INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

REMY ISHAK MALU NYANYI LAGU SENDIRI??


Pelakon yang dikenali menerusi drama popular 'Nur Kasih', Remy Ishak mengakui malu untuk menyanyikan lagu sendiri meskipun lagu single terbarunya, 'Kelip-Kelip' sudah dikeluarkan.

"Saya tidak mempunyai keyakinan untuk menyanyikan lagu yang dihasilkan untuk filem '29 Februari' itu kerana tiada pengalaman membuat persembahan di pentas.

"Jangan kata nak buat persembahan depan penonton, semasa penggambaran babak yang memerlukan saya menyanyi pun saya berasa malu. Bagaimanapun, jika ada permintaan, saya akan lakukan," ujar pelakon berusia 30 tahun ini.

Bagaimanapun, Remy berkata dengan menyanyi ini secara tidak langsung mampu meningkatkan keyakinannya untuk bergelar seorang artis yang berkebolehan.

Menurutnya lagi, lagu tersebut adalah sebahagian daripada projek filem tersebut namun Remy berkata tidak pernah terdetik langsung di fikirannya untuk menjadi seorang penyanyi, tetapi menerimanya sebagai satu pengalaman yang cukup berharga pada dirinya.

"Filem '29 Februari' adalah sebuah karya cinta agung yang memerlukan pelakon bermain dengan emosi dalaman apatah lagi saya perlu menghayati lirik lagu berkenaan. Sebagai pelakon ia telah mengajar saya satu sisi lain dalam lakonan dan memberikan lebih keyakinan," jelasnya lagi.

Sementara itu, Remy turut memberitahu dia akan kembali ke set penggambaran untuk drama bersiri 'Cinta Jangan Pergi' yang akan menyaksikan gandingannya bersama Tiz Zaqyah selain bakal muncul dalam filem seperti "Jiwa Taiko", "Azazil", "Aku", "Kau Dan Dia" dan "Hantu Kapcai".

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "REMY ISHAK MALU NYANYI LAGU SENDIRI??"