INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

ERRA FAZIRA BAKAL MUNCUL DALAM TALK SHOW SENDIRI


BAKAT lakonan yang dimiliki bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira sememangnya dikagumi peminat seni tempatan. Malah, Erra juga berjaya memikat hati peminatnya dengan suaranya yang gemersik menerusi lagu popularnya seperti Pasrah dan Jendela Hati.

Pun begitu, selain menyanyi dan berlakon, Erra juga sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan selepas berjaya menjadi hos dalam beberapa buah program TV sebelum ini.

Erra boleh diklasifikasikan sebagai artis wanita cantik yang telah membuktikan bahawa kejayaan yang dimiliki yang bukan bersandarkan pada wajah saja.

Bakat Erra dalam bidang pengacaraan akan diteruskan lagi apabila dia bakal muncul dengan sebuah program bual bicara dalam masa terdekat ini.

Dengarnya, menerusi program yang diberi nama Primadona itu nanti, Erra akan menyelami hati wanita dan mengorek rahsia beberapa lelaki terkenal tentang isu melibatkan wanita. Wah, kelas gitu.

Lebih menarik lagi, Erra tidak keseorang dalam program tersebut kerana Raja Azura, Ziela Jalil dan Rozita Che Wan akan turut sama bergandingan dengan Erra selaku hos.

Sungguhpun waktu tayangan program berkenaan belum diketahui, tetapi program yang dijadualkan berdurasi selama sejam itu akan disiarkan di Astro Warna.

Merisik lebih dalam lagi, idea untuk menerbitkan rancangan ini timbul berikutan kejayaan rancangan raya khas Erra yang telah disiarkan baru-baru ini. Kalau tidak silap, nama rancangan itu adalah Eh, Eh, Raya Erra.

Yang menariknya, penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dikhabarkan antara tetamu yang bakal dijemput oleh program ini.

Jika benarlah perkhabaran ini, bagaimana agaknya aksi si Apex apabila di apit oleh empat wanita cantik yang berstatus ibu ini.

Apapun, diucapkan syabas buat Erra. Walaupun hatinya diguris dengan gosip rumahtangga goyang, rezeki tetap memihak kepadanya.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response