INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

ARIEL PETERPAN BEBAS PENJARA HARI INI... KENAPA LEBIH AWAL??


TANGGAL 23 Julai 2012 merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh vokalis kumpulan Peterpan, Ariel apabila dia telah dibebaskan dari penjara hari ini.

Seperti yang dilaporkan detikHot, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham, akhirnya dapat menghirup udara segar selepas dibebaskan daripada penjara Rutan Kebon Waru.

Ariel yang dibebaskan pada pukul 9:08am waktu tempatan, dilihat hanya memberikan senyuman sambil melambaikan tangan kepada peminat-peminatnya yang telah menunggunya di luar penjara sejak semalam lagi.

Ariel kemudiannya dilihat menaiki sebuah kenderaan untuk pergi ke Balai Permasyarakatan di Bandung kerana perlu menandatangi syarat PB (Bebas Bersyarat).

Sementara itu, Airel yang tiba di Balai Permasyarakat Bandung meluahkan rasa gembiranya selepas keluar daripada penjara.

"Saya baik saja, dan sangat gembira sekarang ini," katanya ketika ditemui di Balai Permasyarakat Bandung.

Ariel sepatutnya menjalani hukuman penjara sehingga tahun 2013 seperti dijatuhkan oleh panel hakim ketika pembicaraan, tapi kenapa di dibebaskan lebih awal?

Menurut Dedi Sutardi Ketua Division Kemasyarakatan Kemenkumham, pembebasan ini sesuai dengan peraturan kerana Ariel sudah menjalani 2/3 tempoh hukumannya. Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik selama berada dalam pengawasan lembaga pemasyarakatan.

“Apa yang dialami oleh Ariel adalah sesuatu hal yang lumrah terjadi, bukan kerana Ariel adalah seorang artis yang menyebabkan dirinya boleh dibebaskan awal” ujar Dedi

“Semua tahananyang sudah menjalani 2/3 tempoh tahanan boleh dibebaskan berdasarkan sikap dan disiplin mereka,” jelasnya.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response