INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

ESMA DANIEL NAMAKAN ANAK SEMPENA NAMA TUN MAHATHIR


PELAKON Esma Daniel, 43 dan isteri, Nitra Sari Omar, 33, hari ini dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata. Isteri kepada pelakon ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kg di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat lalu.

Menurut Esma, dia sangat bersyukur dan gembira dengan kelahiran anaknya itu dan dia telah pun memilih nama untuk anaknya itu.

“Saya namakannya sebagai Mahathir Daniel. Ada cerita di sebalik nama itu. Anak pertama saya dahulu saya namakan dia Maya Sari kerana ketika dia dilahirkan saya terlibat dengan pementasan Tun Mahathir. Jadi, saya pilih nama yang bermula dengan huruf ‘M’ bersempena dengan nama Tun Mahathir.

Sejak itu, saya mula terfikir kalau dikurniakan dengan cahaya mata lagi, saya mahu memilih nama yang bermula dengan huruf ‘M’ juga. Alhamdulillah, awal pagi tadi isteri saya selamat melahirkan dan kami mendapat anak lelaki. Kebetulan, saya sekali lagi perlu menjadi Tun Mahathir. Cuma, kali ini untuk pementasan Tun Siti Hasmah. Jadi, saya terus terfikir untuk menggunakan nama Mahathir untuk bayi saya itu,” ujar Esma Daniel teruja.

Mahathir Daniel adalah anak ketujuh kepada Esma Daniel. Ini kerana selain memiliki empat lagi anak bersama Nitra, Esma juga dikurniakan dengan dua orang anak pada perkahwinannya terdahulu iaitu Habib Daniel, 17, serta Harith Daniel, 16.

Bercerita lanjut mengenai watak Tun Mahathir, Esma memberitahu dia tidak membuat terlalu banyak persediaan kerana ini bukan kali pertama dia beraksi sebagai mantan Perdana Menteri itu.

“Ini kali ketiga saya menggalas watak yang sama. Jadi, saya tidak buat banyak persediaan. Lagipun, pementasan kali ini bukan memberi tumpuan kepada Tun Mahathir, sebaliknya kepada ketokohan Tun Siti Hasmah. Kali ini saya perlu interpretasikan watak itu dari perspektif dan kaca mata seorang suami kepada seorang isteri,” ujar Esma yang ditemui selepas sidang media Tribute Teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya pada Jumaat.

Sebelum mengakhiri perbualan, Esma sempat berkongsi pandangan peribadinya mengenai Tun Siti Hasmah.

“Sebenarnya, saya sudah mengenali Tun Siti Hasmah ketika buat teater Tun Mahathir dahulu. Kami agak rapat juga kerana selalu berbual apabila ada kesempatan. Kalau terjumpa dalam beberapa majlis sebelum ini pun, kami akan bertegur sapa. Saya memang kagum dengan ketokohan yang dimiliki oleh wanita ini. Bukan sahaja sebagai isteri bekas Perdana Menteri, tetapi juga sebagai seorang doktor yang berdedikasi.”

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response