INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

NIA RAMADHANI SELAMAT LAHIRKAN BAYI PEREMPUAN


Aktres terkenal Indonesia, Nia Ramadhani (Bawang Merah) telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie pada hari Sabtu, jam 7.25 pagi di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Dipetik daripada KapanLagi.com, berita gembira ini diumumkan oleh salah seorang ahli keluarga kepada aktres berusia 22 tahun ini menerusi kiriman BlackBerry Messenger.

Bayi seberat 3.1 kilogram dan panjang 48 sentimeter itu yang dilahirkan secara pembedahan caesarean adalah hasil perkahwinannya dengan usahawan Ardie Bakrie pada April 2010.

Aktres yang terkenal dengan drama sinetron "Bawang Merah, Bawang Putih" ini dan anaknya dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Ardie ketika ditemui wartawan di hospital berkenaan tidak dapat menyembunyikan perasan gembira sehingga menitiskan air mata.

"Saya membayangkan kesakitan yang ditanggung oleh Nia sehingga dia selamat melahirkan anak kami sehingga saya menitiskan air mata," ujar Ardie.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response