INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

Cinta Sejati: Rempuhi Ribuan Kilometer Untuk Mengahwini Kekasih Yang Lumpuh


CINTA tidak memandang fizikal, kerana cinta sejati terdetik dari hati. Kalimah ini terdengar begitu manis dan membuat setiap orang merindukan cinta yang tulus dengan apa adanya. Cinta yang sederhana, tanpa pelbagai syarat dan ribuan alasan. Ternyata cinta sejati dan tidak mengenal keterbatasan, masih ada dan hidup hingga ke hari ini.

Gadis cantik ini rela terbang ribuan kilometer jauhnya dari Malaysia ke China untuk menemui kekasihnya dan mengahwininya. Kekasihnya menderita lumpuh sejak di usia kanak-kanak, tapi cintanya tidak luntur kerana alasan itu, malah semakin kuat kepadanya.

Gan Sook Yin, gadis berusia 35 tahun ini 'bertemu' dengan Li Kang Yu di internet. Mulanya mereka sekadar berchatting dan berlanjut sehingga menceritakan kisah hidup masing-masing. Li bercerita tentang keadaan tubuhnya yang menderita lumpuh sejak kanak-kanak dan lelaki berusia 38 tahun ini hanya boleh terbaring di katil, kerana lumpuh membuat tubuhnya tidak boleh duduk atau berdiri seperti lelaki normal lainnya.


Sook Yin merasa sedih dan bersimpati. Dirinya seolah dapat merasakan bagaimana rasanya menjadi seseorang yang tidak boleh berbuat apapun kerana kecacatan yang dideritai. Perempuan berkulit putih ini kagum dengan Li yang optimis melanjutkan hidup. Kekaguman itu perlahan berubah menjadi suka, dan benih-benih cinta bersemi di antara mereka berdua.

Sook Yin yang tinggal di Kuala Lumpur, Malaysia ini membuat keputusan terbesar dalam hidupnya. Melepaskan karier, berpisah dengan keluarga, dan terbang ke China untuk menemui Li dan berkahwin dengan lelaki yang sudah membuatnya jatuh hati ini.

Banyak yang mempersoalkan keputusan Sook Yin, tapi gadis ini menjawab dengan yakin bahawa Li adalah jodohnya. "Saya bahagia jika dapat selalu bersama Li, walaupun dia tidak seperti lelaki lain. Saya yakin tidak pernah tersilap dengan keputusan ini" ujar Sook Yin.

24 Julai lepas, Sook Yin dan Li mendaftarkan perkahwinan mereka dan pada 8 Ogos 2013 pasangan yang tengah berbahagia ini melangsungkan resepsi perkahwinan mereka.


Lihatlah begitu cantik Sook Yin dengan gaun putih, tersenyum bahagia ketika berjalan menuju tempat resepsi. Sook Yin duduk di samping Li yang terbaring di sisinya, mereka berdua membuka mata kita bahawa cinta pada hakikatnya adalah sederhana. Sudahkah anda menemukan cinta sejati dan manis seperti Sook Yin dan Li? [sumber]

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "Cinta Sejati: Rempuhi Ribuan Kilometer Untuk Mengahwini Kekasih Yang Lumpuh"