INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

NORA DANISH GEMENTAR DALAM ADEGAN ROMANTIK BERSAMA RUSDI RAMLI...


Pelakon Nora Danish mengakui berdebar ketika melakukan aksi romantik dengan pelakon senior, Rusdi Ramli dalam filem sulung terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd dan Madiera Red Movie Associates, ‘Mencari Cinta’. Dalam filem arahan Shirin Khuzaimi dan Riezman Khuzaimi ini, Nora memegang watak sebagai Myra, seorang gadis dari golongan berada yang ego dan keras kepala.

“Dalam filem ini, Nora dipaksa berkahwin dengan lelaki lain selepas tunang Nora, Malek, cabut lari menjelang hari perkahwinan mereka. Myra kemudian terpaksa dijodohkan dengan Razlan, seorang jejaka kampung bagi menutup aib keluarganya,” ujar Nora ketika ditemui pada majlis pelancaran filem ‘Mencari Cinta’, di Perak Techno Trade Centre, Ipoh, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai pengalamannya berlakon di samping Rusdi Ramli, pelakon ‘Tentang Dhia’ ini mengakui agak risau melakonkan aksi romantik dengan pelakon berbakat besar itu kerana memikirkan Rusdi sudah berumahtangga dan mempunyai anak.

“Saya agak kaku, berdebar dan hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika melakonkan aksi romantik dengan beliau. Kami juga banyak gelak sewaktu buat aksi romantik itu. Masa berlakon, saya terfikir tentang keluarganya. Walau bagaimanapun, Nora ikut pasangan pelakon Nora, jika dia selesa, baru kami teruskan.

“Nasib baik Nora berlakon dengan Rusdi, dia seorang pelakon yang bagus, jadi Nora beruntung dapat bergandingan dengan beliau. Dia banyak membantu Nora. Selain abang Rusdi, Nora juga idam untuk berlakon di samping Eman Manan dan Faizal Hussein.”

Ditanya cabarannya berlakon dalam filem ini, Nora memberitahu, “Dulu Nora selalu bawa watak ceria dan kanak-kanak riang. Orang selalu cakap senang, tapi sebenarnya susah. Kemudian, Nora teringin nak bawa watak romantik sebab ingat senang, tapi ia merupakan watak paling sukar sebab melibatkan dua orang. Pandangan cinta itu kena ada dan itu yang paling mencabar. Nora puas berlakon watak macam ini sebab Nora dah bosan dengan watak manja.

“Selain itu, cabaran lain dalam filem ini ialah babak bangsal terbakar di mana Nora kena seorang diri duduk dalam bangsal itu. Nora takut dengan api sebab bangsal itu kecil dan bila mereka curah petrol, api naik atas dan masuk ke dalam bangsal. Mujur tidak ada sebarang kejadian tak diingini berlaku.”

Dalam perkembangan lain, Nora yang baru saja menandatangani kontrak selama setahun dengan MIG bakal muncul dengan filem ‘Aku Terima Nikahnya’, lakonan terbarunya bersama Adi Putra. Selain itu, bekas isteri Jejai ini bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah, Jumaat ini bagi mengerjakan umrah buat kali kedua. -gua

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "NORA DANISH GEMENTAR DALAM ADEGAN ROMANTIK BERSAMA RUSDI RAMLI..."