INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

MEMEY GEMBIRA LIHAT PERUT MEMBESAR...


WALAUPUN usia kandungan sudah memasuki empat bulan, pelakon Memey Suhaiza akui masih mengalami alahan yang teruk sehingga memerlukannya berehat seketika dalam menerima sebarang tawaran lakonan. Memey yang ditemui ketika Majlis Rumah Terbuka Outloud Studios baru-baru ini turut berkongsi rasa terujanya untuk melahirkan anak sulungnya itu.

“Biasanya doktor beritahu setiap wanita hamil hanya mengalami alahan pada tiga bulan pertama kehamilan saja, tapi sehingga kini saya masih mengalami alahan. Malah, suami saya turut menerima tempias di mana deria bau dia juga semakin sensitif dan tekak berasa loya,” ujarnya yang disangka bersalin pada Februari tahun depan.

Berkongsi keterujaannya mengandungkan anak sulung, Memey memberitahu, “Kami sekeluarga begitu teruja mengikuti perkembangan bayi yang dikandung sekarang. Setiap hari Memey akan pandang cermin dan lihat perut Memey yang semakin membesar. Kami begitu teruja sehingga sudah terlintas nak beri nama anak, Muhammad Darwish Hakim.”

Umum mengetahui pelakon berusia 24 tahun ini sudah berbaik dengan bekas isteri suaminya, Abby Abadi. Ditanya sama ada Memey bersedia menerima Abby menjadi madunya andai Norman merujuk semula dengan Abby, Memey memberitahu, “Secara umum, tanyalah saja mana-mana wanita, pasti jawapan mereka sudah tentu tidak mahu bermadu.

“Bagi saya, itu hak masing-masing jika ada wanita yang boleh berkongsi kasih, namun kalau boleh, saya enggan berkongsi kebahagiaan saya dengan wanita lain kerana saya kini sedang hidup bahagia,” ujar Memey yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk rumahtangganya.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response