INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

LEPAS AARON, ADI PUTRA PULA MOHON PR!


Selepas rakan senegaranya iaitu aktor Aaron Aziz yang telah menerima status penduduk tetap (PR) negara baru-baru ini, giliran hero filem "Aku Terima Nikahnya", Adi Putra pula untuk memohon status yang sama.

Memetik kenyataan yang dibuatnya menerusi akhbar Kosmo!, Adi menyatakan telah memohon status PR Malaysia sejak berkahwin dengan isterinya, Aida Yusof, seorang warga tempatan enam tahun lalu.

Menurut Adi, dia tidak menafikan ada membuat permohonan tetapi tidak mahu menghebahkannya kerana baginya ia terlalu peribadi selain ia melibatkan kerajaan Malaysia.

"Saya perlu menghormati dan mematuhi undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya menantikan kelulusan.

"Sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam industri seni tempatan, saya mengakui status sebagai orang luar tidak pernah menghalang perkembangan kerjaya seni saya di negara ini. Namun tetap ada batasnya, seperti majlis anugerah yang khusus untuk warga tempatan," ujar pelakon berusia 31 tahun ini.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response