INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

14 TRIVIA MENARIK FILEM "THE AMAZING SPIDER-MAN"


Sempena sedang hangat penayangan "The Amazing Spider-Man" di pawagam-pawagam berdekatan anda, kami senaraikan beberapa fakta tentang adiwira lelabah kesayangan ramai ini.

01. Pada Januari 2010, Sony Pictures mengumumkan bahawa mereka telah membatalkan idea filem "Spider-Man 4" arahan Sam Raimi dan lakonan Tobey Maguire dan akan memulakan kembali francais ini dengan kisah dan barisan pelakon baru.


02. Antara barisan pelakon yang menjadi pilihan untuk watak Peter Parker/Spider-Man adalah Taylor Lautner ("Twilight"), Josh Hutcherson ("The Hunger Games"), Joseph Gordon-Levitt ("Inception"), Robert Pattinson ("Twilight"), Daniel Radcliffe ("Harry Potter"), Michael Cera ("Scott Pilgrim") dan Zac Efron ("High School Musical"). Namun akhirnya pengarah Marc Webb memilih Andrew Garfield ("The Social Network") kerana "...kombinasi kebijaksanaan, kemanusiaan dan kelucuan yang jarang ada pada seseorang."


03. Pada awalnya produksi mahu menawarkan watak Dr. Curt Connors/The Lizard kepada Michael Fassbender. Namun Fassbender telah dipilih untuk melakonkan watak Magneto dalam "X-Men: First Class". Lalu watak tersebut diberikan kepada Rhys Ifans.


04. Kedua-dua Spider-Man yang lama, Tobey Maguire dan yang baru, Andrew Garfield pernah berlakon dalam filem Terry Gilliam sebelum menjadi Peter Parker/Spider-Man. Maguire muncul dalam "Fear And Loathing In Las Vegas" dan Garfield pula dalam "The Imaginarium Of Doctor Parnassus". Kedua-dua buah filem itu turut dilakonkan oleh Johnny Depp.


05. Antara barisan pelakon wanita yang dicalonkan untuk watak heroin filem ini termasuk Ashley Greene ("Twilight"), Mia Wasikowska ("Alice In Wonderland"), Amber Heard ("Drive Angry"), Dianna Agron ("Glee"), Lindsay Lohan ("Just My Luck"), Emily Browning ("Sucker Punch"), Lily Collins ("Mirror Mirror"), Anna Kendrick ("Scott Pilgrim"), Mary Elizabeth Winstead ("Abraham Lincoln Vampire Hunter") dan Hilary Duff ("A Cinderella Story"). Semuanya dikalahkan aktres baru, Emma Stone ("Easy A").


06. Ini merupakan filem "Spider-Man" yang pertama di mana watak kekasih Spider-Man bukanlah Mary-Jane Watson, tetapi teman wanita asal Parker, Gwen Stacy.


07. Rhys Ifans enggan menggunakan pelakon lagak ngeri untuk wataknya sebagai The Lizard kerana ingin melakukan sendiri semua aksi ngerinya.


08. Dalam filem ini, watak Kapten George Stacy membangkang semua aktiviti Spider-Man manakala Gwen Stacy sedar dan sangat menyokong peranan Peter Parker sebagai Spider-Man. Ini sangat berbeza dengan komik asalnya, di mana George Stacy yang menyokong Parker manakala Gwen Stacy menyalahkan Spider-Man atas kematian bapanya, menyebabkan Parker merahsiakan identiti sebenarnya daripada Gwen.


09. Sebagai persediaan untuk melakonkan watak Spider-Man, Andrew Garfield mengkaji pergerakan labah-labah dan cuba menirunya sebaik mungkin. Jelas Garfield, "Parker bukan sahaja seperti labah-labah melalui kostumnya, tetapi juga melalui pergerakannya."


10. Dalam filem ini, Spider-Man menggunakan peralatan tersendiri untuk mengeluarkan sawang dari tangannya, diilhamkan daripada komik asal. Marc Webb menjelaskan bahawa mereka memilih gajet dan bukan kuasa adiwira untuk menekankan kebijaksanaan dan keistimewaan Peter Parker.


11. Rakan Denis Leary yang juga seorang peminat Spider-Man mengatakan bahawa ketika kali pertama dia bertemu Leary, dia sangka Leary adalah George Stacy. Disebabkan itu Leary mendapat ilham untuk mencuba nasib dalam ujibakat dan sekaligus ditawarkan watak Kapten Stacy.


12. Pihak produksi membuat keputusan untuk melakukan kebanyakan lagak ngeri di atas pelantar dan mengurangkan penggunaan animasi CGI. Marc Webb menjelaskan bahawa dia mahu filem itu lebih banyak menekankan aksi dan realistik.


13. "The Amazing Spider-Man" ditayangkan pada Hari Ulang Tahun ke-50 Spider-Man.


14. Ramai yang menyangka Emma Stone mewarnakan rambutnya yang merah menjadi perang untuk memainkan watak Gwen Stacy yang sememangnya seorang yang berambut perang. Namun sebenarnya pelakon "Zombieland" itu memang asalnya berambut perang.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response