INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

2 LELAKI ISTIMEWA DALAM HIDUP RITA RUDAINI KINI....


Pelakon Rita Rudaini berkata dia tidak boleh hidup tanpa dua lelaki kesayangannya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia setahun. Kedua putera hasil perkongsian hidup bersama suami Aidil Zafuan, 26, kini menjadi keutamaan juga kekuatan bagi ibu berusia 36 tahun ini.

Meskipun hakikatnya kemerlut rumah tangga yang di hadapi bersama bintang bola sepak kebangsaan itu belum pun berkesudahan, Rita memberitahu dia menjalani kehidupan sambil membesarkan dua anaknya, sudah cukup membahagiakan pelakon drama Selamat Datang Anak-Anak Suamiku ini.


"Syukur, saya berasa gembira dengan kehidupan sekarang. Selepas menghadapi bermacam dugaan yang berat selama empat tahun ni, tapi Allah memberi saya ketenangan. Inilah saat paling bahagia buat saya apatahlagi bersama anak-anak," kata Rita ketika ditemui di majlis pelancaran filem Balistik di hotel Holiday Villa Subang, semalam.

"Kalau nak pergi mahkamah tu, dah rasa macam nak pergi shopping," tambahnya sambil memberi gambaran betapa bahagia hidupnya sekarang.

Demi memastikan anak-anak tidak terabai, Rita menetapkan waktu kerjanya hanya sehingga jam 10.30 malam. Sementara sepanjang dia keluar menjalani penggambara, Rayyan dan Arjuna akan ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh.

"Allhamdullillah pihak produksi memahami keadaan saya. Kalau shooting, mereka memberi pelepasan pada saya jam 10.30 malam. Setiap hari ada pengasuh yang menjaga mereka mulai jam 9 pagi.

"Kalau misalnya saya shooting di luar Kuala Lumpur, saya akan membawa anak-anak sekali dan kami akan menginap di hotel. Kami jarang duduk di rumah. Kalau ada masa lapang, kami bertiga akan keluar bersiar-siar," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, berkongsi pengalamannya semasa mengerjakan umrah baru-baru ini, Rita memberitahu sepanjang di tanah suci Mekah, dia tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan

"Saya berdoa pada Allah seandainya dia (Aidil) baik untuk saya, dekatkanlah dia kepada saya. Sekiranya buruk untuk saya, jauhkanlah daripada saya",

Berkawin Dengan Pembunuh Upahan

Sementara itu, menyentuh mengenai kerjaya, Rita sekarang sibuk menjalani penggambaran filem Balistik. Dalam filem aksi-drama itu, Rita memengang watak Salina yang merupakan suami kepada seorang pembunuhan upahan Saga (lakonan Rosyam Nor).

Mereka dikurniakan anak, Rykarl. Namun berlaku konflik dalam rumah tangga mereka sehingga menyebabkan Salina ditinggalkan Saga.

Enam tahun kemudian, Salina muncul dalam hidup Saga dan Rykarl. Bagaimanapun Salina sudah berkahwin dengan seorang inspektor polis bernama Nizam (lakonan Adi Putra) yang juga merupakan teman baik Saga sewaktu kecil.

"Selama ini saya bukannya tidak mahu berlakon filem ataupun tidak ditawarkan. Ada tawaran cuma saya memilih. Tapi apabila Rosyam tawarkan watak ni pada saya, saya percaya padanya.

Sebab sebelum ini jikalau saya berlakon dalam drama terbitan produksinya, saya tahu ada sesuatu kelainan yang diberikan pada watak yang saya jiwai", jelasnya apabila diminta mengulas kenyataan dia kerap digandingkan bersama Rosyam baik dalam drama-drama dan kali ini pula menerusi filem terbitan syarikat pelakon yang mendapat gelaran 'Hero Malaya' itu. -mD

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response