INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

Kaki Skodeng Selebriti Paling Obses!!


Mila Kunis dan Stuart Dunn, Britney Spears dan Miranda Tozier-Robbins, Paris Hilton dan James Rainford.
Siapakah mereka ini bagi semua selebriti terkenal yang disebutkan? Kita memanggil mereka penghendap, manakala orang barat pula memanggil mereka stalker.

Namun nama-nama yang disebutkan tadi masih lagi dikira sebagai penghendap amatur jika dibandingkan dengan sembilan yang berikut:

John Hinckley Jr.
Pada tahun 1970-an, John Hinckley menjadi obses pada lakonan Jodie Foster dalam filem "Taxi Driver". Bukan sahaja dia mendaftar ke Universiti Yale supaya dekat dengan artis tersebut, malah dia kerap kali menulis surat dan puisi buat Foster. Namun apa yang menyeramkan ialah percubaan Hinckley yang seterusnya. Demi memenangi perhatian Foster, Hinckley telah mengirimkan Foster rancangannya untuk membunuh presiden Ronald Reagan. Mujur Reagan berjaya diselamatkan dan tiada sesiapa yang tercedera. Hinckley kemudiannya ditangkap. Pada tahun 1982, dia disabitkan dengan 13 kesalahan jenayah tetapi didapati tidak bersalah kerana alasan mengalami gangguan mental.

Robert John Bardo
Robert John Bardo terlalu meminati pelakon siri televisyen "My Sister Sam", Rebecca Schaeffer sehingakan sanggup membunuhnya. Selepas bertahun-tahun menghendap aktres tersebut, pada tahun 1989, Bardo muncul di apartmen Schaeffer selepas berjaya mendapatkan alamatnya daripada rekod pemandu Jabatan Kenderaan Bermotor (DMV) menerusi seorang agen detektif. Schaeffer kemudian telah ditembak mati oleh Bardo. Sejak itu, kerajaan AS meluluskan Akta Perlindungan Peribadi Pemandu yang melarang DMV (Jabatan Kenderaan Bermotor) untuk mengeluarkan maklumat peribadi pemandu.

Mark David Chapman
Chapman merupakan penghendap selebriti paling terkenal di seluruh dunia. Dialah si gila yang telah membunuh bekas penyanyi Beatles dan aktivis politik John Lennon. Pada Disember 1980, Chapman telah menembak Lennon ketika dia sedang meninggalkan apartmen The Dakota bersama isterinya Yoko Ono di New York. Chapman telah menembak Lennon lima kali tetapi satu daripada pelurunya tersasar. Namun empat tembakan yang terkena belakang Lennon menyebabkannya maut. Chapman ditangkap polis dengan mudah kerana dia tidak bergerak dari lokasi tembakannya dan dipenjarakan selama 20 tahun.

William Lepeska
Lelaki yang obses dengan bintang tenis Anna Kournikova ini menyangkakan dia berada dalam satu kisah cinta. Gelandangan di pertengahan usia itu telah berenang menyeberangi Teluk Biscayne menuju ke rumah Kournikova di Pantai Miami. Namun begitu, dia telah ditangkap apabila ditemui merayau-rayau di hadapan rumah jiran Kournikova dalam keadaan telanjang. Lepeska telah ditangkap dan diarahkan untuk menjauhi kawasan kejiranan tersebut. Maka berakhirlah kisah cinta Lepeska.

Dawnette Knight
Dawnette Knight telah lama menjadi penghendap aktor Michael Douglas. Maka betapa hancur hatinya bila Douglas berkahwin dengan aktres dari Wales, Catherine Zeta-Jones. Sejak itu, Knight memusuhi aktres tersebut. Sekitar tahun 2003 – 2004, Knight telah menghantar banyak surat ancaman kepada pasangan tersebut, termasuk keinginannya untuk menyembelih Zeta-Jones dan memberikan kepada anjingnya untuk dimakan. Knight telah dipenjarakan tiga tahun untuk kesalahannya.

Cristin Keleher
George Harrison, seperti Lennon rakan sekumpulannya juga memiliki penghendap yang obses dengan dirinya. Cristin Keleher menempa namanya sebagai penghendap selebriti apabila dia memecah masuk ke rumah Harrison di Hawaii pada tahun 1999. Malah dia sempat memasak pizza beku, membasuh pakaian serta menelefon ibunya yang tinggal di New Jersey. Dia dipenjarakan selama empat bulan untuk kesalahan tersebut. Namun begitu, Keleher sekali lagi menjadi paparan utama akhbar apabila dia menjadi mangsa pembunuhan/bunuh diri di California pada tahun 2007.

Margaret Mary Ray
Margaret Mary Ray merupakan seorang pesakit skizofrenia yang amat obses dengan hos terkenal, David Letterman. Selama bertahun-tahun, Ray berangan-angan kononnya hos "The Late Show With David Letterman" itu menjadi kekasihnya dan telah memecah masuk ke rumah Letterman beberapa kali. Malah dia juga pernah mencuri kereta Porsche kesayangan Letterman. Ray akhirnya membunuh diri pada tahun 1998.

Jack Jordan
Bintang "Kill Bill", Uma Thurman juga mempunyai peminat obsesnya yang tersendiri. Jack Jordan yang amat meminati artis tersebut telah menghantar banyak kad ucapan yang dipenuhi mesej ugutan dan lukisan. Satu daripada lakaran Jordan adalah gambar lubang kubur yang baru digali, gambar batu nisan dan lakaran seorang lelaki yang sedang berdiri di hujung mata pisau cukur. Jack Jordan telah didapati bersalah oleh mahkamah dan diberi tempoh percubaan selama tiga tahun selepas Thurman melaporkan hal tersebut ke pihak polis.

Peminat sasaeng JYJ/DBSK
Jika selebriti Hollywood ada peminat obses, ia tidak terbanding dengan artis Korea Selatan. Mereka juga mempunyai gelaran tersendiri untuk pada peminat obses ini – Peminat sasaeng. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh ahli kumpulan DBSK, apatah lagi mereka memegang rekod dunia dengan pendaftaran ahli kelab peminat paling ramai. Sekalipun berpecah dua tidak lama dulu (Changmin dan Yunho kekal di DBSK manakala Junsu, Yoochun dan Jaejoong menubuhkan JYJ), mereka masih menjadi sasaran sesetengah para peminat gila. Baru-baru ini mereka mendedahkan kegilaan peminat mereka dan kesengsaraan hidup mereka menghadapinya. Ini termasuk para peminat menyeludup masuk ke pangsapuri mereka dan mencium ahli kumpulan itu ketika mereka sedang tidur, menghadiahkan darah haid kepada mereka, pindah ke pangsapuri sebelah, memecah masuk ke akaun telefon bimbit mereka, cuba mencuri cap peribadi mereka untuk mendaftarkan perkahwinan dan memesan makanan ke rumah ahli kumpulan tersebut dan menyebabkan mereka terpaksa membayarnya.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response