INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

JATUH TERGULING DI TANGGA... TEMPURUNG LUTUT FARID KAMIL RETAK!


PELAKON Farid Kamil kini terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan selepas dia mengalami kecederaan dimana tempurung lutut kirinya retak akibat terjatuh ketika menjalani penggambaran filem "Dampak" di kelab hiburan Rootz, Lot 10, Isnin lalu.

Menurut laporan daripada mStar, kecederaan yang dialami Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari turut mengakibatkan lututnya bengkak dan lebam.

"Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan ketika melakukan adegan kejar-mengejar.

"Lutut kiri saya bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang teruk akibat hentakan kuat," katanya.

Aktor berusia 31 tahun itu yang mendapat rawatan di Hospital Ampang Puteri telah dinasihatkan oleh doktor agar berehat panjang daripada melakukan sebarang aktiviti lasak.

"Saya dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizkal termasuklah berlakon.

"Saya kini terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh pijak lantai, dan akibat daripada kejadian ini, pihak produksi filem terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk baki babak-babak aksi yang melibatkan saya," katanya lagi.

Sementara itu, filem yang diterbitkan oleh Ops Production itu turut akan menampilkan Aaron Aziz dan Juliana Evans.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response