INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

LISA SURIHANI TAK SUKA SEKSI!!


Pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 23 Februari lalu berkongsi apa yang dia gemar gayakan untuk ke majlis rasmi mahupun keluar menghabiskan masa di hujung minggu bersama keluarga.

Kita seringkali melihat keayuan wajah Lisa Surihani yang tampil menawan setiap kali ditemuramah mahupun diajak bergambar walaupun ketika itu dia tidak bermekap.

Ujar Lisa, 26 tahun, dia tidak gemar berpakaian menjolok mata kerana merasakan ia tidak sesuai dan tidak memiliki bentuk tubuh yang menawan untuk memperagakan baju yang terdedah.

Dia turut memberitahu, tampil ringkas adalah gayanya sejak dahulu lagi. Dia tidak selesa berpakaian seksi di khalayak ramai.

"Pada saya berpakaian sedikit seksi tidak ada yang negatif kerana ianya diukur dari si pemakai yang mengayakan pakaian masing-masing. Senang cerita, seksi itu subjektif. "


Apabila ditanya mungkin Lisa ada jenama pakaian yang digemari ataupun dia sendiri tidak memilih dalam membeli pakaian.

"Saya seorang yang ringkas, lagi ringkas saya berpakaian lebih selesa saya rasakan. Saya tidak ada jenama yang tertentu untuk membeli pakaian kerana saya suka beli pakaian yang dijual di internet."

"Tidak dinafikan, saya juga seperti wanita lain yang gemar pergi membeli pakaian di kedai seperti Zara, Topshop, dan jenama terkenal yang ada di sini. Tapi itu hanyalah kegemaran, saya tidak kisah beli pakaian di mana-mana asalkan cantik dan selesa." Ujar Lisa yang ditemui di pejabat rasmi Digi sebagai juri jemputan untuk anugerah Digi Wwwow di Shah Alam semalam. -YE

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "LISA SURIHANI TAK SUKA SEKSI!!"