INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

RIHANNA PUJI KEHEBATAN YUNA


KALAU di arena sukan tanah air kita ada ada' raja dan ratu atlet' yang cukup kita bangga, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, yang mana mereka sekarang menjadi topik perbualan hangat ramai. Tak kurang juga di persada hiburan, kita ada Yunalis Zarai @ Yuna. Anak Malaysia yang kini sedang rancak mengembangkan empayar seninya di benua Amerika. Yuna sekarang sibuk dengan konsert jelajahnya di sana.

Rata-rata pencinta muzik tanah air memang sedia mengagumi bakat serta kredibiliti yang dimiliki penghibur bertaraf antarabangsa ini. Dan bukan saja kita rakyat Malaysia, malahan Yuna sudah membuktikan dia mampu mencuri hati ramai peminat muzik tak kurang selebriti terkenal Hollywood.

Malam tadi, sekali lagi Yuna mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat perhatian daridada penyanyi antarabangsa popular, Rihanna.

Rihanna menerusi Twitter rasminya telah memuji kehebatan pelantun Terukir Di Bintang ini. Dan tak lama kemudian Yuna membalasnya dengan ucapan terima kasih.

.
.


Mula-mula ni, di Twitter lah. Mungkin satu hari nanti kita akan dapat melihat Yuna berkolaborasi dengan nama-nama besar di sana dan siapa tahu, salah seorangnya adalah dengan Rihanna. Mudah-mudaha ada lagi khabar membanggakn yang akan dibawa Yuna untuk kita semua.

Yuna sebelum ini pernah muncul di rancangan bual bicara popular Amerika, Conan, sekitar April lalu. Di samping lagu berjudul Live Your Life yang dimuatkan di dalam album versi Amerikanya merupakan satu di antara lima lagu yang terkandung dalam projek kolaborasi beliau bersama penyanyi Rap terkenal, Pharrell Williams. -mD

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response