INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

FIZZ FAIRUZ SERIK BERCINTA, BERHASRAT KAHWINI ALMY NADIA

AKTOR Fizz Fairuz mengakui kontroversi yang timbul berhubung kenyataannya untuk mengahwini aktres Almy Nadia sebelum ini membuatkan dia berasa serik bercerita mengenai perkara itu.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 33, berkata, dia kini lebih senang mengambil pendekatan untuk berdiam diri sehingga perancangan ke arah itu benar-benar menjadi kenyataan kelak.

“Saya sudah serik dengan kontroversi yang timbul sebelum ini apabila kenyataan saya (isu kahwin) disalah ertikan dan mengeruhkan keadaan.

“Kini, saya hanya mahu berdiam diri sehinggalah perancangan untuk berkahwin benar-benar akan berlaku,” katanya ketika ditemui mStar Online selepas pelancaran filem Hantu Kapcai di sini, petang Selasa.

Kontroversi hubungannya dengan Almy Nadia tercetus selepas aktres itu berkata kepada sebuah akhbar mingguan itu pada Mei lalu kononnya hubungan mereka diibaratkan retak menanti belah.

Almy Nadia

Almy mendakwa hubungan mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia tidak lagi diendahkan aktor itu.

Ditanya mengenai status hubungannya dengan aktres Almy Nadia, Fizz berkata, mereka masih berkawan seperti biasa tanpa isu masalah namun tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Kalau diikutkan pada mata kasar mungkin orang nampak saya sudah mampu untuk berkahwin. Saya memang sudah mampu dan bersedia untuk berkeluarga tetapi banyak perkara yang perlu saya penuhi termasuk mengutamakan ibu saya.

“Pada masa ini, biarlah saya dan Almy mengukuhkan diri masing-masing dalam kerjaya. Kami berkawan seperti biasa tetapi bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Jika ada jodoh kami, ia tidak akan ke mana,” ujarnya.

Terbaru, dalam filem Hantu Kapcai, Fizz menggalas watak sebagai Ibrahim iaitu seorang pemuda yang mahu kembali ke pangkal jalan selepas menyertai sebuah program realiti kerohanian.

Filem pertama arahan Ghaz Abu Bakar itu turut membariskan antaranya Remy Ishak, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen dan Riza Amin. Ia akan ditayangkan bermula 27 September ini. -mstar

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response