INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

BANGLA MENANGIS DIHUKUM MATI...

RASAH 29 Mac - Seorang lelaki Bangladesh mengalirkan air mata apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh dua rakan senegaranya dengan mengelar leher mangsa di sebuah asrama pekerja, tiga tahun lalu.

Olier Sheks Awoyal Sheks, 28, yang memakai baju gelap dan berseluar jean tidak mampu mengawal perasaan sedihnya selepas keputusan itu dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Warga asing terbabit yang baru tiga bulan bekerja di sebuah kilang di Senawang sebelum kejadian itu berlaku, juga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian terhadap seorang lagi rakan senegaranya.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, selepas membuat penelitian terhadap semua bahan bukti dan keterangan daripada saksi-saksi, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Olier Sheks didakwa membunuh Abdul Kadir Fazer Ali, 22, dan Shahin Md. Amir Hossain, 24, di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini di antara pukul 2 pagi dan 4.10 pagi, 15 September 2009.

Dakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Olier Sheks juga didakwa menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian terhadap seorang lagi rakannya, Helal Hossain Mosharaf pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan. -utusan

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response

0 comments for "BANGLA MENANGIS DIHUKUM MATI..."