INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

ZAIN SAIDIN NAFI KECEWA DENGAN ROZITA CHE WAN!!


“Tiada sebab saya hendak rasa kecewa. Sebaliknya saya tumpang gembira jika dakwaan itu benar. Sejak dari dulu lagi saya telah jelaskan bahawa saya dengan Che Ta (Rozita) tidak ada hubungan istimewa, tapi ramai yang tidak percaya. Saya yakin dia tahu apa yang dilakukannya dan saya doakan dia bahagia,” ulas Zain Saidin berhubung gosip percintaan di antara Rozita Che Wan dan Beego.

Dalam masa yang sama, Zain tanpa berselindung mengakui dia berasa agak lega dengan perkembangan terbaru itu. Jelas Zain, sekurang-kurangnya orang tidak akan terus-terusan mengaitkannya dengan Rozita Che Wan.

“Saya sudah penat menjelaskan kepada pihak media mengenai status hubungan kami. Namun, ramai yang tidak percaya apabila saya katakan kami hanya berkawan baik. Apabila timbul cerita Che Ta bercinta dengan Beego, mungkin orang akan kurang bercakap pasal kami lagi,” ujar Zain berterus-terang.

Dalam masa yang sama, Zain juga mengakui walaupun dia senang berkawan dengan Rozita Che Wan, tetapi dia tidak sanggup untuk menjadi suami kepada pelakon itu. Jelas Zain, bukan faktor umur yang menjadi penghalang, tetapi dia sedar dengan kemampuan diri sendiri.

“Saya tidak rasa yang saya mampu untuk menyara hidup Che Ta dan dua orang anaknya. Ini kerana kerjaya saya baru sahaja bermula. Lagipun, saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini memandangkan masih banyak yang perlu saya lakukan untuk kerjaya. Sebaliknya, saya rasa Che Ta sudah ada niat untuk berkahwin. Dengan umurnya sekarang ini, sudah pasti dia mahukan seorang lelaki yang boleh dijadikan suami dan saya tidak boleh memenuhi keinginannya itu,” ujar Zain lagi.

Dalam perkembangan lain, pelakon berdarah kacukan Inggeris ini bakal muncul dengan siri drama terbaru berjudul ‘Naziha’ menerusi slot Zehra bermula pada 15 Jun ini. Menerusi drama ini, Zain membawa watak, Amri, seorang mat rempit yang melakukan kerja-kerja ‘kotor’.

Drama arahan Along Kamaruddin itu turut menampilkan beberapa pelakon popular lain seperti Izara Aishah, Erry Putra, Amar Baharin dan Ryzal Jaafar.

Naziha memaparkan tentang Naziha yang terpaksa melalui pelbagai kesukaran hidup hanya kerana memiliki wajah yang cantik. Naziha terpaksa berkorban kasih terhadap Adam dan menempuh hidup yang getir di samping Farouk, seorang suami yang mengamalkan ilmu hitam. -GUA



Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response