INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

MIA SARA NASUHA BERAZAM PUASA PENUH!!


KEHADIRAN bulan Ramadhan Al-Mubarak kian menghampiri dan pasti ramai yang sudah memulakan membuat persiapan raya. Bagi pelakon cilik berusia tujuh tahun, Mia Sara nyata tidak sabar menanti kedatangan bulan suci nanti.

Mia Sara atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan berkata dalam sebuah portal berita tempatan, tahun ini dia berazam berpuasa penuh berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Tahun lepas Mia puasa 20 hari. Kalau boleh tahun ni Mia nak puasa penuh. Mia juga nak pergi solat terawih dan macam-macam lagi Mia nak buat," ujar pelakon yang membuat kemunculan pertamanya dalam drama "Adamaya"

Pada masa sama, Mia turut memberitahu bahawa dia juga mengambil kelas mengaji pada malam untuk menambah ilmu agama.

"Mia selalu pergi kelas mengaji setiap malam Rabu. Dalam kelas tersebut, Mia belajar mengaji dan belajar tajwid," ujarnya lagi.

Sementara itu, ayah kepada pelakon cilik Mia, Mohammad Ridhuan, 37, berkata, pada bulan puasa nanti aktiviti seni Mia akan dikurangkan kerana mahu memberi masa buat Mia untuk berehat, namun memberitahu dia akan berusaha untuk memenuhi permintaan undangan jika dijemput ke majlis tertentu.

"Untuk tahun ini, saya kurangkan penglibatan Mia untuk berlakon. Sebab dah dua tahun berturut-turut Mia aktif semasa bulan puasa. Jadi, saya dah kosongkan jadual Mia. Namun kalau ada jemputan seperti majlis berbuka puasa, itu akan saya pertimbangkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mia baru sahaja tamat menjalani penggambaran drama komedi "Bazaar Al-Mubarak" yang diterbitkan stesen televisyen "Al-Hijrah".

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response