INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

TANPA SUNTIKAN & PEMBEDAHAN PLASTIK... PERCAYAKAH AMY SUDAH BERUSIA 40-AN??


MELIHAT susuk tubuhnya yang kecil molek dan mukanya seperti tidak dimamah usia, mungkin ramai yang tidak menyangka Amy Mastura telah menjangkau usia 41 tahun. Keletahnya yang bersahaja dan kelakar mungkin juga salah satu faktor yang membuatkannya kekal muda.

Jika dilihat, Amy antara sebilangan kecil artis yang tidak menyuntik ataupun membuat sesuatu ke mukanya. Bukanlah berniat untuk riak, namun Amy lebih selesa untuk mengikut peredaran masa dan zaman.

“Saya tidak ingin kenyataan yang diberikan menguris mana-mana pihak kerana hal ini terpulang pada individu itu sendiri kerana ia hak masing-masing. Bagi saya dengan kedutan dan garis-garis di muka yang mencerminkan peringkat hidup saya,” kata Amy Mastura ketika ditemui di Restoran Saloma Bistro & Theatre.

Ibu kepada Adriana,11, dan Adalia,7, bakal turun padang untuk mempromosikan Takashima dan Kose setelah dilantik sebagai duta rangkaian produk- produk tersebut. Amy menjelaskan yang dia perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga dan karier.

Amy bakal menemui penonton melalui drama bersiri yang dibintanginya iaitu Dalam Hati Ada Taman. Drama bersiri tersebut mengandingkan pelakon Indonesia, Randy Pangalila, Elfira Loy dan Didie Alias.

Juara pertandingan Asia Bagus ini sama sekali tidak mengenepikan bidang nyanyian kerana menganggap bidan nyanyian dan lakonan adalah jiwa dan raganya. Amy akan tampil dengan single terbarunya yang berjudul “ Itu Dulu” yang merupakan ciptaan penuh oleh Panji.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response