INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

BLOGGER HANIS ZALIKHA BINTANGI FILEM 'GANGSTER CELOP'!!


EXCELLENT PICTURES dan Skop Production akan bersatu tenaga membikin filem "Gangster Celop", sebuah filem aksi komedi yang dibintangi oleh Shamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta pelakon baru Hanis Zalikha.

Produksi yang menelan belanja sebanyak RM1.7 juta ini merupakan sebuah gabungan produksi dua syarikat penerbitan filem tempatan iaitu di antara Ahmad Idham Ahmad Nadzri selaku pengarah dari Excellent Pictures dan Datuk Yusof Haslam sebagai penerbit dari Skop Production.

Cerita berkisar tentang Shamsul Yusof dan Kamal Adli yang bakal memegang watak bekas samseng berkawan rapat. Mereka baru sahaja keluar dari penjara dan ingin memulakan kehidupan baru.

Walaubagaimanapun, mereka dihubungi oleh Mat Jambu (Yus Jambu), seorang bekas ketua samseng yang kini memerlukan bantuan mereka untuk menjadi pengawal peribadi kepada Suzana (Hanis Zalikha), anak Jambu yang baru hendak mula berniaga.

"Melihat situasi industri filem sekarang, gabungan ini boleh memberikan sebuah peluang untuk menghasilkan idea, kreativiti, modal dan kerja yang boleh menarik perhatian umum," ujar Datuk Yusof Haslam, yang turut mengatakan kolaborasi ini merupakan sebuah langkah yang besar dalam industri filem tempatan.

"Kolaborasi ini boleh membuahkan fenomena baru dalam industri filem, yang mana ianya bukan sahaja berkaitan kolaborasi dua syarikat, malah ini antara fenomena baru dalam bidang lakonan apabila Hanis Zalikha, seorang blogger terkenal yang juga merupakan seorang model, turut berlakon dalam "Gangster Celop"," ujar Ahmad Idham.

Penggambaran utama "Gangster Celop" sudahpun bermula di kawasan Lembah Klang dan berkemungkinan akan diriliskan pada tahun 2013.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response