INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

FITNAH & TOHMAH - ERRA FAZIRA TAK CEPAT MELATAH!


LEBIH 10 tahun berkecimpung di dalam dunia hiburan, Erra Fazira tampak begitu tenang dalam menepis segala tohmahan dan fitnah yang dilontarkan kepadanya.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi mengenai hal peribadi, Erra Fazira langsung tidak melatah malahan merasakan ia adalah asam garam kehidupan yang harus digadaikan setelah menjadi artis.

“Memanglah, semua pun ada sifat marah tersendiri, tapi pengalaman saya sebagai artis banyak mengajar agar lebih pandai mengawal kemarahan . Tidak boleh jika kita berada di dalam keadaan marah dan terus beritahu dan menceritakan segalanya di lama sosial seperti Facebook dan Twitter.”

“Ini kerana kadang-kadang disebabkan kelalaian kita di situ, perkara yang kecil menjadi besar dan apa yang orang tidak tahu akan cepat mereka membuat andaian.”

Ujar Primadona filem Melayu yang kini berusia 38 tahun, dia berasa sedikit terkilan melihat artis muda yang baru setahun jagung menjadi artis namun sudah ditimpa pelbagai kontroversi yang mengaibkan diri dan juga keluarga.

Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, Erra Fazira memberitahu untuk mendapatkan publisiti untuk dikenali sebenarnya mempunyai banyak cara. Lainlah jika anda yang sudah berlakon bertahun –tahun tapi masih tidak dikenali, publisiti yang berbaur kontroversi mungkin boleh diterima. Tapi itu semua terpulang kepada masing-masing.

“Kalau ada pelakon yang dah lama berada di dalam industri tapi masih tidak dikenali, publisiti memang diperlukan tetapi kalau pelakon yang baru sahaja berjinak-jinak di dalam industri ini haruslah bijak.”

“Jika anda terpalit dengan kontroversi murahan memang anda akan dikenali ramai, tetapi adakah ianya kekal?” Ujar Erra Fazira yang ditemui di majlis pelancaran drama bersiri terbitan Astro, baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, ujar Erra, popular itu bukan semua orang boleh kecapi dengan mudah, ianya bergantung kepada rezeki dan nasib masing-masing.

“Jika anda sudah berlakon tetapi masih tidak dikenali, percaya pada takdir dan ingatlah, mungkin itu bukan rezeki anda lagi.”

Dalam perkembangan lain, setelah sekian lama tidak mendengar Erra Fazira menyanyi di corong radio, kini anda boleh kembali tersenyum apabila single pertama berjudul “Cinta Diam-Diam “ kini sedang hangat dimainkan dicorong-corong radio. “Pada penghujung tahun nanti, saya akan riliskan single duet saya bersama rakan baik, Umie Aida, segala material sudah disiapkan cuma menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan.”

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response