INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

'EK THA TIGER' SALMAN KHAN DILANDA KONTROVERSI LAGI!


PEMINAT Salman Khan pastinya tak sabar melihat aksi beliau dalam filem terbaru. Namun filem "Ek Tha Tiger" yang bakal diriliskan pada musim Aidilfitri di seluruh dunia nampaknya sedang menghadapi masalah apabila terpaksa berhadapan dengan beberapa kontroversi.

Sebelum ini, pihak kerajaan Pakistan telah memutuskan untuk mengharamkan tayangan filem tersebut yang dikatakan menggambarkan perisik kerajaan Pakistan, ISI secara negatif. Walaupun mempunyai ramai peminat di Pakistan, tetapi peminat Salman Khan tidak berpeluang menonton walau hanya sebuah trailer sekalipun.

Kini, datang pula seorang lelaki bernama Vikram Vashishta yang mempunyai isu dengan filem tersebut.
Menurut laporan Masala, Vikram telah melihat trailer filem dan mengatakan bahawa jalan cerita sama dengan kisah arwah bapa saudaranya, Ravindra Kaushik, yang secara kebetulan merupakan seorang perisik kerajaan India dan pernah dihantar ke Pakistan.

Persamaan itu sangat membimbangkan Vikram, yang telahpun menghantar notis undang-undang kepada syarikat produksi Yash Raj Films, berserta dengan sebuah tuntutan untuk melihat skrip asal filem ataupun tontonan peribadi filem sebelum ianya diriliskan pada 15 Ogos. Salinan notis undang-undang tersebut turut dihantar kepada Lembaga Pensijilan Filem (CBFC) serta Persatuan Penerbit Filem & TV dan Persekutuan Filem India.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response