INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

2 BAYI SELAMAT DARI MENJADI MANGSA PENYELUDUPAN!


Polis menahan empat wanita, termasuk seorang wanita Singapura berusia 37 tahun yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan bayi, di sini hari ini.

Berikutan penahanan mereka, polis menyelamatkan dua bayi lelaki masing-masing berumur 22 hari dan tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata kesemua wanita berusia 28 dan 51 tahun itu ditahan di sebuah pusat beli belah terkenal di sini pada pukul 11.30 pagi hasil maklumat orang awam.

"Wanita rakyat Singapura itu, yang dipercayai orang tengah dalam aktiviti penjualan bayi itu dikesan bersama tiga lagi wanita tempatan di pusat beli belah itu.

"Tiga wanita tempatan terbabit dipercayai pengasuh yang menjaga bayi-bayi terbabit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai beroperasi di sini berdasarkan gambar-gambar bayi yang terdapat dalam telefon bimbit yang dirampas dari wanita Singapura itu.

"Kami menemui banyak gambar bayi dalam telefon bimbit wanita Singapura itu...lebih dari 10 dan terdapat mesej menunjukkan berlaku transaksi," katanya.

Beliau berkata bayi berusia 22 hari itu yang dikenali sebagai Lee Kelvin, ditemui bersama sijil kelahiran dan pasport, manakala seorang lagi bayi tidak mempunyai dokumen.

"Kami berjaya mengesan ibu bapa Lee dan memanggil mereka untuk diambil keterangan," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan dan ujian DNA. – Bernama

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "2 BAYI SELAMAT DARI MENJADI MANGSA PENYELUDUPAN!"