INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

ROSSA BELUM SEDIA BERHIJAB LEPAS TUNAI HAJI


PENYANYI jelita dari Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa memberitahu dia belum bersedia untuk berhijab sebaik pulang daripada mengerjakan ibadah Haji pada Oktober hadapan. Bagaimanapun penyanyi ini mengakui dia akan lebih berhati-hati dengan pemakaiannya selepas itu.

“Memakai hijab mungkin tidak. Tetapi, saya akan lebih berhati-hati atau menjaga pemakaian. Mungkin tidak terlalu seksi. Buat masa ini saya tidak boleh komen lanjut. Paling penting, saya perlu tunaikan Haji terlebih dahulu. Sekarang ini saya sedang mempersiapkan diri dengan mempelajari Rukun Haji,” ujar Rossa yang akan bertolak ke Tanah Suci Mekah pada 12 Oktober hadapan.

Bercerita lanjut tentang ibadah tersebut, Rossa menjelaskan dia terfikir untuk mengerjakan Haji kira-kira setahun lalu iaitu ketika pulang daripada mengerjakan Umrah.

“Saya sudah berkesempatan menunaikan Umrah sebanyak tiga kali. Jadi, saya rasa sudah sampai masanya untuk saya menunaikan Haji pula. Selepas pulang dari Umrah tahun lalu, saya terus mendaftarkan diri. Saya akan pergi bersama sekumpulan Jemaah yang bukan keluarga mahupun rakan-rakan. Ibu bapa saya juga tidak turut serta kerana mereka sudah mengerjakan Haji sebelum ini,” ujar Rossa yang akan bercuti kira-kira sebulan.

Sementara itu, Rossa juga diminta mengulas tentang dakwaan yang mengatakan dia kini sudah menemui calon suami dan sudah membawa jejaka tersebut berjumpa dengan pihak keluarga pada Aidilfitri lalu.

“Memang tidak dinafikan saya sekarang ini sudah punya seseorang. Dia seorang ahli perniagaan berumur dalam lingkungan 30-an dan bujang. Bagaimanapun, hubungan kami sekarang ini belum sampai ke tahap ingin mendirikan rumah tangga. Saya belum memikirkan tentang perkahwinan kerana tidak mahu terburu-buru. Lagipun, saya pernah bernikah sebelum ini.

Tentang saya bawa dia berjumpa dengan pihak keluarga itu, ia bukanlah sesuatu yang istimewa. Saya seorang yang berterus-terang dengan kedua orang tua setiap kali menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Jadi, jangan salah sangka. Tidak ada perbincangan tentang perkahwinan. Belum ada calon ayah untuk anak saya,” ujar Rossa berhati-hati menyusun kata.

Walaupun agak payah membuka mulut tentang jejaka yang bertakha di hatinya itu, ibu kepada Rizky Langit Ramadhan ini tidak keberatan memberitahu bahawa dia senang berkawan dengan jejaka itu kerana ada keserasian di antara mereka serta punya banyak persamaan.

Rossa hadir ke Kuala Lumpur bagi mempromosikan album kompilasi terbarunya berjudul The Best Of Rossa. Album yang sudah dilancarkan di Indonesia pada Mac itu memuatkan 15 buah lagu kesemuanya, termasuk lima buah lagu baru iaitu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Aku Bersahaja, One Night Lover, Jangan Ada Dusta Antara Kita dan Tak Sanggup Lagi.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response