INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

"LAGI ORANG CAKAP PASAL SAYA, LAGI REZEKI SAYA BERTAMBAH!" -NORISH KARMAN


PELAKON yang popular dengan drama bersiri terbitan TV3, "Spa Q", Norish Karman akhirnya tampil membuka mulut selepas sekian lama mendiamkan diri daripada isu yang mendakwa dia melahirkan seorang bayi dengan tersebarnya gambar seorang wanita miripnya di sebuah hospital swasta.

Menurut laporan daripada Harian Metro, Norsih berkata, dia tidak kisah lagi dengan fitnah dan persepsi orang ramai terhadap dirinya kerana dia sentiasa bersabar dan berdoa supaya Allah S.W.T sentiasa memberikan bantuan kepada orang yang teraniaya.

"Biarlah orang nak bercakap apapun. Ibu (Umi Syarifah) saya berpesan kita akan dapat bantuan Allah jika dianiaya. Dia juga nasihatkan saya supaya baca doa setiap kali selepas selesai solat untuk memohon pertolongan Allah.

"Lagi orang cakap rezeki saya lagi banyak. Allah akan bagi rezeki kepada orang yang teraniaya. Peminat juga tak pandang serong terhadap saya biarpun isu ini kecoh diperkatakan. Mereka datang peluk saya apabila berjumpa saya," katanya.

Jelasnya, walaupun cerita fitnah telah menyebabkan dirinya malu, namun Norish berkata dia tidak pernah takut dengan manusia sebaliknya, hanya takut kepada Allah S.W.T kerana menganggap itu hanyalah sebagai ujian hidup untuk dirinya terus menjadi hamba yang kuat.

"Saya hanya takut Allah dan tak takut dengan pandangan serong manusia. Apapun saya serahkan pada Allah untuk menilai. Zaman nabi dulu, ada juga yang kena masuk penjara, difitnah dan macam-macam lagi tapi akhirnya darjat mereka diangkat tinggi sebagai khalifah.

"Inikan pula saya manusia kerdil. Ini adalah ujian daripada Allah untuk angkat darjat saya," ujarnya.

Norish turut memberitahu bahawa dia tidak akan melatah dengan cerita-cerita yang dijaja umum terhadap dirinya, dan hanya menyerahkan apa yang terjadi kepada Allah S.W.T untuk menentukan segalanya.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response