INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

POPULARITI MAWI MERUDUM??

Nama Asmawi Ani atau Mawi cukup besar dalam industri seni hiburan tempatan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa semua lapisan masyarakat, khususnya Melayu, mengenali siapa Mawi. Lelaki berusia 31 tahun itu menjadi satu fenomena selepas menyertai program realiti televisyen, Akademi Fantasia (AF) musim ketiga lebih kurang tujuh tahun lalu.

BAHAGIA ... Mawi bersama isteri, Ekin dan anak mereka Cahaya Malaika.

Aura yang dibawa Mawi cukup luar biasa, biar kemenangannya pada waktu itu hanya berpandukan undian SMS. Sejak itu, juara AF musim ketiga itu memang tidak pernah surut dengan liputan media. Hampir setiap hari, media massa akan melaporkan berita tentang Mawi.

Kini, selepas tujuh tahun berlalu, harus diakui, nama Mawi semakin tenggelam. Sementelah banyak bakat baharu yang muncul dengan AF sendiri telah melalui musim sehingga kesembilan. Penyanyi yang berasal daripada Kulai, Johor itu dalam waktu yang sama semakin kurang menerima publisiti. Selain itu, dia sendiri dilihat tidak begitu aktif dalam bidang seni selepas berkahwin dengan Ekin lebih dua tahun lalu.

Ditebak dengan soalan tentang populariti yang semakin susut, Mawi tidak menolak bahawa hal itu memang berlaku. Ya, dia mungkin sudah tidak popular seperti dahulu dan kurang terdedah dengan media. Namun satu hal yang pasti, dia masih menerima tawaran menyanyi walau tidak sekencang dulu.

"Saya mungkin sudah tidak seperti dulu yang selalu mendapat liputan media. Tapi saya masih mendapat undangan nyanyian sekurang-kurangnya tiga atau empat kali sebulan," katanya.

Dia bagaimanapun mengaku yang bayaran yang diterima juga tidak semahal sewaktu zaman dia popular.

"Walaupun tidak mahal seperti dulu, namun ia masih cukup untuk saya menampung keluarga," katanya lagi.

Biar orang melihat Mawi sudah semakin suram, namun dalam diam dia aktif dengan kerja-kerja penerbitan di bawah syarikat miliknya, MW Entertainment Snd.Bhd. Rumah produksi ini kata Mawi adalah sebagai persediaan masa hadapannya.

"Saya yakin dengan kerja-kerja penerbitan dan ia mampu memberi kelangsungan hidup buat saya," katanya yang kemudian menegaskan: "Saya masih akan terus menyanyi selagi ada permintaan." Malah dia juga bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Termolek karya komposer Datuk M.Nasir dan lirik oleh Ad Samad.

Menyusul juga adalah sebuah single yang diberi nama "Siapa Dapat Lisa" yang juga akan dibuat dalam bentuk telemovie.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan keluarganya, Mawi memberitahu hidup dia dan Ekin tambah lengkap dengan kehadiran anak sulung mereka, Cahaya Malaika.

Cahaya Malaika kini sudah berusia tiga bulan dan mereka tidak kisah jika Cahaya mahu terjebak dalam dunia seni.

"Kami tidak akan menghalang, asal ia memberi manfaat kepadanya," tambah Mawi.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "POPULARITI MAWI MERUDUM??"