INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

PM @NAJIBRAZAK SUMBANGKAN RM100,000 KEPADA KELUARGA MENDIANG LOGA


BANTUAN kewangan sebanyak RM100,000 bakal disalurkan kepada keluarga mendiang anggota Alleycats, Datuk A Loganathan, atas musibah kebakaran yang menimpa mereka beberapa hari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, bantuan tersebut yang disalurkan melalui Yayasan 1MDB adalah sebagai satu sumbangan bagi menghargai jasa mendiang yang banyak memartabatkan industri seni negara.

"Sebagai menghargai jasa mendiang kepada budaya negara kita dan semangat 1Malaysia, maka Yayasan 1MDB akan memberikan sumbangan sebanyak RM100, 000 kepada Datin Susan Loganathan dan anak-anak mereka.

Post Pic

"Ini sebahagian dari sumbangan, budi kepada mereka yang banyak berjasa pada negara kita melalui profesion sebagai seorang penyanyi tetapi menyumbang kepada pembentukan negara bangsa dan perpaduan nasional kita," katanya semasa berucap dalam program Karisma Ramadan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kei dan Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Dalam majlis tersebut juga, Najib turut menyampaikan sumbangan berupa duit raya berjumlah RM38,000 kepada 1300 kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas dari seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat turut menyampaikan sumbangan baju raya kepada 280 kanak-kanak yang hadir. -antarapos

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response