INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

LUNA MAYA SAMBUT ARIEL DARI PENJARA DENGAN KEKASIH BARU??


Kisah cinta antara aktres Luna Maya dan penyanyi Ariel Peterpan semakin hangat diperkatakan kini. Apatah lagi kini telah tersebar gambar Luna bersama seorang jejaka yang dikatakan adalah kekasih barunya. Namun adakah ia benar?

Seperti yang dilaporkan detikHot, dalam gambar tersebut memperlihatkan Luna yang memakai baju kemeja berwarna biru, dan kelihatan seorang jejaka disebelah Luna.

Sehingga kini masih belum diketahui samada itu adalah kekasih baru Luna atau bukan. Namun sejak kebelakangan ini, bintang filem "Cinta Silver" ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pengusaha kafe.


Hubungan mereka ini dikatakan semakin intim, apabila mereka dikhabarkan sentiasa meluangkan masa bersama di kafe kekasihnya itu yang terletak di Kemang.

Sementara itu, Luna masih lagi belum membuat sebarang komen berkaitan khabar angin tersebut.
Dalam perkembangan lain, bekas kekasih Luna, Ariel bakal mendapat pembebasan bersyarat pada 23 Julai ini.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response