INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

AIZAT BERANGKAT KE LONDON MALAM RAYA PERTAMA


PENYANYI yang sedang popular dengan lagu, Jerrypah, Aizat Amdan memberitahu tahun ini dia tidak berpeluang beraya lama bersama keluarga dan rakan-rakan kerana terpaksa berangkat ke United Kingdom bagi mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang teknologi muzik di Garnish School Of Song, London.

Ketika dihubungi pada Khamis, Aizat memberitahu dia akan bertolak ke London pada malam Hari Raya pertama dan ini bermakna dia sempat menghabiskan masa bersama ahli keluarga selama setengah hari.

“Pagi raya nanti sempatlah saya beraya bersama ahli keluarga dahulu sebelum berangkat ke United Kingdom untuk menyambung pelajaran. Saya tak rasa sedih sangat pun kerana saya sebenarnya lebih sukakan Ramadhan berbanding Raya. Kalau masih kanak-kanak, mungkinlah saya akan lebih teruja. Apabila sudah dewasa ini, mood raya sudah berbeza. Lagipun saya bukan pergi seorang, sebaliknya ditemani oleh abang saya, Ammar. Sepatutnya ayah yang temankan, tetapi saat-saat akhir dia ada hal yang perlu diuruskan di sini,” ujar Aizat.

Ditanya sama ada dia akan membawa bekal hidangan raya seperti rendang, ketupat dan lemang atau tidak, Aizat memberitahu dia tidak terfikir tentang perkara itu lagi.

“Buat masa ini tidak terfikir pula hendak bawa hidangan raya ke sana. Saya hanya mahu pastikan pakaian dan segala peralatan kerja saya tidak tertinggal. Kalau tidak nanti, susah saya. Tentang kuih atau hidangan raya itu, tengoklah macamana nanti. Saya tak kisah pun kalau tidak bawa,” ujar Aizat lagi.

Sementara itu, Aizat turut ditanya tentang proses pembikinan album terbarunya. Ini kerana sebelum ini dia ada memberitahu bahawa sepanjang bulan Ramadhan ini dia menghabiskan masa di studio bagi menghasilkan lagu-lagu terbaru. Jelas bekas pelajar Akademi Fantasia ini, setakat ini dia hanya berjaya menyiapkan kira-kira 36 peratus daripada keseluruhan proses.

“Kalau boleh memang saya hendak siapkan sebelum ke U.K, tetapi nampaknya saya perlukan lebih masa. Setakat ini, adalah beberapa lagu yang saya sudah puas hati untuk dirakamkan. Lain-lain itu, masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya akan sambung kerja-kerja gubahan lagu ini ketika belajar nanti. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan album ini boleh dipasarkan pada penghujung tahun,” ulas Aizat mengakhiri perbualan.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response