INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

RAHSIA HIJRAH LEYA HANYA DIKONGSI BERSAMA KELUARGA...


PENGHIJRAHAN selebriti wanita tempatan akhir-akhir ini bukan lagi satu kisah yang asing dalam dunia hiburan tempatan. Nama-nama seperti Diana Amir, Farah Asyikin dan Aida Khalida membuktikan walau sudah pun manis mengenakan hijab, mereka masih mampu mencari rezeki berbekalkan bakat anugerah Ilahi.

Terbaru, penyampai HotFM Sharifah Aleya sudah pun memakai tudung sejak 1 Ramadhan lalu. Anak sulung kepada pelakon berbakat, Fatimah Abu Bakar ini tampak anggun dan kelihatan berbeza dengan imej baru beliau. Memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai kisah penghijrahannya itu, Aleya gembira dengan perubahan dirinya kini.

"Cukuplah peminat semua tahu yang saya sudah bertudung, itu sudah memadai. Apa yang menyebabkan keputusan ini dibuat, biarlah ia menjadi perkongsian antara diri saya dan keluarga sahaja. Saya bersyukur kerana keluarga dan teman rapat begitu menyokong saya", ujar Aleya yang ditemui sewaktu Majlis Berbuka Puasa HotFM dan TV9 di Saloma Bistro semalam.

Ramadhan ini, Aleya mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga. Oleh sebab kebanyakan aktiviti seninya sudah pun selesai dilunaskan, Aleya lebih banyak menghabiskan waktunya di rumah. Selain di konti, Aleya juga memenuhi undangan acara yang dianjurkan pihak HotFM sendiri.

Kali pertama beraya sebagai seorang ibu tunggal, Aleya enggan mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut. Menurut Aleya, anak-anaknya akan terlebih dahulu beraya bersama bekas suaminya di Perak.

Menurut Aleya, baju raya anak kembarnya juga telah ditempah. Memilih jubah sebagai baju raya untuk Aza Ameena dan Asha Ameena, Aleya juga gembira kerana beliau juga telah pun menyiapkan telekung untuk anak-anaknya yang tercinta itu. Lain pula dengan dirinya, Aleya tidak cerewet dalam persiapan baju rayanya sendiri kerana beliau kadang-kadang menyarung kembali busana raya yang lalu.

Menyambung kembali bicara Ramadhan bersama Aleya, beliau dan keluarga seringkali menjengah ke ruang dapur bagi memasak juadah berbuka puasa. Menurut Aleya lagi, keluarganya memang gemar memasak dan aktiviti sebegini menjadi peluang berharga buat mereka untuk lebih menghabiskan masa bersama.

" Juadah paling kami nantikan ialah Nasi Ulam air tangan ibu sendiri. Istimewanya menu ini, ibu akan mempelbagai jenis ulam sehingga mencecah 15 jenis. Paling saya suka daun cekur. Bila sahaja menu ini disajikan, pasti licin. Paling tidak dalam bulan puasa, ibu akan buat Nasi Ulam ini sekali ".

Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Aleya. Semoga kehadiran Ramadhan ini membawa 1001 kenikmatan dan khabar baik buat kita semua. Insya-Allah! -gua

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response