Tuesday, April 01, 2025

INFO OSEMMM!!:

10 Fakta Menarik Tentang Aiskrim -

31 Jul 2013

10 Lagu K-Pop Paling Berpengaruh -

07 Jul 2013

Awas!! 5 Gadis Cantik Ini Sebenarnya Seorang Lelaki!! -

12 Nov 2012

Kisah Tersembunyi Di Sebalik Filem Seram... -

08 Jul 2012

10 Bintang Terkenal Tanpa Bakat -

26 Jun 2012

PERGH OSEMMM!!

Zul Ariffin Nafi Bercinta Dengan Nasha Aziz

BARU sahaja kita mendengar cerita tentang hubungan cinta serius yang terjali...

Fida Nak Sertai Akademi Fantasia? Tak Peduli Walau Dikritik...

PELAKON dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida tetap dengan pendiriannya untu...

Pengalaman Putus Tunang Ajar Ikhwan Jadi Matang

PENYAMPAI radio Hot FM, Ikhwan meneruskan tradisi berayanya bersama Menteri ...

OWHHH OSEMMM!!

Cinta Sejati: Rempuhi Ribuan Kilometer Untuk Mengahwini Kekasih Yang Lumpuh

CINTA tidak memandang fizikal, kerana cinta sejati terdetik dari hati. Kali...

10 Perbezaan Lucu Antara Lelaki & Perempuan

JIKA kita membahaskan tentang perbezaan antara lelaki & perempuan, per...

Ada Apa Dengan Cinta?? 20 Fakta...

Cinta, kalau ditanya sebenarnya cinta itu apa ye? Ada yang kata cinta itu peras...

WOW OSEMMM!!

10 Fakta Menarik Tentang Aiskrim

Ada ke dalam kalangan kita yang tidak suka aiskrim? Mungkin ada, namun secara u...

10 Lagu K-Pop Paling Berpengaruh

INDUSTRI muzik pop Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai K-Pop sudah ber...

Awas!! 5 Gadis Cantik Ini Sebenarnya Seorang Lelaki!!

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari semakin ramai model/artis transgender (pembe...

Zul Ariffin Nafi Bercinta Dengan Nasha Aziz


BARU sahaja kita mendengar cerita tentang hubungan cinta serius yang terjalin antara aktor Zul Ariffin dengan penerbit Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, malah Zul juga ada mengatakan mahu memantapkan ilmu agama sebelum menyunting Gayatri menjadi isteri.

Kini kecoh pula dikatakan pelakon ini mempunyai hubungan istimewa dengan aktres yang juga seorang model, Nasha Aziz.

Khabarnya, mereka mula menjalin hubungan cinta selepas bergandingan buat kali pertama dalam telefilem raya "Kasih Bersulam Daun Palas".

Ekoran daripada desas-desus ini, Zul mengaku bahawa dia sememangnya bercinta dalam babak telefilem berkenaan tetapi bukan di luar lakonan.

"Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta? Saya akui kami berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telefilem "Kasih Bersulam Daun Palas". Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua terjadi dalam telefilem yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada hubungan istimewa antara kami," kata Zul.

Ketika ditanya mengenai kemesraan mereka yang dilihat ketara sewaktu di lokasi penggambaran, Zul memberitahu bahawa tidak ada salahnya bagi mereka untuk mesra demi mencari keserasian namun kemesraan tersebut bukanlah ke tahap serius.

"Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.

"Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut," jelasnya lagi.

Tambah Zul, dia menghormati Nasha sebagai seorang artis yang lebih berpengalaman dan merasa bangga dapat bergandingan dengan pelakon profesional seperti Nasha.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "Zul Ariffin Nafi Bercinta Dengan Nasha Aziz"