INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

ZHANG ZIYI BERANG DAKWAAN SKANDAL SEKS!!


Aktres "Memoirs Of A Geisha", Zhang Ziyi berang selepas sebuah akhbar Apple Daily yang berpusat di Hong Kong mendakwa dirinya terlibat dalam skandal seks melibatkan seorang bekas pegawai tinggi kerajaan China, Bo Xilai.

Menurut laporan Asia One News kelmarin, Bo dikatakan telah membayar RM2.9 juta kepada aktres tersebut untuk melakukan hubungan seks buat kali pertama sekitar tahun 2007 selepas diperkenalkan oleh rakan Bo yang juga pengasas dan ketua pengarah Dailian Shide Group, Xu Ming.

Zhang dilaporkan telah tidur bersama Bo sekurang-kurangnya 10 kali di antara tahun 2004 sehingga 2007 dan dibayar RM4.9 juta.

Transaksi kegiatan pelacuran aktres kelahiran Beijing ini yang bukan sahaja melibatkan Bo, malah orang kaya dan ternama China dikatakan telah mencecah angka RM347 juta sehingga ke hari ini.

Menurut Today Online, Zhang yang kini sedang menjalani penggambaran filem "The Grandmasters" di selatan China telah mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya akhbar tersebut tidak membuat permohonan maaf secara terbuka.

Aktres berusia 33 tahun ini berkata dakwaan tersebut tidak benar dan sangat mengarut.

"Kami membaca laporan tersebut di Apple Daily. Ia mengejutkan kami dan membuatkan kami sedih dengan dakwaan tersebut," ujar jurucakap Zhang dalam satu kenyataan.

Sebelum ini beberapa media turut membuat spekulasi bahawa penyiasatan terhadap kes ini mungkin menerangkan ketidakhadiran Zhang di Festival Filem Cannes baru-baru ini. Filem terbarunya, "Dangerous Liaisons" telah ditayangkan di Cannes dan hanya aktres Hong Kong Cecilia Cheung yang hadir ketika tayangan tersebut.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "ZHANG ZIYI BERANG DAKWAAN SKANDAL SEKS!!"