INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

AWI RAFAEL AKAN BUANG TATU SECARA RAWATAN ISLAM


Pelantun lagu "Bila Aku Jatuh Cinta", Awi Rafael yang pernah mencetuskan kontroversi selepas gambar tatu di lengannya tersebar dan dikatakan seorang kaki perempuan mengakui kini dalam proses untuk membuangnya menggunakan kaedah perubatan Islam.

Dipetik daripada mStar, Awi memberitahu proses tersebut telah pun dimulakan kira-kira setahun yang sebelum gambar tersebut tersebar baru-baru ini.

"Sebenarnya sebelum gambar saya tersebar, saya sudah memulakan proses membuang tatu menerusi rawatan secara Islam. Namun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa yang lama."

Terdahulu, Awi telah membuat pengakuan dan memohon maaf menerusi laman sosial Facebook atas keterlajuran membuat tatu ketika zaman muda selepas beberapa keping gambar disebarkan oleh pihak tertentu.

Penyanyi berusia 26 tahun ini turut menyatakan kekesalannya dan berterima kasih kepada peminat yang banyak menyokong karier seninya. Malah selepas memberi penjelasan, Awi turut memberitahu banyak pihak yang tampil ingin memberikan bantuan untuk membuang tatu tersebut.

"Ramai ustaz yang menjalankan kaedah rawatan secara Islam telah tampil menawarkan bantuan. Saya amat terharu dengan sokongan peminat walaupun selepas gambar tersebar," jelasnya lagi ketika ditemui di majlis pelancaran album terbaru kumpulan Jinbara baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Awi turut memberitahu masih menerima tawaran nyanyian dan diberi kepercayaan untuk menghiburkan peminat walaupun dilanda kontroversi sebegini.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response