INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

GOSIP DENGAN RAMLI MS - "JANGAN BUAT ANDAIAN SENDIRI!" -ALYAH


BARU-BARU ini Alyah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedang mengenal hati budi Ramli MS setelah sekian lama mendiamkan diri ketika ditanyakan gossip percintaan antara mereka.

"Ini pertama kali saya membuka mulut mengenai hal ini sepanjang gossip ini keluar sejak tahun lepas. Masih lagi di dalam proses mengenali hati budi, hal diluar kemampuan ini tidak mampu untuk dijangka,"katanya.

Kerap kali diajukan soalan mengenai hal tersebut, Alyah mengambil keputusan untuk bersuara sekali gus kembali menutup andaian orang ramai. Ini kerana ada juga antara orang ramai yang membuat kesimpulan sendiri mengenai gossip antara mereka.

Alyah ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Airasia di KL Hilton menjelaskan setelah empat tahun bekerja keras, tahun ini dia memilih untuk berehat sepanjang bulan puasa.

"Saya terpaksa menolak tawaran-tawaran yang diberikan pada bulan Ramadan ini bagi menghormati dan juga pada masa yang sama berehat. Namun saya ada memberi kelonggaran dengan menghadiri majlis buka puasa seperti ini," kata Alyah.

Bijak menyusun jadualnya, Alyah menyiapkan penggambaraan dan rakaman lagu sebelum bulan puasa. Alyah bakal muncul dengan lagu terbaru ciptaan sepenuhnya oleh Yassin yang berjudul Lena Sahara.

Alyah yang akan bercuti panjang selama dua minggu bermula pada akhir bulan ini. Alyah akan terus pulang ke kampung halaman ke Gelang Patah, Johor Bharu untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan anak angkatnya. -gua

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response