INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

NEELOFA TIDAK YAKIN DENGAN BIDANG LAKONANNYA...


Entah apa mimpi selebriti yang sedang meningkat naik ini, tiba-tiba saja dia mahu beralih arah ke bidang pengacaraan pula.

Neelofa dalam temubualnya bersama sebuah tabloid tempatan telah memutuskan bahawa dia mahu memfokuskan kerjayanya dalam bidang pengacaraan berbanding lakonan.

“Sekarang saya lebih yakin dengan kerjaya sebagai pengacara. Dibandingkan dengan lakonan, saya lebih meminati dunia pengacaraan dan dari dulu lagi sebenarnya suka menjadi hos.”

“Apatah lagi apabila saya ditawarkan menjadi pengacara sebuah program TV yang sudah mantap dan dikenali, memang saya terima dengan gembira. Bukan setakat itu, saya juga bersyukur sebab baru saja menerima satu lagi tawaran sebagai hos, namun belum boleh diperkatakan mengenai perkara tersebut.” berkata Neelofa dipetik dari Berita Harian.

Neelofa turut memberitahu bahawa dia hanya mengambil 1 atau 2 tawaran lakonan dan dia turut akui memilih jalan cerita yang bagus.

“Saya tidak kisah dengan watak apa sekalipun yang diberikan, tetapi jalan cerita sesuatu drama itu perlulah bagus untuk menarik minat saya berlakon. Tahun ini saya hanya menjayakan dua drama saja, yang mana satunya adalah arahan Erma Fatima berjudul Kau Yang Terindah dan aktiviti penggambaran akan dimulakan pada bulan depan.”

Apa sajalah Neelofa, asalkan dapat mengekalkan imej yang bersih dan baik, semua orang akan bangga dengan pencapaian anda. Atau ini semua disebabkan filem Azura 2012 tak laku? -ohbulan

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response