INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

DIGANTI OGY... DIRA TAK SESUAI MENGACARA 'MELODI'??


Penerbit program hiburan popular, "Melodi", Azman Abd Ghafar menafikan pihaknya mengambil kesempatan untuk menggugurkan pengacara Dira Abu Zahar daripada program tersebut selepas dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, April lalu.

Sebaliknya Dira dikatakan kurang memberi impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai untuk mengendalikan "Melodi".

Dipetik daripada laman mStar, Azman yang ditemui selepas rakaman siaran langsung "Melodi" di Sri Pentas TV3 semalam mengakui Dira banyak menunjukkan kemajuan, tetapi tidak mempunyai keserasian dengan pelawak terkenal yang merupakan gandingannya dalam program tersebut, Zizan Razak.

"Sudah setahun dia bersama "Melodi" dan menunjukkan banyak kemajuan jika dibandingkan di awal kemunculannya.

"Namun apa yang pihak kami lihat, tempatnya mungkin bukan di "Melodi", sebaliknya dia lebih sesuai mengacarakan program-program berbentuk pengembaraan," ujar Azman.

Tambahnya lagi, "Pihak kami tidak mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah dan berdasarkan rating penonton, ianya tidak menunjukkan perbezaan jika dia ada atau tidak.

"Kami masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengekalkannya atau tidak. Biarlah kes dia selesai dahulu," jelasnya lagi.

Sejak hampir sebulan ketiadaan Dira, Zizan seringkali digandingkan bersama bekas-bekas pengacara "Melodi" seperti Wahid dan juga Fauziah Ahmad Daud (Ogy).

Malah pelakon dan pengacara Awal Ashaari yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pernah digandingkan bersama Zizan dan pihak program tersebut telah memutuskan untuk menggunakan khidmat Awal bermula 20 Mei ini selepas sekembalinya dia daripada berbulan madu bersama isteri, Scha Al-Yahya.

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "DIGANTI OGY... DIRA TAK SESUAI MENGACARA 'MELODI'??"