INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

ZED ZAIDI KINI PRESIDEN SENIMAN!!


Aktor Zed Zaidi telah dilantik memegang jawatan sebagai Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN) menggantikan Harun Salim Bachik yang sebelum ini memegang jawatan tersebut.

Perlantikkan Zed Zaidi yang juga merupakan Timbalan Presiden organisasi SENIMAN telah mendapat persetujuan untuk melantik Zed Zaidi ketika mesyuarat agung SENIMAN yang diadakan untuk memilih ahli jawatankuasa baru di FINAS baru-baru ini.

Sebelum ini Zed Zaidi telah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila dia dengan secara terbuka telah mempertikaikan kelayakkan aktor terkenal Aaron Aziz yang memenangi trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) yang lalu menerusi laman Twitter peribadinya yang mempersoalkan faktor kewarganegaraan aktor tersebut.

Tindakan lantangnya itu telah dikritik beberapa artis terkenal termasuklah penyanyi No.1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza yang menganggap tindakkan Zed Zaidi sebagai tidak profesional dalam membangkitkan isu tersebut. -YE

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "ZED ZAIDI KINI PRESIDEN SENIMAN!!"