INFO OSEMMM!!:

PERGH OSEMMM!!

OWHHH OSEMMM!!

WOW OSEMMM!!

CICAKMAN 3 - FILEM MALAYSIA PERTAMA FORMAT TAYANGAN 3D


SELEPAS menghasilkan filem Melayu pertama yang bakal ditayangkan dalam format tiga dimensi (3D) iaitu "29 Februari" yang akan mula ditayangkan pada 30 Ogos ini. KRU Studios akan meneruskan dalam menghasilkan filem berformat 3D untuk filem terbaru terbitan KRU, "Cicak-Man 3" yang akan memulakan penggambaran pada Oktober ini.

Menurut Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, filem "Cicak-Man 3" ini tidak akan dirakam menggunakan kamera dua lensa seperti yang dilakukan pada filem "29 Februari", sebaliknya hanya akan menggunakan satu lensa, dan pengalihan ke bentuk 3D hanya akan dilakukan ketika proses pasca produksinya.

Cicak-Man 3, filem 3D terbaru KRU Studios
"Dengan cara itu, kos penggambaran dapat dijimatkan, walaupun perbelanjaan ketika proses pasca produksi dijangka lebih tinggi," kata Norman kepada Berita Harian.
Tambahnya, filem "Cicak-Man 3" ini bakal memperlihatkan perubahan besar pada barisan pelakon, namun Norman enggan mendedahkan dahulu pelakon yang bakal membintangi filem adiwira itu.

Yusry akan kembali mengarah filem ketiga "Cicak-Man", dimana ia merupakan filem kelima arahannya selepas "Cicak-Man", "Cicak-Man 2", "Hikayat Merong Mahawangsa" dan "Vikingdom".

Sementara itu, Norman memberitahu, mereka akan menggunakan kepakaran luar untuk arahan aksi.
"Rekaan aksi kita belum mencapai tahap antarabangsa. Jadi kami gunakan dulu pelakon lagak ngeri utama dari luar. Dengan cara ini, kita dapat belajar daripada kepakaran luar ini," kata Norman yang sebelum ini pernah menggunakan pakar lagak ngeri luar negara untuk filem "My Spy", "Merong Mahawangsa", dan "Vikingdom".

Follow any responses to the RSS 2.0. Leave a response