INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

SASHA ELITE ENGGAN DEDAH PUNCA PERCERAIAN


KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin enggan mendedahkan punca sebenar masalah rumah tangganya dengan bekas suami, Salyo Priyanto sehingga menyebabkan kepada penceraian. Sasha berkata, dia tidak perlu berbuat demikian kerana ingin menjaga nama baik bekas suaminya itu dan perpisahan mereka juga dibuat secara baik. “Sebagai seorang Islam tidak perlu saya membuka pekung tentang apa yang berlaku di antara kami tambahan pula kes ini sudah pun selesai.

“Apa yang boleh saya katakan, kami berdua telah mengambil pelbagai langkah seperti mendapatkan nasihat keluarga dan berusaha memperbaiki keadaan rumah tangga kami tetapi malangnya penceraian adalah yang terbaik buat kami berdua,” ujarnya kepada mStar Online. Tambah Shasha, atas alasan itu juga dia memohon kepada mahkamah untuk membenarkan dia memberikan sebab perceraian mereka menerusi nota bertulis kepada hakim tanpa perlu mendedahkannya di dalam mahkamah secara terbuka. “Sejujurnya saya tidak tahu cara itu boleh digunakan dan bersyukur kerana hakim menerima nota itu tanpa perlu saya mendedahkan sebab dan punca mengapa saya memohon untuk bercerai,” katanya lagi.


Pada Selasa, Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-kedua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik. Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah mengesahkan lafaz cerai itu serta memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan. Sasha memberitahu tumpuan akan diberikan sepenuhnya kepada anak mereka, Adam Aryasenna Notosoemarsono. Sasha dan Salyo dilihat menitiskan air mata sejurus selepas lafaz cerai dilakukan.

Dalam pada itu, Sasha berkata, dia tidak pernah menyesali dengan apa yang terjadi dalam perkahwinannya kerana ia dibina berdasarkan kasih sayang dan tumpuannya kini diberikan kepada anak tunggal mereka iaitu, Adam Aryasenna Notosoemarsono, yang berusia tiga tahun. Sasha berkata, dia dan bekas suaminya telah sepakat untuk menolak ke tepi masalah mereka berdua dan akan kekal sebagai sahabat demi masa depan anak mereka. “Kami menyayangi anak kami lebih dari segala-galanya dan dia tidak sesekali akan diabaikan kerana masalah yang menimpa kami berdua.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response