    SUBAHAT 3 SAHABAT ROGOL PELAJAR TINGKATAN 2!!


    Seorang lelaki yang baru bergelar bapa dalam tempoh hanya beberapa hari dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan bersubahat dengan dua rakannya dalam kejadian rogol pelajar tingkatan dua, awal April lalu.

    Tertuduh, Nor Shahrul Zuraimie Noruddin, 20, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut, didakwa dengan sengaja telah bersubahat dengan dua rakannya merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Tembila, Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut, pada 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi.

    Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja sebagai buruh itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 116 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat jika disabitkan kesalahan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Zulfazliah Mahmud di hada­pan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

    Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Zainal Abidin menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.

    Sementara itu, dua rakannya, yang juga bekerja sebagai buruh itu turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasi­ngan, semalam atas dakwaan merogol mangsa.

    Bagi tertuduh, Abdullah Che Pa, 19, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut didakwa dengan sengaja telah merogol mangsa pada 2 April lalu antara jam lebih kurang 9 malam hingga 11 malam.

    Abdullah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

    Manakala bagi tertuduh, Faizol Yaacob, 22, dari Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut didakwa merogol mangsa pada keeso­kan harinya iaitu 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi di rumah sama.

    Dengan itu, Faizol didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh di penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

    Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan berkenaan.

    Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua mereka dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin. -sinar

    15 MINIT BARU BUKA PINTU... BAPA 3 ANAK DICEKUP BERKHALWAT!!


    LEDANG – “Kami tidak buat apa-apa dan saya datang ke sini hanya untuk hantar makanan,” itu helah bapa kepada tiga anak ketika dicekup khalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), kelmarin.

    Bagaimanapun helahnya tidak menjadi dan akhirnya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan serta ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

    Lelaki berkenaan yang juga bertugas sebagai penjawat awam ditahan dalam serbuan pada jam kira-kira 1.15 pagi di rumah teman wanitanya di Tangkak.

    Manakala pasangannya berusia 28 tahun dan belum berkahwin dan mengakui baru berkenalan kira-kira setahun lalu.

    Menurut lelaki itu, dia datang ke rumah teman wanitanya untuk menghantar makanan dan jarang datang ke situ tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa.

    Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, tangkapan tersebut dijalankan berdasarkan aduan orang awam.

    Menurutnya, ekoran itu sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemantauan dan memeriksa di rumah terbabit sebelum membuat serbuan.

    “Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang lengkap berpakaian membuka pintu.

    “PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

    “Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersembunyi dalam bilik tingkat atas rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

    Menurutnya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

    Jelas beliau, mereka ditahan sementara dijamin oleh keluarga masing-masing.

    Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -sinar

    DUA BERADIK PUNK PUKUL FRU DICEKUP!!


    KUCHING: Dua beradik yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota polis dibelasah ketika perlawanan Liga Super antara Sarawak menentang Kelantan di Stadium Negeri, Sabtu lalu, ditangkap di rumah mereka di Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya, kelmarin.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, suspek berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan di rumah mereka pada jam 5 petang, selepas usaha mengesan mereka sebaik tamat perlawanan tidak berhasil.

    Katanya, suspek dipercayai mabuk ketika kejadian dan bertindak ganas dengan memukul Lans Koperal Amzari Othman, 33, dari Balai Polis Sungai Maong, selepas diminta polis bersurai dari stadium.

    “Suspek ditahan reman sehingga siasatan selesai dan baju yang dipakai ketika kejadian turut disimpan untuk dijadikan bahan bukti.

    “Saya meminta penyokong Sarawak atau pelawat datang ke stadium menyaksikan perlawanan supaya tidak terlalu emosi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak diingini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Kota Sentosa, di sini, semalam.

    Beliau berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 353, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap penjawat awam yang bertugas.

    Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


    Dalam kejadian Sabtu lalu, dua anggota Polis Anti Rusuhan (Poru) yang cuba meleraikan kekecohan antara penyokong Sarawak dan Kelantan itu diserang dua penyokong yang bertindak ganas dengan menumbuk seorang daripada anggota polis terbabit sehingga pengsan.

    Kekecohan bermula apabila sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu, saling mencemuh sebelum pergaduhan tercetus.

    Mangsa dikejarkan dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut, sebelum dibenarkan pulang. -metro

    TV3 MOHON MAAF PENYIARAN ADEGAN BOGEL...

    Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.

    TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Onlinedi sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.

    “Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.

    Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.

    Kristen Stewart and Emile Hirsch merupakan pelakon utama filem 'Into the Wild'
    ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara.

    Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan “panas” dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.

    Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch.

    “Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.

    Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik.

    "Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya. -mStar

    JIJIK!! IKLAN JUAL DILDO BERSEPAH DI TEPI JALAN...


    Iklan haram menjual alat seks dan ubat ‘kuat’ lelaki yang digantung pada lampu isyarat di sekitar Bandar Baru Bangi, di sini, bukan saja menyakitkan mata, tetapi turut menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai.

    Bagi menarik perhatian orang ramai membeli produk mereka, pengiklan berkenaan menggantung iklan tidak senonoh itu yang dicetak menggunakan bunting kecil pada lampu isyarat.

    Taktik itu digunakan pihak terbabit supaya iklan mereka jelas dilihat pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat dan orang yang berminat boleh segera menghubungi nombor dipaparkan.

    Tinjauan Metroplus di Bandar Baru Bangi mendapati iklan itu digantung di hampir semua lampu isyarat dan menggunakan nombor telefon bimbit berlainan pada setiap bunting.


    Iklan terbabit memaparkan ayat ‘adult toy’ dan ‘ubat kuat lelaki’ turut diterjemahkan dalam bahasa Cina menyebabkan orang ramai terutama wanita berasa jijik membacanya.

    Penduduk, Siti Hasmah Othman, 30, berkata dia bimbang remaja dan kanak-kanak cuba membeli peralatan seks dan ubat kuat selepas melihat iklan itu.

    “Iklan seperti ini tidak sepatutnya disiarkan lebih-lebih lagi di tempat awam kerana boleh dilihat semua orang termasuk kanak-kanak. Saya dan penduduk lain rimas dan geli setiap kali terbaca ayat pada iklan itu ketika berhenti di lampu isyarat,” katanya.

    Katanya, dia berharap pihak berkuasa mencari langkah untuk menyelesaikan masalah iklan haram kerana ia bukan saja merosakkan pandangan, tetapi mengotorkan kawasan. -HM

    2 BAYI SELAMAT DARI MENJADI MANGSA PENYELUDUPAN!


    Polis menahan empat wanita, termasuk seorang wanita Singapura berusia 37 tahun yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan bayi, di sini hari ini.

    Berikutan penahanan mereka, polis menyelamatkan dua bayi lelaki masing-masing berumur 22 hari dan tiga bulan.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata kesemua wanita berusia 28 dan 51 tahun itu ditahan di sebuah pusat beli belah terkenal di sini pada pukul 11.30 pagi hasil maklumat orang awam.

    "Wanita rakyat Singapura itu, yang dipercayai orang tengah dalam aktiviti penjualan bayi itu dikesan bersama tiga lagi wanita tempatan di pusat beli belah itu.

    "Tiga wanita tempatan terbabit dipercayai pengasuh yang menjaga bayi-bayi terbabit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini.

    Beliau berkata sindiket itu dipercayai beroperasi di sini berdasarkan gambar-gambar bayi yang terdapat dalam telefon bimbit yang dirampas dari wanita Singapura itu.

    "Kami menemui banyak gambar bayi dalam telefon bimbit wanita Singapura itu...lebih dari 10 dan terdapat mesej menunjukkan berlaku transaksi," katanya.

    Beliau berkata bayi berusia 22 hari itu yang dikenali sebagai Lee Kelvin, ditemui bersama sijil kelahiran dan pasport, manakala seorang lagi bayi tidak mempunyai dokumen.

    "Kami berjaya mengesan ibu bapa Lee dan memanggil mereka untuk diambil keterangan," katanya.

    Beliau berkata, kedua-dua bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan dan ujian DNA. – Bernama

    GILA!! SANGGUP JUAL BUAH PINGGANG UNTUK BELI IPAD!!


    Lima ditahan di selatan China selepas seorang remaja menjual buah pinggang hanya kerana mahu memiliki iPhone dan iPad.

    Antara yang ditahan termasuklah seorang pakar pembedahan yang mengeluarkan buah pinggang remaja itu pada April tahun lalu.

    Laporan agensi berita Xinhua berkata, kumpulan itu menerima sekitar AS$35,000 (RM105,000) bagi proses transplan itu.

    Remaja itu dilaporkan berhadapan dengan masalah kegagalan ginjal berfungsi.

    Hanya dikenali dengan nama keluarga Wang, remaja itu dilaporkan menerima kira-kira AS$$3,000 (sekitar RM9,000) bagi buah pinggang yang didermakan.

    Remaja lelaki berusia 17 tahun itu dilaporkan menjadi sasaran menerusi perbualan di ruang sembang-sembang atas talian.

    Insiden itu dikesan oleh ibu remaja apabila menyedari anaknya menggunakan gadjet baru.

    Apabila ditanya dari mana dia memperoleh duit, remaja itu dilaporkan mengakui telah menjual buah pinggangnya.

    Kumpulan yang terlibat dalam pembedahan mengeluarkan buah pinggang dituduh memperdagangkan organ secara haram.

    Kedua-dua iPhone dan iPad sangat popular di China tetapi harganya sangat mahal sehingga tidak mahu dimiliki oleh kebanyakan pekerja di kawasan bandar.

    Pada masa yang sama China berhadapan dengan situasi kurangnya penderma organ.

    Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa 1.5 juta orang memerulkan transplan, tetapi hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun. -SH

    .