Tuesday, April 29, 2025

INFO OSEMMM!!:

10 Fakta Menarik Tentang Aiskrim -

31 Jul 2013

10 Lagu K-Pop Paling Berpengaruh -

07 Jul 2013

Awas!! 5 Gadis Cantik Ini Sebenarnya Seorang Lelaki!! -

12 Nov 2012

Kisah Tersembunyi Di Sebalik Filem Seram... -

08 Jul 2012

10 Bintang Terkenal Tanpa Bakat -

26 Jun 2012

PERGH OSEMMM!!

Zul Ariffin Nafi Bercinta Dengan Nasha Aziz

BARU sahaja kita mendengar cerita tentang hubungan cinta serius yang terjali...

Fida Nak Sertai Akademi Fantasia? Tak Peduli Walau Dikritik...

PELAKON dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida tetap dengan pendiriannya untu...

Pengalaman Putus Tunang Ajar Ikhwan Jadi Matang

PENYAMPAI radio Hot FM, Ikhwan meneruskan tradisi berayanya bersama Menteri ...

OWHHH OSEMMM!!

Cinta Sejati: Rempuhi Ribuan Kilometer Untuk Mengahwini Kekasih Yang Lumpuh

CINTA tidak memandang fizikal, kerana cinta sejati terdetik dari hati. Kali...

10 Perbezaan Lucu Antara Lelaki & Perempuan

JIKA kita membahaskan tentang perbezaan antara lelaki & perempuan, per...

Ada Apa Dengan Cinta?? 20 Fakta...

Cinta, kalau ditanya sebenarnya cinta itu apa ye? Ada yang kata cinta itu peras...

WOW OSEMMM!!

10 Fakta Menarik Tentang Aiskrim

Ada ke dalam kalangan kita yang tidak suka aiskrim? Mungkin ada, namun secara u...

10 Lagu K-Pop Paling Berpengaruh

INDUSTRI muzik pop Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai K-Pop sudah ber...

Awas!! 5 Gadis Cantik Ini Sebenarnya Seorang Lelaki!!

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari semakin ramai model/artis transgender (pembe...

ARTIS VETERAN TUNTUT BATAL AGM 14 SENIMAN KERANA PENYELEWENGAN!!


Abu Bakar Omar (kiri) yang mewakili Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) bersama dua wakil peguam mengemukakan petisyen pembatalan AGM 14 di Finas, petang Jumaat. Foto CHAN TAK KONG
AMPANG: Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) menuntut pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 25 Jun lalu kerana gagal memenuhi empat perkara dalam perlembagaan persatuan terbabit.
Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13.
Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000.
"Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap pelantikan Zed Zaidi sebagai presiden Seniman.
"Sebagai artis veteran yang juga ahli Seniman kami hanya mahu hentikan penyelewangan dalam persatuan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
"Sebab itu kami kemukakan tuntutan membatalkan AGM 14 menerusi saluran undang-undang kerana mesyuarat itu diadakan dengan mengetepikan empat perkara dalam perlembagaan persatuan," katanya kepada mStar Online, petang Jumaat.
Antara artis veteran yang hadir hadir pada sidang media dan taklimat berhubung pembatalan AGM 14.
Abu Bakar dan kira-kira 80 artis veteran hadir pada sidang media dan taklimat bersama wakil peguam berhubung petisyen pembatalan AGM 14 di Pawagam P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Kelang di sini.
Abu Bakar berkata, petisyen itu sekali gus membawa kepada pembatalan pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan bagi sesi 2012 hingga 2015.
PKAV turut memohon satu Injuksi Interim yang menghalang AJK yang dilantik pada AGM 14 daripada melaksanakan tugas-tugas jawatan sehingga tindakan Mahkamah/Tribunal diputuskan kelak.
Katanya, mereka turut memohon apa-apa relif lain yang bermanfaat kepada persatuan.
"Petisyen sudah dikemukan, jadi kami serahkan selebihnya kepada peguam. Kami hanya mahu AGM 14 itu dibatalkan dan AJK tersebut digantung sehingga keputusan mahkamah diputuskan," katanya.
Antara yang hadir pada taklimat tersebut adalah bekas presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof dan barisan artis veteran antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Yahya Sulong, Mariani Ismail dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam.
Pada pertemuan itu, sebanyak RM1,100 berjaya dikutip hasil sumbangan barisan artis veteran yang hadir bagi mengumpulkan dana untuk kos peguam kelak. -mStar

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

1 comments for "ARTIS VETERAN TUNTUT BATAL AGM 14 SENIMAN KERANA PENYELEWENGAN!!"

  1. Kah kah.. Datuk-datuk yang mai tapi kutip duit RM1K je? Mmg tak menang la..