INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

    10 Fakta Menarik Tentang Aiskrim

    Ada ke dalam kalangan kita yang tidak suka aiskrim? Mungkin ada, namun secara umumnya, masyarakat memang menyukai aiskrim. Jom ikuti 10 fakta menarik tentang aiskrim...



    1) Aiskrim Sundae terbesar dalam sejarah pernah dibuat di Edmonton, Alberta, Canada pada tahun 1988 iaitu seberat 24 tan.

    2) Ia memerlukan 12 lbs (5.4 kg) susu untuk menghasilkan segelen (3.79 liter) aiskrim.

    3) Ia mengambil kira-kira 50 jilatan untuk menghabiskan satu skup aiskrim kon.

    4) Penciptaan kon aiskrim mempunyai kaitan dengan Pesta Dunia di St. Louis pada tahun 1904. Penjual aiskrim dilaporkan tidak mempunyai penghidang yang mencukupi, jadi dia bekerjasama dengan penjual wafer yang berada disebelah gerainya. Penjual wafer itu kemudiannya mengulung wafernya berbentuk kon. Maka, jadilah kon aiskrim.

    5) Rujukan pertama mengenai aiskrim diberi oleh the Oxford English Dictionary pada tahun 1744.

    6) Resepi aiskrim mula-mula wujud pada abad ke-18 di England dan Amerika. Resepi ini diterbitkan dalam Mrs. Mary Eales’s Receipts di London pada tahun 1718.

    7) Aiskrim telah diperkenalkan di Amerika Syarikat oleh penjajah Quaker yang membawa resepi ais-krim bersama mereka.

    8) Aiskrim sundae wujud pada lewat abad ke-19.

    9) Aiskrim menjadi popular pada abad ke-20 setelah harga peti sejuk menjadi murah.

    10) Pada abad ke-20, banyak kedai-kedai menjual aiskrim dibuka dan pelbagai perisa aiskrim diperkenalkan seperti Baskin- Robbins yang memperkenalkan 31 perisa dan restoran Howard Johnson yang memperkenalkan 28 perisa.

    Farid Kamil Letak Syarat Jika Ibu Mertua Ingin Jumpa Cucu


    "Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu" kata pelakon dan pengarah Farid Kamil ketika mengulas tentang hubungannya dengan ibu mertua, Norsiah Ramli.

    Farid, 32, berkata beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan ibu mertuanya sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan cucu dan anaknya, Diana Danielle.

    "Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

    "Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati," katanya.

    Farid ditemui pada majlis sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita di sini, pada Isnin.

    Tambahnya lagi, Diana turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut.

    "Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar.

    "Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," ujarnya.

    Gambar fail Norsiah (kiri) bersama Farid dan Diana pada majlis pernikahan pasangan itu pada tahun lalu.
    Sebelum ini Farid pernah menyatakan perasaan marah dan kecewa terhadap ibu mertuanya melalui laman sosial twitter peribadinya.

    Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang.

    Dalam pada itu, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya pada 2 Julai lalu, Farid berkata dia tidak dapat mengambarkan perasaannya bergelar bapa.

    "Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu.

    "Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana," katanya.

    Farid berkata, proses tersebut akan dilakukan di Malaysia selepas mereka pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

    Sementara itu, Farid berkata isterinya berada dalam keadaan sihat selepas bersalin dan masih berada dalam pantang.

    "Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap "mother blues" iaitu terlalu melindungi anaknya.

    "Saya sendiri tidak dibenarkan memegambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya," katanya.

    Ada Apa Dengan Cinta?? 20 Fakta...

    Cinta, kalau ditanya sebenarnya cinta itu apa ye? Ada yang kata cinta itu perasaan yang muncul dari hati. Ada yang kata cinta itu perasaan tulus menyukai orang tanpa harus dibalas. Hmm... mana yang kamu setuju?


    Sebelum memutuskan apa maknanya cinta, sebagai seorang kekasih sejati kamu WAJIB tahu 20 fakta tentang cinta yang tercatat di sini...

    Fakta 1. Komitmen cinta

    Tentang komitmen, sebenarnya ada dua komitmen yang harus dijalani saat menjalin hubungan kekasih. Komitmen dengan pasangan, dan komitmen dengan diri sendiri. Apabila kedua komitmen ini dijaga dan dijalani dengan baik, maka hubungan akan semakin intim. Itulah kenyataan cinta yang sebenarnya.

    Fakta 2. Jatuh cinta 7 kali

    Menurut kajian, seseorang akan jatuh cinta sebanyak 7 kali seumur hidupnya, mengalami patah hati dan kemudian memutuskan berkahwin dengan kekasihnya. Namun, ada pula seseorang yang sekali jatuh cinta terus memutuskan mengakhiri zaman solonya. Kamu bagaimana?

    Fakta 3. Dilarang flirting

    Di daerah Little Rock, di Amerika Serikat, menggoda/ flirting adalah satu kegiatan yang melanggar undang-undang. SJika seseorang ditangkap sedang flirting, dia akan dijatuhkan hukuman penjara selama 30 hari. Alahai, kesian sungguh...

    Fakta 4. Bau tubuh lelaki

    Kononnya, yang membuat seorang wanita selalu merindukan lelaki yang disayanginya adalah bau tubuh dan peluhnya. Betul ke?

    Fakta 5. Mengahwini cinta pertama

    Berdasarkan survey terdapat 2 di antara 5 orang di dunia, mengahwini cinta pertamanya. Anda termasuk dalam 2 orang tu?

    Fakta 6. Pasangan yang berkhawin terlama di dunia

    Guiness Book of World Records mencatat bahwa pasangan dari Taiwan adalah pasangan yang berkahwin  paling lama di dunia. Mereka telah berkahwin selama 85 tahun.

    Fakta 7. Lagu paling romantis

    Unchained Melody, dicatatkan dalam sebuah survey sebagai lagu paling romantis sepanjang zaman.

    Fakta 8. Menara Eiffel

    Menara Eiffel di Paris adalah tempat paling popular bagi seorang kekasih untuk melamar pasangannya sebagai teman seumur hidup.

    Fakta 9. Perkataan cinta

    Terdapat kira-kira 30 perkataan dalam bahasa Jerman yang merujuk pada ciuman.

    Fakta 10. Miring ke kanan

    Seorang penyelidik Jerman merumuskan, kebanyakan orang akan memiringkan kepalanya ke arah kanan semasa berciuman.

    Fakta 11. Umur panjang

    Kononnya, lelaki yang mencium isterinya setiap pagi, umurnya 5 tahun jauh lebih lama berbanding yang tidak melakukannya.

    Fakta 12. Haiwan paling setia

    Belangkas adalah haiwan yang sepanjang hidupnya hanya memiliki satu pasangan saja. Apabila pasangannya mati, maka ia akan hidup sendiri sampai mati.

    Fakta 13. Makna 'LOVE'

    Love berasal dari bahasa Sanskrit Lubhyati yang bermaksud 'ghairah'.

    Fakta 14. Cinta lokasi

    Ramai orang yang jatuh cinta di tempat kerjanya atau disebut dengan cinta lokasi kerana seringnya bertemu dengan pasangan dan terjalin keintiman di antara keduanya. Macam artis yang jatuh cinta di lokasi pengambaran jugak laa...

    Fakta 15. Ciri-ciri jatuh cinta

    Bila seseorang jatuh cinta, jantungnya akan berdegup kencang, telapak tangan berpeluh dan ada perubahan ukuran pada retina mata. Pernah terjadi camtu??

    Fakta 16. Suku Tiwi

    Suku bernama Tiwi, mengahwinkan anak mereka sebaik saja bayi itu lahir.

    Fakta 17. Wajah mirip

    Menurut satu kajian, pasangan yang hidup lama berdua, wajahnya akan menjadi semakin mirip.

    Fakta 18. Jari manis

    Cincin perkahwinan dipakai di jari manis kerana dipercayai pada jari manis ada pembuluh darah yang berhubungan langsung ke jantung.

    Fakta 19. Pertunangan

    Tradisi pertunangan dan bertukar cincin  pertama kali diperkenalkan oleh Archduke Maximillian of Austria, yang melamar kekasihnya Mary of Burgundy pada abad ke-15.

    Fakta 20. Efek jatuh cinta

    Menurut kajian, jatuh cinta membawa efek relaks dan tenang pada fikiran dan tubuh seseorang.


    10 Lagu K-Pop Paling Berpengaruh


    INDUSTRI muzik pop Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai K-Pop sudah berjalan selama bertahun-tahun dan meraih populariti secara global. Namun dari banyaknya lagu K-Pop yang pernah dihasilkan dan artis yang pernah meletop, hanya ada beberapa lagu yang dianggap paling popular. Mulai 2008 melalui lagu Nobody dari Wonder Girls, K-Pop terus menghasilkan lagu terkenal sampailah booming giler lagu Gangnam Style dari PSY di tahun 2012 lalu.

    Berikut 10 Lagu KPop paling fenomenal dan berpengaruh di dunia...

    1. Girls Generation - Gee


    2. SHINee - Ring Ding Dong


    3. HyunA - Bubble Pop


    4. 2NE1 - I'm The Best


    5. PSY - Gangnam Style


    6. Wonder Girls - Nobody


    7. Big Bang - Fantastic Baby


    8. Super Junior - Sorry Sorry


    9. KARA - Mister


    10. Brown Eyed Girls - Abracadabra

    Apa Perlunya Cinta??


    Cinta Akan Membuat Anda Terus Hidup...

    Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?

    Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:

    Mencegah penyakit.
    Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.

    Mengurangkan kesakitan.
    Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.

    Menurunkan tekanan darah.
    Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.

    Menghilangkan kemurungan.
    Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.

    Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
    Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.

    Pelajar 16 Tahun Tipu Ibu, Dicekup Berkhalwat!!

    LEDANG: Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.

    Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

    Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

    Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

    Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

    Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

    Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.

    “Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

    “Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

    Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

    “Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

    “Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman. -SH