INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

Afdlin Shauki Arahkan Filem Genre Romantik Pertama


SEBELUM ini, Afdlin Shauki memang cukup sinonim dengan mengarah filem-filem bergenre komedi yang telah berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang pengarah filem yang berada dalam kelasnya tersendiri.

Namun, selepas beliau membaca skrip filem "Untuk Tiga Hari", pandangannya terhadap filem cinta yang sebelum ini baginya adalah sesuatu yang klise dan tiada apa yang menarik untuk diceritakan, beliau perlahan-lahan berubah sehinggalah beliau memberanikan dirinya untuk mengarahkan filem bercorak cinta yang sememangnya lain daripada yang lain.

Menurut Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, filem yang diadaptasi daripada sebuah novel terlaris tulisan Ahadiat Akashah, ianya bukanlah kisah cinta biasa seperti mana yang sudah ditonton sebelum ini kerana ia memaparkan kisah yang sedikit pelik.

"Selepas saya baca buku ini, saya cakap pelik cerita ini, tapi ia sesuatu yang berlaku, dan saya tahu banyak cerita cinta terhalang ini berlaku di kalangan masyarakat kita, cuma kali ini kita mahu menvisualkannya," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pra tonton "Untuk Tiga Hari" di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

Tambah Afdlin lagi, baginya filem ini agak mencabar kerana mahu menampakkan jalan cerita sebenar dan filem tidak lari.

"Bukan mudah sebenarnya untuk adaptasi semua cerita dalam novel ke filem. Jadi saya terpaksa pilih babak-babak penting dengan mengolahnya kepada bentuk sedikit komedi.
Katanya lagi, filemnya kali ini sebenarnya telah melebihi jumlah masa yang biasa ditayangkan di pawagam, dan mereka terpaksa memotong banyak babak-babak menarik untuk menjadikan filem tersebut berdurasi 1 jam 30 minit.

"Kalau nak tahu, saya terpaksa potong banyak babak-babak menarik. Sehinggakan watak Nabil Raja Lawak yang sepatutnya dalam filem ini pun kena buang. Mujurlah dia faham situasi ini," jelasnya.

Filem terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd ini turut dibintangi Afdlin Shauki, Vanidah Imram, Rashidi Ishak, Zizan Nin, Zizan Razak, Dira Abu Zahar dan Ainul Aishah.

"Untuk Tiga Hari" ini bakal menemui penonton pada 20 September ini.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response