INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

LISA BERDEBAR NAK JADI ISTERI ORANG POLITIK @LisaSurihani


TAK ADA angin tak ada ribut, takder pun kecoh-kecoh kat internet, sejak bila pula Yusry mahu terjun ke dunia politik? Bukan, bukan Yusry. Tetapi sebagaimana yang diperkata ramai sejak beberapa hari ni, pelakon Lisa Surihani akan menyahut cabaran sebagai isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menerusi Teater Tun Dr Siti Hasmah.

Berpeluang bertemu Lisa ketika di majlis Pelancaran Filem-Filem 2012 Grand Brilliance, MD bertanyakan mengenai persiapannnya memandang ini pertama kali dia akan beraksi di pentas teater. Apatahlagi Lisa mempotrey seorang figura yang pernah bergelar wanita nombor satu negara itu.

Teruja membintangi teater tersebut, Lisa berkata, ia merupakan satu penghargaan besar apabila terpilih untuk menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah Ali. Dalam masa yang sama dia berdebar kerana akan menjadi isteri kepada seorang ahli politik.

“Memang sudah lama saya mahu berlakon teater. Sebelum ini banyak tawaran yang terpaksa saya tolak kerana jadual penggambaran filem dan drama yang padat.

"Apabila menerima panggilan dari pihak Istana Budaya dan mengatakan mereka nak tawarkan saya watak ini saya rasa teruja. Rasa berdebar tu memang ada sebab iyalah nak bawa watak isteri orang politik, kan. Tapi saya bersyukur dan berbesar hati', ujarnya ketika ditemui di Sri Pentas TV3, semalam.

Lisa sudah pun mendapat skrip dan kini sedang giat menjalani latihan. Dari segi persediaan lain, dia juga banyak bertanya dan meminta pandangan daripada pengarah disamping mempelajari teknik-teknik lontaran suara dan sebutan setiap suku kata dialog.

"Berlakon teater dan di depan kamera sama sekali berbeza. Sejujurnya timbul juga rasa segan bila nak berlakon secara live ni. Tapi mujur pihak produksi banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya.

"Saya cuba warnakan watak ini dengan cara saya sendiri dan tak mahu terlalu terikat dengan bahan rujukan. Saya rasa dengan cara ini lebih mudah untuk saya menghayati watak itu.

"Saya sememangnya mengagumi Tun Siti Hasmah sebagai seorang wanita yang cukup berkaliber, rendah diri dan mempunyai personaliti tersendiri.

"Bila saya baca skrip, saya semakin jatuh cinta pada beliau. Saya teringin nak jumpa beliau. Tak sabar nak merasai sendiri bagaimana beliau menikmati hidupnya yang bukan saja sebagai seorang wanita yang bergelar doktor. Tetapi juga sebagai isteri kepada pemimpin nombor negara", tutur Lisa.

Tatkala ditanya adakah dia sudah bersedia dengan reaksi penonton terhadap lakonannya nanti, Lisa menjawab,

"Selepas pementasan nanti pastinya ada penonton yang suka dan tidak suka. Saya akui Kak Erra memang selayaknya bawakan watak ni. Tapi saya akan cuba sebaik mungkin. Kalau ada pun tekanan, saya ambil itu sebagai sesuatu yang positif. Bagi saya kalau pun gagal sekurang-kurangnya saya telah mencuba", ujar Lisa sekaligus mengharapkan agar peminat terus memberikannya sokongan.

Sementara itu mengenai perkembangan terbaru, pelakon Mana Hilangnya Juwita ini bakal muncul dengan filem berjudul Istanbul Aku Datang. Selain Lisa, filem terbitan Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films ni dibarisi pelakon seperti Tomok, Beto Khusyairi serta penampilan istimewa, Aizat dan akan ditayangkan pada 8 November depan. -mD

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response