INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

BOTAK: RAS ADIBA TIDAK DIGANTUNG TUGAS!


Jika sebelum ini, ada akhbar yang melaporkan bahawa penyampai berita sambilan ntv7, Ras Adiba Radzi digantung dari tugasannya gara-gara membotakkan kepala, namun cerita sebenar lain pula kisahnya. Menurut laman rasmi Media Prima, laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana Ras Adiba tidak pernah digantung sebagaimana yang dilaporkan itu.

"Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa perbincangan bersama Ras Adiba Mohd Radzi berkaitan penampilan terbarunya sebagai menyokong usaha kempen amal membotakkan rambut masih berjalan.

"Kami telah menyokong usahanya dengan memberi liputan berita kepada inisiatif tersebut agar membawa kesedaran di kalangan orang awam. Pada waktu ini, Ras Adiba tidak pernah digantung dari tugasannya sebagai penyampai berita sambilan ntv7.

"Media Prima sentiasa menyokong mana-mana usaha menimbulkan kesedaran kanser di seluruh negara," demikian penjelasan Media Prima dipetik sebagai berkata mengenai isu ini.

Untuk info, spekulasi tersebut timbul gara-gara tindakan Ras Adiba membotakkan kepalanya baru-baru ini sebagai menyokong kempen Jom Botak Majlis Kanser Nasional untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser. -myartis

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response