INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

    10 Fakta Menarik Tentang Aiskrim

    Ada ke dalam kalangan kita yang tidak suka aiskrim? Mungkin ada, namun secara umumnya, masyarakat memang menyukai aiskrim. Jom ikuti 10 fakta menarik tentang aiskrim...



    1) Aiskrim Sundae terbesar dalam sejarah pernah dibuat di Edmonton, Alberta, Canada pada tahun 1988 iaitu seberat 24 tan.

    2) Ia memerlukan 12 lbs (5.4 kg) susu untuk menghasilkan segelen (3.79 liter) aiskrim.

    3) Ia mengambil kira-kira 50 jilatan untuk menghabiskan satu skup aiskrim kon.

    4) Penciptaan kon aiskrim mempunyai kaitan dengan Pesta Dunia di St. Louis pada tahun 1904. Penjual aiskrim dilaporkan tidak mempunyai penghidang yang mencukupi, jadi dia bekerjasama dengan penjual wafer yang berada disebelah gerainya. Penjual wafer itu kemudiannya mengulung wafernya berbentuk kon. Maka, jadilah kon aiskrim.

    5) Rujukan pertama mengenai aiskrim diberi oleh the Oxford English Dictionary pada tahun 1744.

    6) Resepi aiskrim mula-mula wujud pada abad ke-18 di England dan Amerika. Resepi ini diterbitkan dalam Mrs. Mary Eales’s Receipts di London pada tahun 1718.

    7) Aiskrim telah diperkenalkan di Amerika Syarikat oleh penjajah Quaker yang membawa resepi ais-krim bersama mereka.

    8) Aiskrim sundae wujud pada lewat abad ke-19.

    9) Aiskrim menjadi popular pada abad ke-20 setelah harga peti sejuk menjadi murah.

    10) Pada abad ke-20, banyak kedai-kedai menjual aiskrim dibuka dan pelbagai perisa aiskrim diperkenalkan seperti Baskin- Robbins yang memperkenalkan 31 perisa dan restoran Howard Johnson yang memperkenalkan 28 perisa.

    10 Lagu K-Pop Paling Berpengaruh


    INDUSTRI muzik pop Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai K-Pop sudah berjalan selama bertahun-tahun dan meraih populariti secara global. Namun dari banyaknya lagu K-Pop yang pernah dihasilkan dan artis yang pernah meletop, hanya ada beberapa lagu yang dianggap paling popular. Mulai 2008 melalui lagu Nobody dari Wonder Girls, K-Pop terus menghasilkan lagu terkenal sampailah booming giler lagu Gangnam Style dari PSY di tahun 2012 lalu.

    Berikut 10 Lagu KPop paling fenomenal dan berpengaruh di dunia...

    1. Girls Generation - Gee


    2. SHINee - Ring Ding Dong


    3. HyunA - Bubble Pop


    4. 2NE1 - I'm The Best


    5. PSY - Gangnam Style


    6. Wonder Girls - Nobody


    7. Big Bang - Fantastic Baby


    8. Super Junior - Sorry Sorry


    9. KARA - Mister


    10. Brown Eyed Girls - Abracadabra

    Awas!! 5 Gadis Cantik Ini Sebenarnya Seorang Lelaki!!

    MUNGKIN ramai yang tidak menyedari semakin ramai model/artis transgender (pembedahan menukar jantina) muncul di dunia hiburan dewasa ini. Mereka kelihatan cantik yang menggoda, namun sebenarnya menyimpan organ reproduksi lelaki. Jika tidak diberitahu, kita pasti tidak akan dapat mengagak mereka adalah seorang lelaki. Mereka sebenarnya seorang lelaki yang telah mengubah status gender mereka menjadi seorang perempuan. Cuba perhatikan betul2... percayakan anda 'gadis-gadis' di bawah ini asalnya seorang lelaki?? -osemmm.net


    1. Harisu – Korea Selatan

    Harisu adalah seorang penyanyi pop transeksual, yang juga seorang model dan pelakon dari Korea Selatan. Lahir sebagai laki-laki, Harisu merasakan dirinya sebagai perempuan dari awal usia, dan menjalani pembedahan penukaran jantina pada 1990-an. Dia terkenal kerana menjadi penghibur transgender pertama di Korea Selatan.


    2. Sirapassorn Atthayakorn – Thailand

    Thailand mungkin merupakan negara dengan populasi transgender terbesar di Asia Tenggara. Thailand memiliki salah seorang ratu transgender yang terkenal bernama Sirapassorn Atthayakorn, atau juga dikenali sebagai Sammy. Atthayakorn adalah juara pertandingan Miss International Queen pada 2011.


    3. Nong Poy – Thailand

    Saknarin Marnyaporn, lahir pada 5 Oktober 1986, lebih dikenali dengan nama Nong Poy atau Treechada adalah seorang pelakon dan model berasal dari Thailand. Sebagai seorang anak, Poy merasakan dirinya seorang perempuan, tapi di depan orang tuanya, dia terpaksa berpura-pura dan hidup sebagai seorang lelaki. Dia merasa jijik dengan alat kelamin “lelaki”nya, sehingga pada usia 17, Poy menjalani pembedahan penggantian kelamin dan sejak itu, dia merasakan seolah-olah telah 'dilahirkan kembali'. Pada usia 19, Poy memenani Miss Tiffany 2004, dan Miss International Queen 2004.



    4. Alicia Liu – Taiwan


    Alicia Liu, lahir di Taiwan sebagai seorang lelaki. Dia menjalani hidup sebagai seorang model biasa, sehinggalah seorang rakan sekolahnya mendedahkan identiti jantina Alicia kepada media pada tahun 2009. Pada tahun 2010 Alicia menunjukkan kad pengenalan rasminya yang baru diluluskan dalam sebuah wawancara yang mencatat dirinya sekarang adalah perempuan. Dia mengakui menjalani pembedahan jantina pada usia 18 tahun, kos pembedahan dibayar oleh kekasihnya ketika itu.



    5. Chen Lili – China

    Chen Lili lahir di bulan Februari, 1980. Dia adalah seorang penyanyi transeksual, model, dan pelakon dari China. Dia menjadi terkenal pada tahun 2004 ketika dia bersaing dalam pertandingan kecantikan sebagai seorang wanita. Chena merubah status gendernya melalui pembedahan penukaran jantina di Qingdao pada November 2003. Pada 11 Februari 2004, mendapat kad pengenalan dengan identiti perempuannya oleh Biro Pendaftaran Nanchong. Chen Lili adalah wanita transeksual pertama yang mencuba bersaing di pertandingan Miss Universe. osemmm.net

    Kisah Tersembunyi Di Sebalik Filem Seram...


    Tahukah anda siapakah yang menjadi ilham watak Norman Bates dalam "Psycho"? Apa sebenarnya yang menjadi inspirasi bagi penghasilan anak patung pembunuh Chucky dalam "Child's Play"? Apakah kejadian yang menyebabkan Bram Stoker menghasilkan "Dracula" dan seterusnya diadaptasi ke bentuk filem?

    Berikut merupakan kisah-kisah sebenar yang menjadi ilham bagi penulis dan pengarah filem menghasilkan karya seram mereka.

    THE HILLS HAVE EYES (1977)
    Ilham: Sawney Bean

    Pada tahun 1977, Wes Craven telah menghasilkan sebuah filem seram ngeri bertajuk "The Hills Have Eyes", berkisar tentang sebuah keluarga yang terkandas di gurun Nevada dalam perjalanan percutian mereka yang akhirnya menjadi buruan sekumpulan puak kanibal mengerikan yang tinggal di bukit-bukau sekeliling mereka.

    Wes Craven telah menghasilkan filem yang telah dibuat semula pada tahun 2006 ini berdasarkan kisah legenda Sawney Bean yang merupakan pemimpin bagi sebuah klan 48 orang ahli (8 orang anak lelaki, 6 anak perempuan, 16 cucu lelaki dan 14 cucu perempuan) yang tinggal di Scotland pada abad ke-15 atau 16. Dikatakan Bean dan keluarganya telah membunuh dan memakan lebih 1000 mangsa dan kisahnya telah dipaparkan dalam The Newgate Calendar – katalog jenayah Penjara Newgate di London.

    NATURAL BORN KILLERS (1994)
    Ilham: Starkweather & Fugate

    Oliver Stone telah menghasilkan sebuah filem berjudul "Natural Born Killers" pada tahun 1994, mengenai dua orang kanak-kanak yang telah berhadapan peristiwa sukar dalam hidup mereka dan membesar sebagai pembunuh bersiri yang gila. Filem ini dinamakan sebagai filem kelapan paling kontroversi sepanjang zaman oleh Entertainment Weekly dan terkenal kerana imejan ganas yang ditonjolkan.

    Oliver Stone dikatakan telah mencipta kisah ini berdasarkan kisah sebenar tentang Charles Starkweather dan Caril Ann Fugate. Pada tahun 1956, Charles, 18, telah berkenalan dengan Fugate yang ketika itu berusia 13 tahun. Pada tahun berikutnya dia telah merompak sebuah kedai dan membunuh pekerjanya. Pada tahun 1958 pula, Starkweather telah membunuh ibu, bapa tiri dan adik Fugate yang berusia dua tahun.

    Dalam perbicaraan di mahkamah, Fugate tidak mengaku turut serta dalam pembunuhan tersebut tetapi mengakui yang dia membantu dalam menguburi jasad ahli keluarganya. Sebelum ditangkap di Douglas, Wyoming, pasangan tersebut telah membunuh 11 orang mangsa dalam masa dua bulan. Starkweather telah dihukum mati (dengan kerusi elektrik pada tahun 1959) sementara Fugate menerima hukuman penjara seumur hidup dengan parol. Fugate menjadi penjenayah wanita paling muda dalam sejarah yang dibicarakan untuk jenayah kelas pertama.

    CHILD'S PLAY (1988)
    Ilham: Robert The Doll

    Filem "Child's Play" bukan sahaja menjadi filem yang hit ketika ditayangkan pada tahun 1988, malah masih lagi menjadi filem pilihan ramai untuk ditonton beramai-ramai dan telah menakutkan lebih jutaan budak-budak di seluruh dunia. Filem ini berkisar tentang Chucky, anak patung Good Guy Doll yang telah dimasuki oleh roh seorang pembunuh bersiri bernama Charles Lee Ray. Chucky kemudiannya telah dihadiahkan kepada seorang budak lelaki berusia enam tahun oleh ibunya yang tidak tahu tentang perkara tersebut.

    Sebenarnya, Chucky telah diilhamkan daripada sebuah anak patung sebenar yang dikenali sebagai Robert the doll. Ia merupakan sebuah anak patung yang dimiliki oleh seorang pelukis/penulis bernama Robert Eugene Otto. Ia diberikan kepada Otto pada tahun 1904 oleh seorang jururawat berbangsa Jamaica yang mempunyai kepakaran dalam ilmu hitam dan voodoo ketika dia masih kecil.

    Ramai yang mengatakan mereka pernah nampak anak patung tersebut bergerak dari satu tingkap ke satu tingkap yang lain dan berbual dengan Otto dan memiliki tawa yang menyeramkan. Kini anak patung tersebut boleh ditemui di Muzium Fort East Martello di Key West. Ada yang mengatakan sekiranya anda mahu bergambar dengan Otto, anda perlu meminta izinnya terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak bersetuju (kepalanya akan bergerak ke satu arah), anda perlu teruskan perjalanan.... atau ia akan menyumpah keluarga anda!

    THE SHINING (1980)
    Ilham: Hotel Stanley

    Pada tahun 1977, Stephen King telah menerbitkan sebuah novel bertajuk "The Shining" – tentang seorang bapa yang telah membawa keluarganya tinggal di sebuah hotel pada musim ribut salji kerana bertanggungjawab untuk menjaga hotel tersebut sementara ia diberhentikan buat sementara waktu. Pada tahun 1980, Stanley Kubrick telah membeli hak untuk menghasilkan sebuah filem dan menjadi antara filem seram paling diingati di Hollywood.

    King telah menghasilkan novelnya berdasarkan pengalamannya sendiri tinggal di sebuah hotel yang bernama Hotel Stanley. Ia merupakan sebuah hotel yang dibina oleh Freelan O. Stanley pada tahun 1909 dengan 138 bilik di Estes Park, Colorado. Ramai orang terkenal yang telah menginap di hotel ini, termasuk Margaret Brown, John Philip Sousa, Theodore Roosevelt, Maharaja Jepun dan personaliti Hollywood yang lain sebelum ia mula dikenali sebagai hotel yang berhantu.

    Sekitar Halloween 1974, King dan isterinya Tabitha memutuskan untuk pergi bercuti di Hotel Stanley dan telah ditempatkan di bilik 217 yang dikatakan berhantu. Pada malam pertama mereka di sana, King bermimpi anak lelakinya berlari di sepanjang koridor hotel, memandang ke belakang dengan mata yang terbeliak sambil menjerit kerana dikejar hos bomba. Hal itu akhirnya dijadikan satu daripada babak novel dan filem "The Shining".

    DRACULA (1892/1997)
    Ilham: Vlad the Impaler

    Seorang lagi penulis terkenal, Bram Stoker telah menghasilkan sebuah novel pada tahun 1897 dan diberi judul "Dracula" – tentang seekor pontianak ikonik yang bernama Count Dracula. Novel tersebut kemudiannya telah diadaptasi berkali-kali menjadi sebuah filem termasuk pada tahun 1992 dan dilakonkan oleh Gary Oldman.

    Stoker sebenarnya menghasilkan Dracula berdasarkan sejarah seorang putera Wallachia bernama Vlad III atau Vlad Dracul. Vlad III merupakan pemerintah pada tahun 1456 – 1463 dan menghabiskan masanya melawan dan cuba menakluk Empayar Uthmaniyah. Dalam pertempuran, dikatakan Vlad akan menangkap musuhnya dan menusuk mereka dengan kayu pancang. Tekniknya yang kejam itu memberikan reputasi kepadanya sebagai seorang pemimpin yang ganas (sekaligus gelaran The Impaler). Pada tahun 1459, Sultan Mehmed II dari Empayar Uthmaniyah berjaya menakluk Wallachia. Vlad berjaya melarikan diri dan membunuh lebih ramai tentera Turki dalam pelariannya.

    PSYCHO (1960),
    THE TEXAS CHAINSAW MASSACRE (1974),
    THE SILENCE OF THE LAMBS (1991)
    Ilham: Ed Gein

    Alfred Hitchcock telah mengadaptasi karya Robert Bloch yang telah menghasilkan watak Norman Bates, pembunuh psikopat yang menjadi ikon perfileman melalui filem "Psycho". Tobe Hooper pula menghasilkan watak Leatherface, antara watak pembunuh yang terkenal dalam dunia filem-filem cult melalui filem "The Texas Chainsaw Massacre" manakala Thomas Harris menghasilkan "The Silence of the Lambs" dan memperkenalkan watak antagonis Jame Gumb/Buffalo Bill yang menyiat kulit mangsanya selepas membunuh mereka.

    Namun begitu, semua watak sadistik ini diilhamkan daripada seorang lelaki yang sama. Ed Gein merupakan seorang pembunuh dan pencuri mayat di Wisconsin. Pada tahun 1950-an, Gein didapati telah mencuri sejumlah besar mayat dari tanah perkuburan tempatan dan menghasilkan trofi dan koleksi daripada kulit dan tulang mereka. Ed Gein juga mengaku telah membunuh dua orang wanita – Mary Hogan (1954) dan Bernice Worden (1957).

    Seperti watak Norman Bates, Ed Gein juga sangat menyayangi ibunya, Augusta Gein yang seringkali berceramah tentang kejahatan dunia pada anak-anaknya. Selepas kematian Augusta pada tahun 1945, Gein telah menutup semua bilik yang digunakan oleh ibunya dan mula menanam minat pada majalah tentang kematian dan kisah pengembaraan. Seperti watak Buffalo Bill pula, Gein mahu mengubah jantinanya dan mula menghasilkan 'sut wanita' untuk dirinya sendiri. Dia disabitkan pada tahun 1957 dan dimasukkan ke Central State Hospital for the Criminally Insane di mana dia menghabiskan usianya dan mati pada tahun 1984.

    THE EXORCIST (1973)
    Ilham: Kes Rasuk 1949

    "The Exorcist" merupakan filem adaptasi karya William Peter Blatty yang diterbitkan pada tahun 1971 dan diarahkan oleh William Friedkin. Terkenal dengan kisah seorang budak perempuan yang telah dirasuki syaitan dan menjadi filem seram ikonik Hollywood, ia dikatakan telah diilhamkan daripada sebuah kes rasuk pada akhir tahun 40-an.

    Pada 20 Ogos 1949, akhbar Washington Post telah menerbitkan satu artikel yang berjudul "Paderi Membebaskan Budak Lelaki Mt. Rainier yang Dirasuki Syaitan". Ia melaporkan tentang seorang budak lelaki dari Maryland yang telah diselamatkan oleh seorang paderi Katolik melalui upacara menghalau syaitan. Beberapa siri artikel telah diterbitkan tentang kejadian tersebut tidak lama kemudian. -osemmm.net

    10 Bintang Terkenal Tanpa Bakat

    Pernah tak anda membaca akhbar atau melayari internet dan melihat wajah-wajah ini? Mereka popular. Anda kenal siapa mereka. Namun apabila diminta untuk menjelaskan apa yang membuatkan mereka popular, anda tidak tahu jawapannya. Media Hollywood menggelar mereka 'Fame w****'. Lady Gaga mungkin menggelarnya 'Fame Monster'. Mereka terkenal kerana menjadi terkenal atau dalam bahasa Inggerisnya "Famous for being famous" dan menjadi isu di Amerika kerana kehadiran mereka melambangkan pencemaran kepada definisi populariti dan kejayaan sebenar.

    Begitu ramai untuk disenaraikan tetapi kami telah memilih sepuluh yang terbaik dan paling menjengkelkan.

    PARIS HILTON
    Tahap Popular: 10/10
    Bakat Sebenar: 5/10
    Kami harus akui, sebagai waris harta Hilton, Paris sebenarnya masih memiliki bakat sebagai seorang usahawan. Dia menjual produknya dengan cara memperbodohkan diri dan menjadikan dirinya bahan kutukan. Sementara semua orang memperkotak-katikkannya, Hilton terus mengumpul keuntungan. Genius!

    Namun dia berada di tempat pertama dalam senarai kerana tanpa Hilton, tiada siapa akan kenal siapa Nicole Richie, Kimberly Stewart, Kim Kardashian dan semua pengikut-pengikutnya. Tanpa Hilton, tiadalah tradisi pita seks buatan sendiri, hukuman penjara selebriti, pertunangan sekejap, penghasilan single menggunakan teknologi auto-tune, rancangan realiti TV atau istilah "celebutante" (golongan elit yang menjadi terkenal hanya kerana kekayaan dan rupa paras menarik dimilikinya).

    NICOLE RICHIE
    Tahap Popular: 9/10
    Bakat Sebenar: 5/10
    Dia popular kerana dia anak angkat Lionel Richie. Namun itu tidak cukup buat Richie, lalu dia membuat keputusan untuk menumpang nama rakan karibnya Paris Hilton dan bersama-sama, membintangi siri TV "The Simple Life". Namanya mula masyhur dan dia menggunakannya dengan menjadi ilham pereka terkemuka Rachel Zoe. Namanya pudar seketika selepas pergaduhannya dengan Paris Hilton dan kembali popular apabila dia hamil anak kepada pemuzik Good Charlotte, Joel Madden. Kemudian dia popular kerana gayanya sepanjang waktu kehamilan dan tidak lama selepas itu menjadi popular kerana menjadi ibu Harlow Madden. Kemudian anda terlupa, siapa sebenarnya wanita ini?

    KIM KARDASHIAN
    Tahap Popular: 9/10
    Bakat Sebenar: 2/10
    Tiada siapa peduli bila mereka tahu Kim adalah anak kepada peguam OJ Simpson yang bernama Robert Kardashian. Tiada siapa peduli dia anak tiri olahragawan olimpik, Bruce Jenner. Dia mula terkenal selepas menjadi rakan karib kepada Paris Hilton. Selepas itu, pita seksnya tersebar dan nama Kim mula menjadi sebutan. Ryan Seacrest nampak aura keuntungan yang mengelilingi wanita dengan ratio dada dan punggung yang seimbang ini, maka Kim dan keluarganya ditawarkan untuk menjadi bintang realiti televisyen. Dia mula memasuki dunia modeling, mereka fesyen, minyak wangi, berlakon filem spoof dan menghasilkan single yang begitu berat dengan penggunaan auto-tune. Dia berkahwin dan bercerai dengan Kris Humphries, dia bercinta dengan Kanye West dan dia terus menjadi kaya-raya. Semuanya bermula denga pita seksnya.

    Kimberly Stewart
    KIMBERLY STEWART
    Tahap Popular: 6/10
    Bakat Sebenar: 5/10
    Anda mungkin sangka Kimberly akan memiliki bakat yang sama seperti bapanya, legenda Rod Stewart. Sekurang-kurangnya Liv Tyler, seorang lagi anak kepada bintang legenda Steven Tyler, berjaya menjadi pelakon terkenal tanpa perlu bantuan bapanya. Namun begitu, selain daripada menjadi rakan karib dan rakan gaduh Paris Hilton, meniduri Tommy Lee dan jatuh motosikal, anda ingat apa lagi jasanya terhadap dunia?

    KEVIN FEDERLINE
    Tahap Popular: 4/10
    Bakat Sebenar: 1/10
    Kalau bukan kerana Britney Spears masih lagi bersedih atas perpisahannya dengan Justin Timberlake dan berada dalam mod 'rebound', dia pasti tidak akan mengahwini Kevin Federline. Penari sokongan ini cumalah cara Spears membuktikan pada dunia yang dia okay, tidak kisahlah sekiranya pembuktiannya itu ialah dengan mengahwini lelaki tak guna yang meninggalkan teman wanitanya yang sedang hamil untuk bersamanya. Baguslah. Britney boleh buktikan yang dia cukup subur untuk melahirkan dua orang anak dengan seorang lelaki tak guna, sementara Federline pula boleh gunakan populariti bekas isterinya untuk menghasilkan album rap dan mengadakan parti mewah. Satu sama?

    HEIDI & SPENCER PRATT
    Tahap Popular: 8/10
    Bakat Sebenar: 4/10
    Heidi Montague menjadi terkenal kerana menjadi rakan Lauren Conrad dalam siri realiti TV "The Hills". Kemudian dia mengahwini Spencer Pratt dan ia menjadikan lelaki itu terkenal. Spencer memiliki seorang kakak bernama Stephanie dan dia juga menjadi terkenal selepas perkahwinan adiknya. Rantaian populariti tanpa sebab ini terus berlangsung selagi tiada sesiapa cuba untuk mengharamkan pasangan ini daripada muncul di media massa. Tidak cukup dengan itu, Heidi yang semulajadinya cantik telah membuat 90 peratus pembedahan plastik terhadap tubuh dan wajahnya sementara Spencer sibuk berleter tentang keinsafannya dan usahanya untuk lahir semula sebagai penganut Kristian yang baik. Oh, jangan lupa tentang single auto-tune. Tidak mungkin anda akan jadi bintang tak berbakat tanpa single auto-tune!

    REBECCA BLACK
    Tahap Popular: 7/10
    Bakat Sebenar: 5/10
    Gadis berusia 15 tahun ini mula menjadi popular kerana lagunya "Friday" menjadi kegilaan di YouTube. Namun begitu, kegilaan itu bukan kerana ia lagu yang hebat atau kerana nyanyiannya sangat merdu bagaikan gadis Filipina Charice Pempengco yang mendapat tempat di hati peminat muzik melalui kemerduan suaranya. Tidak. Black menjadi popular kerana menyanyikan lagu yang paling bodoh di dunia (jika anda tolak ke tepi lagu "Stupid Hoe" oleh Nicki Minaj) dengan suara yang paling menjengkelkan di dunia, menggunakan teknologi yang paling berbahaya di dunia selain bom nuklear – mesin auto-tune.

    MICHAEL LOHAN
    Tahap Popular: 4/10
    Bakat Sebenar: 0/10
    Dia tidak memiliki bakat. Kalau bukan kerana anak perempuannya yang juga kaya dengan skandal dan masalahnya sendiri, Michael Lohan tidak akan dikenali sesiapa. Kalau bukan kerana dia bapa kepada Lindsay Lohan dan rajin menempelak media agar tidak mengganggu anaknya, tiada siapa akan peduli dengannya. Adakalanya bila anda lihat wajah Michael dan apa yang dia lakukan dalam media, anda akan terfikir, "Patutlah Lindsay Lohan jadi macam ni..."

    BRISTOL PALIN
    Tahap Popular: 7/10
    Bakat Sebenar: 3/10
    Dia mula terkenal kerana ibunya. Kalau bukan kerana usaha Parti Republikan yang cuba meniru usaha Demokrat (yang meletakkan Hillary Clinton dan seorang lelaki berkulit hitam bernama Barack Obama sebagai calon presiden mereka), Sarah Palin tidak akan menjadi pemain utama dalam politik Amerika. Bristol Palin juga tidak akan menjadi popular kerana hamil luar nikah. Ibunya tidak akan cuba menggunakan kehamilan itu untuk menarik hati pengundi dengan menunjukkan betapa dia menyokong kehidupan dan tidak akan membenarkan kandungan itu digugurkan. Bristol Palin tidak akan menyertai "Dancing With The Stars" selepas kelahiran anaknya dan menjadi terkenal untuk sebab-sebab yang tidak sepatutnya.

    COURTNEY STODDEN
    Tahap Popular: 10/10
    Bakat Sebenar: 0/10
    Dia memiliki aspirasi untuk menjadi penyanyi dan menghasilkan lagu auto-tune sekalipun suaranya tidaklah sesedap mana. Tak apa. Semua orang memiliki impian. Dia mengahwini bintang "Lost" Doug Hutchinson ketika berusia 16 tahun sedangkan Doug pula berusia 51 tahun. Tak apa. Cinta tak kenal usia. Kemudian dia mula menayangkan tubuh badannya di media dan melakukan aksi-aksi lucah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang masih di bawah umur sehingga semua orang mempersoalkan umur sebenarnya.


    Kemudian dia mula mengeluarkan rakaman YouTube yang agak aneh, lucah, mengarut dan membuatkan anda mempersoalkan kesihatan mentalnya. Kemudian dia mula menggunakan Twitter untuk menulis update yang berbaur lucah dan agak perasan. Mungkin dia terdesak untuk menjadi bintang realiti? Atau tidak sabar untuk mencapai usia 21 tahun agar boleh menjadi Playboy bunny? Atau mungkin ibunya mengahwinkannya agar dia tidak perlu lagi menjaga anak perempuannya yang tidak normal? Atau mungkin sebenarnya dia si genius yang melakukan semua itu sebagai kritikan sosial?

    Err... yang terakhir tu tidak mungkin!

    Kaki Skodeng Selebriti Paling Obses!!


    Mila Kunis dan Stuart Dunn, Britney Spears dan Miranda Tozier-Robbins, Paris Hilton dan James Rainford.
    Siapakah mereka ini bagi semua selebriti terkenal yang disebutkan? Kita memanggil mereka penghendap, manakala orang barat pula memanggil mereka stalker.

    Namun nama-nama yang disebutkan tadi masih lagi dikira sebagai penghendap amatur jika dibandingkan dengan sembilan yang berikut:

    John Hinckley Jr.
    Pada tahun 1970-an, John Hinckley menjadi obses pada lakonan Jodie Foster dalam filem "Taxi Driver". Bukan sahaja dia mendaftar ke Universiti Yale supaya dekat dengan artis tersebut, malah dia kerap kali menulis surat dan puisi buat Foster. Namun apa yang menyeramkan ialah percubaan Hinckley yang seterusnya. Demi memenangi perhatian Foster, Hinckley telah mengirimkan Foster rancangannya untuk membunuh presiden Ronald Reagan. Mujur Reagan berjaya diselamatkan dan tiada sesiapa yang tercedera. Hinckley kemudiannya ditangkap. Pada tahun 1982, dia disabitkan dengan 13 kesalahan jenayah tetapi didapati tidak bersalah kerana alasan mengalami gangguan mental.

    Robert John Bardo
    Robert John Bardo terlalu meminati pelakon siri televisyen "My Sister Sam", Rebecca Schaeffer sehingakan sanggup membunuhnya. Selepas bertahun-tahun menghendap aktres tersebut, pada tahun 1989, Bardo muncul di apartmen Schaeffer selepas berjaya mendapatkan alamatnya daripada rekod pemandu Jabatan Kenderaan Bermotor (DMV) menerusi seorang agen detektif. Schaeffer kemudian telah ditembak mati oleh Bardo. Sejak itu, kerajaan AS meluluskan Akta Perlindungan Peribadi Pemandu yang melarang DMV (Jabatan Kenderaan Bermotor) untuk mengeluarkan maklumat peribadi pemandu.

    Mark David Chapman
    Chapman merupakan penghendap selebriti paling terkenal di seluruh dunia. Dialah si gila yang telah membunuh bekas penyanyi Beatles dan aktivis politik John Lennon. Pada Disember 1980, Chapman telah menembak Lennon ketika dia sedang meninggalkan apartmen The Dakota bersama isterinya Yoko Ono di New York. Chapman telah menembak Lennon lima kali tetapi satu daripada pelurunya tersasar. Namun empat tembakan yang terkena belakang Lennon menyebabkannya maut. Chapman ditangkap polis dengan mudah kerana dia tidak bergerak dari lokasi tembakannya dan dipenjarakan selama 20 tahun.

    William Lepeska
    Lelaki yang obses dengan bintang tenis Anna Kournikova ini menyangkakan dia berada dalam satu kisah cinta. Gelandangan di pertengahan usia itu telah berenang menyeberangi Teluk Biscayne menuju ke rumah Kournikova di Pantai Miami. Namun begitu, dia telah ditangkap apabila ditemui merayau-rayau di hadapan rumah jiran Kournikova dalam keadaan telanjang. Lepeska telah ditangkap dan diarahkan untuk menjauhi kawasan kejiranan tersebut. Maka berakhirlah kisah cinta Lepeska.

    Dawnette Knight
    Dawnette Knight telah lama menjadi penghendap aktor Michael Douglas. Maka betapa hancur hatinya bila Douglas berkahwin dengan aktres dari Wales, Catherine Zeta-Jones. Sejak itu, Knight memusuhi aktres tersebut. Sekitar tahun 2003 – 2004, Knight telah menghantar banyak surat ancaman kepada pasangan tersebut, termasuk keinginannya untuk menyembelih Zeta-Jones dan memberikan kepada anjingnya untuk dimakan. Knight telah dipenjarakan tiga tahun untuk kesalahannya.

    Cristin Keleher
    George Harrison, seperti Lennon rakan sekumpulannya juga memiliki penghendap yang obses dengan dirinya. Cristin Keleher menempa namanya sebagai penghendap selebriti apabila dia memecah masuk ke rumah Harrison di Hawaii pada tahun 1999. Malah dia sempat memasak pizza beku, membasuh pakaian serta menelefon ibunya yang tinggal di New Jersey. Dia dipenjarakan selama empat bulan untuk kesalahan tersebut. Namun begitu, Keleher sekali lagi menjadi paparan utama akhbar apabila dia menjadi mangsa pembunuhan/bunuh diri di California pada tahun 2007.

    Margaret Mary Ray
    Margaret Mary Ray merupakan seorang pesakit skizofrenia yang amat obses dengan hos terkenal, David Letterman. Selama bertahun-tahun, Ray berangan-angan kononnya hos "The Late Show With David Letterman" itu menjadi kekasihnya dan telah memecah masuk ke rumah Letterman beberapa kali. Malah dia juga pernah mencuri kereta Porsche kesayangan Letterman. Ray akhirnya membunuh diri pada tahun 1998.

    Jack Jordan
    Bintang "Kill Bill", Uma Thurman juga mempunyai peminat obsesnya yang tersendiri. Jack Jordan yang amat meminati artis tersebut telah menghantar banyak kad ucapan yang dipenuhi mesej ugutan dan lukisan. Satu daripada lakaran Jordan adalah gambar lubang kubur yang baru digali, gambar batu nisan dan lakaran seorang lelaki yang sedang berdiri di hujung mata pisau cukur. Jack Jordan telah didapati bersalah oleh mahkamah dan diberi tempoh percubaan selama tiga tahun selepas Thurman melaporkan hal tersebut ke pihak polis.

    Peminat sasaeng JYJ/DBSK
    Jika selebriti Hollywood ada peminat obses, ia tidak terbanding dengan artis Korea Selatan. Mereka juga mempunyai gelaran tersendiri untuk pada peminat obses ini – Peminat sasaeng. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh ahli kumpulan DBSK, apatah lagi mereka memegang rekod dunia dengan pendaftaran ahli kelab peminat paling ramai. Sekalipun berpecah dua tidak lama dulu (Changmin dan Yunho kekal di DBSK manakala Junsu, Yoochun dan Jaejoong menubuhkan JYJ), mereka masih menjadi sasaran sesetengah para peminat gila. Baru-baru ini mereka mendedahkan kegilaan peminat mereka dan kesengsaraan hidup mereka menghadapinya. Ini termasuk para peminat menyeludup masuk ke pangsapuri mereka dan mencium ahli kumpulan itu ketika mereka sedang tidur, menghadiahkan darah haid kepada mereka, pindah ke pangsapuri sebelah, memecah masuk ke akaun telefon bimbit mereka, cuba mencuri cap peribadi mereka untuk mendaftarkan perkahwinan dan memesan makanan ke rumah ahli kumpulan tersebut dan menyebabkan mereka terpaksa membayarnya.

    COOL... AWEK TERAPUNG TAPI BUKAN HANTU!!


     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     


    cool bukan?? sebenarnya ini adalah salah satu teknik fotografi...
    bukan awek tu kalis-graviti atau hantu! ;-)

    osemmm??!

    7 BINTANG PORNO TERKAYA DUNIA!!

    7. HOUSTON
    bintang porno terkaya
    Houston temasuk dalam senarai artis porno terkenal dewasa ini. Nama Houston melambung popular pada tahun 1999 bila memainkan peranan utama di filem "The 3 : Houston 620". Dalam filem itu dia melakukan adegan seks dengan 620 orang lelaki, non-stop. Kariernya dalam industri 'filem dewasa' bermula sejak tahun 1995, bekerja sebagai penari bogel di Tropicana. Jumlah pendapatan Houston mencecah lebih dari $1 juta setahun.

    6. HILLARY SCOTT
    bintang porno terkaya
    Pelakon porno berambut perang ini mengakui telah bercinta dengan lesbian sejak usia 11 tahun. Dalam industri filem porno, Hillary Scott banyak meraih anugerah, di antarannya bintang 'Oral Sex Scene Terbaik' (2006), 'Best Group Sex Scene' (2007), dan 'Orgamsic Oralist' (2006). Hillary mendapat kontrak eksklusif bernilai jutaan dolar dengan SexZ Pictures, dan ini adalah kontrak bintang porno termahal dalam sejarah, pendapatan Hillary Scott $2 juta setahun.

    5. MARIA TAKAGI
    bintang porno terkaya
    Maria Takagi, ataupun Rika Inoue, bintang porno berasal dari Jepun ini adalah bintang yang paling terkenal dengan bayaran tertinggi di Jepun. Pendapatannya mencapai $2.6 juta setahun. Maria mendapat anugerah untuk 'Konversasi Terbaik' pada tahun 2003 - merupakan penghargaan rasmi untuk bintang porno Jepun.

    4. RON JEREMY
    bintang porno terkaya
    Ron Jeremy adalah bintang porno lelaki dengan bayaran termahal yang kekayaannya mencapai $7,000,000. Ron Jeremy adalah satu-satunya bintang lelaki yang masuk dalam senarai 7 bintang porno terkaya di dunia.

    3. JESSE JANE
    bintang porno terkaya
    Karier dalam filem porno Jesse Jane dimulai dengan membintangi Underrated 'No Limits'. Dari filem itu dia mendapatkan banyak anugerah. Peminat setia band Slipknot ini mendapatkan bayaran termahal bila menjadi bintang utama dalam 'Pussy Patroli' dalam serial popular Entourage. Jesse Jane memiliki kekayaan lebih dari $8 juta.

    2. TERA PATRICK
    bintang porno terkaya
    Bintang porno ini berada di tempat kedua. Tera memiliki production house porno sendiri - Teravision, Pendapatan bisnes pornonya bernilai $30 juta, meskipun hanya menghasilkan 15 judul filem dalam setahun.

    1. JENNA JAMESON (QUEEN OF PORN)
    bintang porno terkaya
    Jenna Jameson telah membintangi lebih dari 140 filem porno, dia juga memiliki  production house porno sendiri dan sebuah kelab porno eksklusif. Pendapatannya mencapai $32 juta setahun. -osemmm